Moving Forward As One

Abad Yang Suram Buat Umat Islam

7,347

Umat Islam, umumnya merasakan abad ke-20 ini adalah abad yang suram. Khalifah Uthmaniyyah yang memayungi umat Islam selama hampir 600 tahun, runtuh dan lenyap. Umat Islam berpecah kepada berpuluh kerajaan dan sejarah mencatatkan berlaku pertempuran sesama umat Islam di sepanjang abad ini.

Kisah pahit ini, masih tiada penghujung dan titik noktah, walaupun abad ke-21 telah memasuki tahun yang ke 21.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Peristiwa suram seumpama ini, bukan suatu perkara yang baru dalam titian sejarah umat Islam. Di antara Abad Ke 9 dan Ke 10, umat Islam mengalami detik-detik yang amat suram dan mengerikan.

Pada masa berkenaan umat Islam di Afrika Utara termasuk Mesir, di perintah oleh Dinasti Fathimiyyah (910M – 1171M) yang beragama Syiah.

Peta Fathimiyyah.

Di Baghdad pula, kerajaan Khalifah Abbasiyah dikuasai oleh Bani Buwaih (934M – 1054M) yang juga menganut fahaman Syiah. Pada masa yang sama umat Islam di Semenanjung Hijjaz dikuasai oleh golongan Qaramitah (894M – 1077M).

Golongan Qaramitah ini menganut fahaman Syiah Ismailiyyah yang terkenal sangat ekstrem dan sangat kejam. Misalnya pada tahun 906M, kaum Qaramitah telah meny.erang kafilah haji yang pulang dari menunaikan ibadah haji di Mekah dan memb.u.nu.h hampir 20,000 orang.

Pada tahun 930M, kaum Qaramitah telah men.yerang kota suci Mekah dan mer.am.pas Hajar Aswad dan membawanya ke markas mereka di Al Hasa.

Hajarul Aswad.

Malah, dari lipatan sejarah hitam puak Syiah Ismailiyyah inilah terlahirnya golongan pemb.un.uh profesional lagi terkenal dengan kekejamannya iaitu puak Al-Hasyasyin yang berpangkalan di Gunung Alamut.

Ketika itu hanya ada dua kerajaan Islam yang besar, namun jaraknya terlalu jauh untuk dijangkau oleh umat Islam untuk dijadikan tempat pelarian.

Salah satunya adalah kerajaan Ghaznah, di Lembah Indus (977M – 1186M) dan satu lagi adalah kerajaan Dinasti Umaiyyah di Andalusia.

Tidak dapat digambarkan betapa terpuruknya penderitaan umat Islam pada zaman berkenaan.

Kemuncak penderitaan umat Islam ketika itu adalah zaman pemerintahan Khalifah Fathimiyyah – Abu Al Qasim Muhammad Al Qaim Bi Amrillah (934M) sehingga zaman pemerintahan Khalifah Abu Ali Al Mansur Al Hakim Bi Amrillah (1021M).

Khalifah Al Hakim dipercayai mati dib.unu.h oleh pembunuh upahan di bukit Al-Muqatham. Pembunuhan berkenaan di atur yang oleh saudara perempuannya, Sitt Al-Mulk, lantaran sikap dan perangainya yang luar dari kebiasaan dan sukar diterima oleh kaum keluarganya sendiri.

Para pengikutnya mempercayai beliau telah ghaib, dan kemudiannya para pengikutnya telah berpindah ke Lubnan dan membentuk agama yang dinamakan sebagai agama golongan Druze.

Salah satu dari pengkhianatan terbesar Daulah Fathimiyyah adalah mer.ampas penguasaan kota suci Baitul Maqdis dari penguasaan Amir Seljuq disaat rantau Timur Tengah berdepan dengan s.er.an.gan tentera Salib.

Kejadian itu bukan setakat melemahkan lagi kekuatan Amir-Amir Seljuq, tetapi akhirnya tentera Dinasti Fathimiyyah yang diketuai oleh gabenornya iaitu Iftikhar Ad Daulah gagal mempertahankan kota berkenaan dari dij.ar.ah oleh tentera Salib pada tahun 1099M dan menyebabkan ribuan nyawa umat Islam m.elay.ang.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Malah, ketika Salahuddin dan bapa saudaranya, Assaduddin Syirkuh cuba mempertahankan Mesir dari dikuasai oleh tentera Salib, wazir kerajaan Fathimiyyah, Syawir Al Sa’di lebih rela bersekutu dengan tentera Salib yang diketuai oleh Amaury I (Raja Salib yang menguasai Baitul Maqdis) dalam beberapa siri pertempuran.

Dinasti Fathimiyyah akhirnya berjaya dilenyapkan dengan cara yang bijak dan terhormat oleh Salahuddin Al Ayubi, dan membolehkan ajaran Syiah dinyahkan dari menjadi anutan rakyat Mesir selepas itu .

RUJUKAN:

Sejarah Umat Islam – Hamka

Sejarah Islam – Prof. Dr Mahayudin Hj Yahya & Prof. Madya Dr Ahmad Jelani Halimi

Artikel dikirimkan oleh Burhanuddin Rao Putra untuk The Patriots. 

Ruangan komen telah ditutup.