Perang Current Tesla Vs Edison

0
2859
views

“Pertarungan” tersebut berlaku pada tahun 1893 di Chicago World’s Fair, disisi yang lain, pereka cipta Thomas Edison yang terkenal. Disebelah yang lain pula, bekas pekerjanya iaitu Nikola Tesla.

Penjelasan ringkas : arus elektrik didalam wayar besi adalah aliran elektron, ditolak bersama dengan voltan. Jika voltan berpunca dari bateri, aliran elektron bergerak dalam satu arah sahaja. Arus terus ini dipanggil dengan singkatan sebagai “DC” iaitu Direct Current.

Bagaimanapun, bateri bukanlah satu-satunya sumber tenaga. Untuk itu, kita menggunakan arang batu ataupun gas asli. Pelepasan tenaga kimia dilepaskan kedalam dandang kerana haba menghasilkan stim yang memutarkan aci (shaft) sebuah generator. Dalam kes paling mudah, aci memutarkan magnet didalam gegelung melalui prinsip dorongan elektromagnetik menghasilkan arus elektrik.Peralihan kutub dari positif kenegatif yang berbalik beberapa banyak kali persaat sebaik sahaja aci generator berpusing. Oleh itu, arus berulang alik pada arahnya. Ini dipanggil sebagai arus ulang alik, atau AC. Arus elektrik tersebut melakukan beberapa fungsi yang berguna pada kedua-dua arah, seperti memanaskan wayar didalam pembakar roti.

Bermula pada lewat 1880an, Edison memulakan kaedah yang lebih kos efektif dalam menjanakan tenaga elektrik, yang bersesuaian dengan peranti yang berkenaan, ini termasuklah motor dan meter yang diggunakan untuk menyukat penggunaan tenaga elektrik DC yang digunakan. Bagaimanapun, terdapat satu masalah. Pada zaman itu, tiada peranti yang boleh mengubah voltan DC kepada nilai rendah atau tinggi.

Untuk kegunaan selamat kilang dan perumahan, generator DC dicipta untuk menghasilkan elektrik pada voltan yang rendah. Kelemahannya ini bermaksud kehilangan sewaktu penghantaran dari generator kepada pengguna adalah tinggi. Edison memikirkan bahawa ini merupakan suatu masalah yang boleh diterima, tetapi ini terhad kepada jarak antara generator dan pengguna kepada kurang dari sekilometer atau dua.

Di pihak yang lain pula, Tesla mempunyai senjata rahsia dipanggil sebagai Transformer. Ianya satu susunan ringkas teras besi dan lilitan kuprum yang membenarkan voltan diubah menjadi tinggi atau rendah. Hanya masalahnya transformer ini berfungsi pada arus ulang alik (AC). Dengan transformer, Tesla boleh mempertingkatkan pengeluaran output generator kepada beribu voltan dengan penghantaran jarak jauh dengan kehilangan elektrik yang rendah kemudiannya merendahkannya lagi dengan nilai yang selamat untuk penghantaran akhir kepada pengguna.

Waqaf Saham

Namun banyak yang terpaksa di risikokan, termasuklah royalti paten dan hak untuk memberi elektrik kepada bandaraya di Amerika Syarikat. Pertarungan yang “sengit” itu dipanggil sebagai “War of the Currents”.

Kuda dibunuh oleh Thomas Edison untuk membuktikan AC Nikola Telsa adalah lebih bahaya berbanding DC ciptaannya. Beliau memanggil arus elektrik saingannya sebagai “Death Current”

 


Sebuah Kerusi elektrik menggunakan arus elektrik AC 1000 volt untuk pesalah Wiliam Kemmler pada 1890 yang menjalani hukuman mati, namun kematiannya tidaklah serta merta. Kredit imej : Library of Congress

Terasa dengan “arus perlawanan” menghempas dan melawan beliau, Edison menukar taktik dan melancarkan kempen memberi maklumat salah untuk berhujah mengenai arus ulang alik AC adalah bahaya. Untuk menjelaskan lagi hujahnya, dia mengadakan sesi memberi kejutan elektrik kepada kucing, anjing jalanan dan kuda dihadapan orang awam

Pertempuran ini bersambung, sehinggalah kejayaan telah disahkan dimiliki oleh kem Tesla AC, mereka dianugerahkan dengan kontrak untuk memberi tenaga kepada Pameran tersebut. Dari situ bermulalah semuanya menggunakan arus ulang alik AC, dengan keputusan muktamad proses menyalurkan elektrik pada 1896 ke kawasan lampu jalan di lorong jalan di bandaraya Buffalo dengan tenaga AC dibekalkan oleh generator hidroelektrik di Niagara Falls.

Kini 99.9% penjanaan elektrik yang menjanakan Amerika Syarikat adalah penggunaan arus ulang alik AC.

Rujukan:

Michael S. Rosenwald (2017) “Great God, he is alive!” The first man executed by electric chair died slower than Thomas Edison expected. The Washington Post

Alan Finkel (2017) Tesla vs Edison: the AC/DC current wars make a comeback