Tindakbalas negatif rakyat mengenai dasar #CarSeat2020 menunjukkan bahawa kempen kerajaan sebenarnya positif. Pada 30 Oktober 2018, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan perancangan Kementerian Pengangkutan untuk menjalankan program meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat. Dan berlaku adil dalam dunia hujah, langkah pertama dasar ini dimulakan kerajaan Najib Razak.

Sejak Jun 2015 lagi, kerajaan sedang cuba meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 supaya kerusi keselamatan kanak-kanak diwajibkan menjelang 2017. Kesegeraan dari segi perlaksaan membuatkan kerajaan lanjutkan tempoh ke 2019 pula. Tahun 2013 saja menyaksikan 13 daripada 53 kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan meninggal dunia. Angka tersebut sebenarnya banyak. Tahun 2015 pula menggemparkan negara dengan kes-kes ngeri seperti bayi 10 bulan Inara yang terpelanting keluar selepas dirempuh. Tidak cukup dengan terpelanting, adik Inara juga jatuh dari flyover.

Maka seperti biasa, rakyat yang tidak peka dengan perkembangan isu ini dilihat seolah-olah terkejut. Rintihan mereka lebih bersifat peribadi bahawa harga kerusi keselamatan terlalu mahal dan kereta pula kecil untuk menampung jumlah isi rumah. Ada yang loyar buruk bertanya jika anak perlu naik bas semasa balik kampung. Rintihan-rintihan ini turut didengari kerajaan, kerana Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan bahawa kerajaan sentiasa merujuk semula dasar kewajiban ini supaya boleh dilaksanakan dengan efisyen.

Perkara ini disentuh Anthony Loke kerana semasa pengumuman 30 Oktober 2018 pun negara kekurangan stok dan pengedar. Amatlah penting bagi keselamatan kanak-kanak untuk kerajaan tidak berundur dari pendirian ini. Alasan-alasan peribadi yang dinyatakan sebenarnya tidak wajar dijadikan hujah kerana keselamatan mengatasi segalanya.

Saraf tunjang bayi belum keras sepenuhnya yang perubahan sekecil 6mm pun sudah cukup untuk melumpuhkan (atau meragut nyawa) si kecil. Sebab itu juga impak-impak biasa seperti menaiki bonggol pada kelajuan sederhana pun boleh membuatkan bayi menangis, belum lagi dikira dengan brek kecemasan dari halaju 80-100 km/j ke sifar dalam masa 1-3 saat. Disini jelas bahawa tidak perlu kemalangan pun untuk mendatangkan kecederaan. Inertia daripada paksa-berhenti sebuah kenderaan boleh menyebabkan bayi tercampak melalui cermin depan pun, seperti yang berlaku di Rusia.

Bercakap pasal luar negara pula, kemalangan jalanraya merupakan punca utama kematian kanak-kanak Amerika berumur 0-18 tahun. Didapati penggunaan kerusi keselamatan boleh mengurangkan risiko kematian sebanyak 71%, hanya jika pemasangan dibuat dengan betul. Dan semua negeri di Amerika Syarikat mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan untuk bayi dan kanak-kanak berdasarkan usia, berat dan ketinggian. Kegagalan untuk melakukan sedemikian boleh menyebabkan saman $10-$500 dan juga mata demerit.

Persoalannya – apakah semua rakyat Amerika mampu beli yang harga paling murah di Amazon pun ialah $149.75? Apakah semua rakyat sana memiliki kereta besar? Saman dan demerit tetap dilaksanakan juga.

Kanak-kanak turut memerlukan kerusi keselamatan. Pada 2 November 2016, seorang kanak-kanak berusia enam tahun bernama Samantha Swartwout digegaskan ke hospital selepas kenderaan dinaiki bersama ayahnya terlanggar pokok. Samantha didapati terhiris talipinggang keselamatan. Kulitnya yang lebam melindungi otot dan lemak terkoyak di dalam. Ususnya turut terkeluar dari perut.

Menurut Dr. Charles Bagwell dari Hospital Kanak-Kanak Richmod, impak yang terlalu kuat boleh membuatkan talipinggang keselamatan menjadi bagaikan pisau. Jadi buat ibu bapa yang boleh membeli telefon pintar, melanggan data bulanan dan membuat perbelanjaan peribadi tetapi masih bermasalah untuk membeli kerusi keselamatan, fikirkanlah.

Perancangan keluarga merupakan tanggungjawab semua pihak, khususnya kaum keluarga masing-masing dalam mengenalpasti tahap kemampuan. Mungkin kenyataan ini bersifat kasar, tetapi apakah keluarga berpendapatan rendah boleh persalahkan kerajaan kerana tidak mampu membeli MPV jika mempunyai lapan orang anak?

Isu disini bukanlah ketidakmampuan untuk membeli ataupun saiz kereta kecil. Sebaliknya keselamatan seorang bayi itu seharusnya difokus ibu bapa. Sedangkan ada saja kerusi-kerusi keselamatan di Shopee dan Lazada yang mendapat penarafan tinggi pada harga mampu milik dibawah RM250.

Mempunyai 10 orang anak pun tidak sama sekali mengubah realiti bahawa nyawa mereka hanyalah satu. Zaman dahulu, ibu bapa sanggup mati demi anak-anak. Ternyata sekarang sudah berbeza.

RUJUKAN:

After daughter sustains major injuries, mom warns about proper car seat use – https://www.today.com/health/mom-warns-about-car-seat-safety-after-daughter-nearly-sliced-t104541

Child car seats to be made compulsory in 2019 –https://paultan.org/2015/06/12/child-car-seat-compulsory-2019/

Child Passenger Safety –https://www.ghsa.org/state-laws/issues/Child-Passenger-Safety

Child seats to be made compulsory by 2020, says Loke-https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/30/child-seats-to-be-made-compulsory-by-2020-says-loke

Dashcam captures the horrifying moment a child is thrown through a windscreen but miraculously survives after landing in the snow-https://www.dailymail.co.uk/news/article-5250133/Dashcam-captures-moment-child-thrown-windscreen.html

 
Government will fine-tune child car seat usage policy – DPM – https://www.malaysiakini.com/news/498329


Inara (bayi 10 bulan) terpelanting keluar dan jatuh ke bawah flyover – https://www.thereporter.my/2019/04/inara-bayi-10-bulan-terpelanting-keluar.html

Use of child car seats to be enforced by 2017 – http://paultan.org/2015/06/09/child-seats-2017/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.