Tamadun Islam bermula sekitar 1400 tahun yang lalu, di sebuah kawasan padang pasir yang tandus. Tamadun ini telah dibangunkan oleh sebuah bangsa yang bukan sahaja rencat daripada kemajuan, bahkan kehidupan mereka dipenuhi dengan penyakit jenayah sosial dan kebodohan. Lalu berubah kehidupan tersebut 360 darjah dengan pengutusan seorang rasul mulia, Muhammad S.A.W. sebagai rahmatan lil’ a’lamin.

13 tahun tempoh berdakwah di Makkah, ditambah 10 tahun di Madinah telah berjaya mengubah landskap kehidupan masyarakat arab di Semenanjung Hijjaz terutamanya. Hidup yang penuh kasih sayang dan saling menghormati di samping social masyarakat yang berjaya diubati. Pertembungan dan pergaduhan yang melibatkan dua keluarga besar Quraisy iaitu Keluarga Bani Hasyim dan Keluarga Bani Umayyah berjaya diharmonikan.

Begitu juga konflik antara suku Aus dan Khazraj di Madinah yang telah berperang hampir berpuluh tahun lamanya. Kemudian dipersaudarakan pula antara Muhajirin dari Mekah dengan Ansar masyarakat Madinah. Menjadi contoh pembinaan Negara Bangsa yang cukup berstruktur dan tersusun dengan piagam Madinah menjadi pengiktirafan yang pertama di dunia. Menjadi contoh dan ikutan bagi generasi tamadun yang terkemudian.

Pada tahun ke-11 Hijrah, rasul yang dikasihi dan dicintai, Rasulullah S.A.W. pun wafat. Meninggalkan delegasi sahabat untuk memimpin pula umat Islam dan umat manusia, dengan misi mengeluarkan manusia daripada kegelapan zulmat kepada cahaya kebenaran yang kembali mentauhidkan Allah SWT yang Maha Esa. Bemulalah kepemimpinan sahabat yang mengikuti rapat dasar yang ditinggalkan Rasulullah SAW yang dikenal sebagai Khulafa’ ar-Rasyidin.

Hampir 30 tahun tempoh pemerintahan sahabat unggul ini. 18 tahun pertama adalah tempoh pembinaan, kestabilan dan kedamaian umat yang berjaya dicapai. Sedang baki 11 tahun adalah waktu menghadapi serangan dalam dan konflik yang memecahbelahkan umat Islam. Pastinya kegemilangan dan kehebatan ini berjaya dicapai kerana kuatnya keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan di samping sikap yang penuh ketelusan dan kebenaran dalam setiap langkah yang diambil. Sedang, konflik yang melanda?

Bukanlah kerana serangan luar melainkan faktor-faktor kelemahan yang menyumbang kepada tersebut. Dan pastinya si kitol yang tidak senang dan sakit hati melihat perpaduan dan pencapaian yang diraih. Munafik? Ya, dia lah Abdullah Bin Saba’, akitek kepada api fitnah dan perpecahan umat Islam zaman Khulafa’ ar-Rashidin. Namun, tidak lah pula saya katakan si kitol itu sebagai munafik melainkan cuba menyamakan dari sudut kerosakan yang telah dilakukan mereka.

Abdullah Bin Saba’ adalah seseorang yang berbangsa Yahudi dari San’a, Yaman. Dia dikatakan telah memeluk Islam secara nifak (berpura-pura) ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan RA dengan mendatangi sendiri Khalifah Uthman Bin Affan di Madinah. Pemerintahan zaman Uthman RA yang mengetengahkan keluarga beliau telah memberikan ruang dan peluang untuk Abdullah bin Saba’ merencanakan propagandanya untuk memecahbelahkan umat Islam di samping sikap beliau yang cukup merendah diri menjadikan munafik berani mengambil kesempatan.

Dalam satu riwayat menyebut bahawa Abdullah bin Saba’ telah melakukan siri-siri perjalanan ke kota-kota besar seperti Kufah, Basrah, Damsyik dan Mesir dengan melakukan berbagai dakwaan yang menambah kebencian kepada Khalifah Uthman di samping suntikan ideology yang merosakkan umat Islam terutama ideology Syiah yang telah digagaskannya. Bukan sekadar menyesatkan umat Islam yang bersih akidahnya, bahkan dia juga mengelirukan pengikut ajaran syiah itu sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Abdullah Bin Saba’ juga telah berperanan mempermainkan dan memperdaya sahabat besar Nabi S.A.W. sehingga mereka juga turut terpalit dalam fitnah dan agenda yang dimainkan. Abdullah Bin Saba’ cukup berjaya memainkan peranannya sebagai talam dua muka apabila pada satu pihak dia mengkritik tindakan Khalifah Uthman, sedang di pihak yang sebelah lagi dia memuji tindakan Khalifah Uthman dan membenarkannya. Abdullah bijak memainkan sentimen untuk menyemarakkan lagi kemarahan kepada khalifah dengan slogan “Cintakan Keluarga Rasulullah” bagi meraih simpati orang ramai

Tidak cukup pada zaman Khalifah Uthman, Abdullah Bin Saba’ juga memainkan peranan penting agar Khalifah Ali Bin Abi Talib tidak mampu menyatupadukan umat Islam. Dia mengambil kesempatan daripada menyalanya kembali pertembungan antara keluarga Bani Umayyah dan Bani Hashim serta Ahlul Bait untuk melagakan keduanya. Kesannya, berlaku beberapa siri pertembungan berdarah dan perang saudara yang pertamanya dalam Islam.

Sebagai contoh, Perang Jamal. Ketika hampir dilihat bakal berlakunya bai’ah atau pengiktirafan di pihak Ummul Mukminun, Saidatina Aisyah, Talhah Bin Ubaidillah, dan Zubair Bin Awwam yang mewakili umat Islam di Makkah ke atas  Ali Bin Abi Talib RA sebagai khalifah, Abdullah Bin Saba’ dan pendokongnya telah sebahagian masuk ke dalam kem tentera Khalifah Ali manakala sebahagian lagi telah masuk ke dalam rombongan Saidatina Aisyah RA.

Lalu, Abdullah Bin Saba’ yang telah masuk ke dalam kem tentera Ali telah menyerang rombongan Saidatina Aisyah RA lalu pendokong Abdullah Bin Saba’ yang berada dalam rombongan Saidatina’ telah menjerit dan melakukan provokasi seolah Khalifah Ali sememangnya berhasrat menyerang dan menjatuhkan Saidatina Aisyah RA. Peperangan ini telah memakan korban yang besar termasuk terkorbannya 2 sahabat besar Rasulullah SAW, iaitu Talhah Bin Ubaidillah dan Zubair bin Al-Awwam R. Anhuma.

Abdullah Bin Saba’ dan pendokongnya jugalah yang telah menyebabkan muncul kelompok yang dikenal sebagai khawarij selepas berlakunya rundingan Tahkim antara kem tentera Khalifah Ali RA dan juga Muawiyyah RA. Kesan daripada kemunculan khawarij menyebabkan ramai sahabat besar dan umat Islam terkorban dalam beberapa perang saudara yang direncana dengan sangat baik oleh Abdullah bin Saba’.

Begitulah kesan dan impak kerosakan yang disebabkan oleh Abdullah bin Saba’. Walaupun kita tidak menafikan beberapa ijtihad-ijtihad para sahabat yang cenderung ada kelemahan sewaktu pemerintahan dan beberapa faktor lain yang mendorong kepada konflik yang berlaku, namun kita tidak akan mampu untuk menolak hakikat bahawa Abdullah Bin Saba’ sebagai faktor terbesar kepada ketegangan Zaman Fitnah di hujung pemerintahan Khalifah Uthman dan pemerintahan Khalifah Ali R.Anhuma.

Sejarah Melayu Nusantara juga memperlihatkan bahawa kerosakan dan konflik daripada dalam lah yang lebih membimbangkan seperti Si Kitol, kelemahan pemimpin dan sebagainya. Andai kita tidak berhati-hati dalam segenap perkara dan mengambil iktibar, pastinya perpecahan ini akan berulang kembali. Kerana mungkin Abdullah bin Saba’ telah mati, namun sikap tidak suka melihat kepada kedamaian dan keamana tidak akan pernah mati daripada generasi umat manusia.

Fakhrul Islam
Mahasiswa Tahun 2
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.