Usaha Dakwah Di Jepun Oleh Sultan Abdul Hamid II

121

Disebabkan hubungan baiknya dengan Maharaja Meiji, Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Uthmaniyah telah mengambil kesempatan itu dengan melaksanakan usaha dakwah Islam secara aktif di Jepun pada penghujung abad ke-19.

Oleh itu, baginda telah mengutuskan tiga orang pendakwah yang berkaliber iaitu Syeikh Ismail Effendi, Hadrat Affendi Madhad dan Muhammad Effendi ke Jepun untuk memberi penerangan tentang Islam serta menyatakan kelebihan dan kebesarannya.

Di samping itu, terdapat seorang pendakwah Uthmaniyah yang diutuskan untuk menetap di Jepun bagi menjalankan usaha dakwah. Beliau yang bernama Abdul Rahman Effendi adalah seorang yang berbangsa Inggeris dan baru masuk Islam sekitar empat tahun pada ketika itu. Beliau telah berusaha sehabis upayanya bagi mengembangkan agama Islam di kalangan orang-orang Jepun.

 

Ibrahim Noba.

Dari itu, Maharaja Meiji telah mengutuskan telegram kepada Sultan Abdul Hamid II bagi menyampaikan ucapan terima kasih di atas pengiriman pendakwah-pendakwah Islam Uthmaniyah itu. Salah seorang Jepun Muslim yang masyhur yang pernah belajar di Istanbul ialah Abdul Halim Noda.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.