Aku nak kenalkan satu nama, iaitu Abdul Rahman I. Digelar sebagai Helang Bangsa Quraisy. Sebaik sahaja dinasti Umaiyyah digulingkan oleh para revolusioner dari Abbasiyah, betapa nasib para kerabat, bangsawan dan keturunan dihabiskan nyawanya oleh para revolusioner. Yang turut menumpahkan darahnya sekali ialah khalifah pertama Abbasiyah itu sendiri iaitu Abu Al-Abbas As-Saffah yang dimana namanya iaitu As-Saffah itu sendiri bermaksud “penumpah darah”.

TETAPI nanti dulu, kami nak bagitahu buku kami KITAB TAMADUN ISLAM baru jer direstock dengan versi cover baru. Kalau korang berminat nak baca post seperti atas ni berkaitan tamadun Islam, kami nak cadangkan cepat buat pembelian di: http://bit.ly/3d2jTWd

Tiada seorang pun yang bernama keturunan Umaiyyah yang selamat, hatta khalifah yang sudah pun pergi meninggalkan dunia yang fana. Habis seluruh makam mereka mereka digali, dan kalau ada peninggalan, habis dibakar kecuali hanya milik Khalifah Umar Abdul Aziz sahaja.

Namun, disebalik tragedi berdarah itu, yang terselamat dari bala ini adalah Abdul Rahman I (lahir pada 731 Masihi), cucu kepada Khalifah Hisham yang ketika itu berusia 20-an. Putera raja ini mendapat gelaran al-Dakhil (Sang Pendatang) dan juga Helang Bangsa Quraisy.

Ketika 80 orang keturunan Umaiyyah dihabiskan nyawa mereka dalam malam yang penuh sadis, ditipu untuk makan malam dan ditawarkan pengampunan, sebelum dibunuh dengan kejam oleh Abbasiyah, Abdul Rahman terkecuali. (Macam Game Of Thrones kan? – The Red Wedding).

Ketika keluarga Umaiyyah diumpan ke sebuah majlis makan malam dengan ditawarkan pengampunan oleh khalifah, sebelum seorang demi seorang dibunuh, Abdul Rahman I lari bersama dengan seorang bekas hamba bernama Badr dan adik lelakinya yang bernama Yahya.

Adik lelakinya mati dalam perjalanan, tetapi Abdul Rahman I sempat sampai ke Sepanyol, di sana Abdul Rahman I berjaya mendapatkan sokongan daripada Bani Umaiyyah yang masih bersisa di sana, dan juga dari suku Berber yang datang dari belah keturunan ibunya.

Kemudian, Abdul Rahman I berjaya menakluk Andalusia dan mengisytiharkan Andalusia merdeka dari Abbasiyah, dan menyambung legasi Umaiyyah yang seterusnya di Sepanyol.

Namun, musuh paling utama ialah Abbasiyah yang sememangnya memerhatikan Abdul Rahman I sejak dahulu. Gabenor Abbasiyah iaitu Al-Ala’ ibn Mughíth bersama dengan ketumbukan tentera yang dianggarkan berjumlah 7, 000 orang telah mengepung kota Carmona yang terletak di Seville.

Kepungan berlangsung selama 2 bulan, dan pada saat bekalan makanan semakin berkurangan, dan juga betapa semangat tentera yang bersama dengan Abdul Rahman I sudahpun berkurangan, maka Abdul Rahman I memilih 700 orang tentera terbaiknya,

Lalu mereka keluar menyerbu dan kemunculan mereka tidak disedari. Abdul Rahman I menggunakan api untuk mengucar-ngacirkan ketumbukan Abbasiyah, dan api tersebut juga dimarakkan dengan dijadikan kesemua sarung pedang mereka sebagai sumber api.

Akhirnya, betapa selepas itu, tentera Abbasiyah berjaya dikalahkan dan kepala para jeneral yang mengetuai kepungan itu dipenggal pula oleh Abdul Rahman I.

Kepala mereka ini dikumpulkan dalam satu guni bersama dengan label dan juga panji kibaran Abbasiyah yang gugur lalu dihantarkan kepada Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur yang ketika itu dalam perjalanan melakukan haji di Mekah.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Menerima kiriman kepala dan khabar angin itu, ucapan yang masyur datang dari mulut ialah, “aku bersyukur kepada ALLAH kerana meletakkan lautan yang memisahkan aku dan syaitan itu!”

Nama Helang Quraisy itu sendiri ada legendanya yang datang dari musuh utama Abdul Rahman I iaitu Khalifah Ja’far Al-Mansur. Ada sebuah legenda menceritakan bahawa Khalifah Abu Ja’far pernah bertanya kepada salah seorang pembesar siapakah yang layak digelar Helang Quraysh.

Maka pembesar tersebut menjawab Mua’wiyah Abu Sufyan. Khalifah Abu Ja’far mengatakan bahawa jawapan itu salah. Maka pembesar itu menjawab lagi bahawa ia pasti Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Khalifah Abu Ja’far juga mengatakan tidak lalu beliau sendiri menjawab…

“Helang Quraysh adalah Abdul Rahman yang mampu melarikan diri dengan licik dan dapat menepis sebarang tombak dan bilah pedang. Mengembara sendirian merentasi padang pasir Afrika. Menghitung nasib tanpa mempunyai sebarang tanah dan harta.

Yang ada dalam diri cuma keimanan dan ketekunan beliau. Baginda mengasaskan sebuah empayar yang pada asalnya berpecah-belah sehingga kerajaan baginda terpisah dengan kerajaan kita oleh lautan.

Tiada khalifah yang mampu berbuat demikian selain baginda. Muawiyah menjadi Khalifah dengan sokongan keluarga Umar R.A dan Uthman R.A. Manakala Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dilantik atas wasiat oleh bapa beliau. Manakala Abdul Rahman menjadi khalifah tanpa sokongan sesiapa tapi keazaman yang dikurniakan Allah kepada baginda.”


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply