A.I. Lebih Membahayakan Planet Berbanding Kereta

341

Melatih A.I. (artificial intelligence) memerlukan proses tenaga yang banyak. Anggaran terbaru mendapati bahawa jejak karbon daripada melatih A.I. tunggal mencecah sebanyak 284 tan setara karbon dioksida – lima kali lebih banyak daripada purata pelepasan karbon dioksida oleh kereta seumur hidupnya.

Emma Strubell dari University of Massachusetts Amberst mendapati penggunaan tenaga amat diperlukan dalam melatih empat rangkaian neural yang besar – sejenis A.I. yang memproses bahasa. A.I. pemprosesan bahasa telah menjadi teras dalam algoritma Google Translate, termasuklah penjana teks OpenAI’s GPT-2 – mampu menjana berita palsu yang meyakinkan apabila diberikan beberapa baris ayat.

A.I. dilatih melalui deep learning yang melibatkan pemprosesan maklumat dalam jumlah yang besar. “Untuk belajar sesuatu yang rumit seperti bahasa, modelnya perlu besar.” – kata Strubell

Kaedah biasa yang diajar kepada A.I. adalah dengan memberikannya berbilion artikel supaya A.I. dapat belajar memahami setiap perkataan dan bagaimana setiap ayat dalam artikel itu ditulis. Proses neural architecture search (NAS) yang diproses oleh A.I. memerlukan tenaga dan masa yang sangat banyak.

Walau bagaimanapun, firma teknologi yang besar seperti Google mempunyai perjanjian jangka masa panjang untuk mengurangkan penyebaran karbon yang melibatkan latihan A.I. Mereka juga telah melabur dalam melatih A.I menggunakan tenaga boleh baharu (renewable energy) iaitu tenaga solar.

RUJUKAN:

i. https://www.newscientist.com/article/2205779-creating-an-ai-can-be-five-times-worse-for-the-planet-than-a-car/

ii. New Scientist Issue 3234 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.