A.I. Belajar Untuk Melukis Gaya Van Gogh, Turner dan Vermeer

285

Sekumpulan penyelidik dari University of Maryland telah melatih A.I. untuk meniru lukisan The Starry Night oleh Van Gogh, The Eiffel Tower oleh Seurat, lukisan landskap oleh Shen Zhou serta lukisan minyak oleh Vermeer.

Setiap gaya lukisan, A.I. ini dilatih melalui kaedah yang dikenali sebagai reinforcement learning. Kaedah ini menggunakan kaedah cuba dan ralat supaya A.I. dapat belajar dan mengalami tindakan dan kesilapannya sendiri. Setiap lukisan yang ditunjukkan, A.I. telah belajar untuk mengenalpasti setiap sifat berus, ketumpatan warna, saiz warna serta lokasi warna yang digunakan oleh pelukis.

Proses latihan tersebut mengambil masa 6 jam untuk setiap gaya lukisan. Lukisan yang dihasilkan oleh A.I. bertambah baik apabila setiap lukisan dihasilkan semakin menepati lukisan asal. Paling menarik, apabila ditayangkan gambar yang baru, A.I dapat menghasilkan lukisan berdasarkan gambar tersebut menurut gaya yang dikehendaki. A.I. ini mampu menghasilkan The Starry Night dengan gaya Shen Zhou ataupun Vermeer – dan ia cuma mengambil masa 5 minit saja untuk menghasilkannya!

Pasukan penyelidik ini termasuk dalam kalangan penyelidik dari Adobe supaya sistem A.I. yang mereka hasilkan dapat dimasukkan dalam prisian Adobe Photoshop. Menurut Manocha, kemampuan A.I. dalam teknik lukisan hampir mencapai kemampuan manusia ataupun lebih daripada manusia. Namun, Manocha percaya algoritma A.I. masih belum mampu menandingi kreativiti manusia.

RUJUKAN:

  1. Jia, B., Fang, C., Brandt, J., Kim, B., & Manocha, D. (2019). PaintBot: A Reinforcement Learning Approach for Natural Media Painting. arXiv preprint arXiv:1904.02201.
  2. https://www.newscientist.com/article/2200791-ai-learns-to-paint-in-the-styles-of-van-gogh-turner-and-vermeer/
  3. New Scientist ISSUE 3228 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.