Topik ini menjadi topik perbualan hangat masa kini. Kami membacanya di media sosial, mendengarnya di seminar…

Tetapi adakah ini berdasarkan fakta, atau mitos? Siapa yang dapat mengesahkan hal ini? Tulisan-tulisan utama mengenai Melaka zaman itu (seperti Suma Oriental) ditulis oleh mereka yang tiba di Melaka selepas penaklukan Portugis. Malah Sejarah Melayu juga disusun kemudian selepas itu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

SAKSI

Sebenarnya, terdapat saksi kepada kejatuhan dan penjarahan Kota Melaka pada 1511. GIOVANNI DA EMPOLI (1483-1517), seorang pedagang muda dari Florence, Itali telah menghabiskan masa selama enam bulan yang genting di Melaka. Beliau telah menceritakan pengalaman itu dalam warkah kepada bapanya, di Itali. Warkah ini kini tersimpan di perpustakaan Bibloteca Nazionale Centrale, di Florence.

SIAPA SEBENARNYA GIOVANNI DA EMPOLI?

Giovanni da Empoli dilahirkan di Florence pada tahun 1483. Semasa berusia belasan tahun, berpangkalan di Lisbon, Empoli luas pergaulannya dengan ramai pedagang dari seluruh Eropah dan berkebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa.

Tanggal 6 April 1503, pedagang muda Itali ini meninggalkan Lisbon bersama angkatan laut Afonso de Albuquerque dan memulakan pengembaraannya ke Asia Tenggara.

Pada awal kurun ke-16, Portugal giat meluaskan pengaruhnya melalui penguasaan laluan maritim ke Asia Jauh (Asia Tenggara) Sebagai sebahagian dari strategi ini, de Albuquerque telah menawan Goa pada tahun 1510 dan Melaka pada tahun 1511. Walaupun Giovanni bukan soldadu, beliau dan anak kapal yang lain telah terpaksa melibatkan diri dalam kedua-dua penaklukan ini.

PEMBINAAN ‘KOTA KAYU’ DAN KUBU BATU

Giovanni berada di Melaka selama enam bulan sejak 28 Jun 1511. Soldadu Portugis berkhemah di daratan Melaka, sentiasa bersenjata dan berpakaian baju perisai. Dalam masa sebulan, mereka membina ‘kota kayu’. Kemudian,

“Kami menyediakan satu [kubu] batu yang kami bina dengan merombak rumah-rumah orang ‘Moor’, masjid-masjid dan bangunan-bangunan mereka yang lain. Kami bangunkannya penuh susah payah dengan menanggung batu-batan tersebut di atas belakang kami; dan setiap kami menjadi buruh kasar, tukang bina dan pemotong batu.”

Keadaannya sungguh sukar:

“Kami membina kota dengan senjata kami di bawah terik matahari yang sukar digambarkan. Makanan yang ada cuma nasi (…) Tiada sesiapa yang terlepas dari menghidapi demam yang menggerunkan, di mana mayat terbaring di kediaman kapten selama dua atau tiga hari (…) Saya jatuh sakit mulai Oktober, dan selama lima puluh hari saya berada dalam keadaan demam teruk dan berpanjangan sehingga saya kehilangan akal.”

Disangkakan beliau akan mati. Sebaliknya, beliau meninggal enam tahun kemudian, berhampiran Canton, Tanah Besar China.

MENGAPAKAH PENULISAN GIOVANNI DA EMPOLI PENTING?

Berbeza dengan penulisan yang lain mengenai Melaka pada zaman itu – seperti karya Varthema, Tomé Pires, Barbosa – Giovanni da Empoli telah menyaksikan sendiri peristiwa-peristiwa 1511.

Semasa pengembaraannya, Giovanni telah menulis dua warkah kepada bapanya di Florence, berjarak sepuluh tahun.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Seperkara yang menarik tentang dua warkah ini ialah suara Giovanni. Sering berbaur…ada kalanya beliau menulis dalam nada selaku orang kanan de Alburquerque, ada kalanya cuma sebagai pedagang menumpang angkatan laut Portugis. Namun sering, tulisan beliau lengkap dengan unsur kemanusiaan – pemerhatian beliau terhadap peradaban, muamalat, bahasa dan budaya bangsa yang beliau temui.

Tambahan lagi, catatan Giovanni merupakan catatan saksi mata hari-hari akhir sebuah Empayar, dan di atas robohan Kota Melaka, pembinaan A Famosa.

RUJUKAN:

The Far East in the Early 16th Century: Giovanni da Empoli’s Travels oleh Nunziatella Alessandrini

http://ehlee.humnet.unipi.it/books5/6/19.pdf?

Artikel dinaikkan selepas mendapat keizinan daripada Melaka In Fact, pemilik asal artikel.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.