Pada 12 November 2010, Universiti Colorado Denver telah menerbitkan suatu dapatan saintifik.

Hasil kajian mereka mendapati bahawa kanak-kanak paling berisiko dis3r4ng anjing yang akan memb4ham muka dan mata (University of Colorado Denver, 2010).

Siapa sangka bahawa hampir 10 tahun kemudian, suatu kes berlaku di Wyoming, Amerika Syarikat, telah membuktikan dapatan ini.

Dalam minggu ini, nama Bridger Walker tular di media sosial disebabkan tindakan beraninya. Bridger baru saja berusia enam tahun.

Ceritanya begini.

Bridger dan adiknya pergi ke halaman dimana mereka melihat dua ekor anjing. Menunjuk “ini anjing baik” dan “ini anjing jahat” pada setiap satu, Bridger kemudian mendapati anjing jahat menerpa dengan laju ke arah adiknya.

Lalu Bridger pun menghalang. Dan anjing tersebut lantas mengg1git mukanya.

Meskipun dalam kes4kitan, Bridger masih menjerit supaya adiknya teruskan berlari. Ketika itu dia memikirkan, sekiranya ada orang yang m4ti, sepatutnya dirinya bukan adiknya. Apabila anjing tersebut lepaskan, Bridger pun lari menyelamatkan diri untuk membawa adiknya ke tempat lebih selamat.

Pemilik anjing tersebut pun bertanggungjawab sepenuhnya. Mereka menutup lvka Bridger dan terus menelefon pihak hospital. Dan kisah Bridger mula tular selepas ibu saudaranya, Nikki Walker, memuatnaikkan gambar di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Nikki memohon supaya pasukan Avengers (dan adiwira-adiwira lain) untuk memberikan semangat. Dan siapa sangka – bila Avengers diseru, mereka tiba!

Mark Ruffalo (Bruce Banner) merupakan antara paling awal menghubungi dengan pujian bahawa Bridger ialah anak yang berani.

Chris Hemsworth (Thor) pula mengatakan Bridger menjadi inspirasi dengan keberanian sukar dipercayai.

Manakala Chris Evans (Steve Rogers) pun memberikan reaksi juga, dengan hantaran video mengatakan Bridger ialah seorang wira berani dan tidak mementingkan diri sendiri.

Malah Evans juga akan menghantarkan perisai Captain America tulen untuk Bridger (Carey, 2020).

Tidak cukup dengan itu, Tom Holland (Peter Parker) pula menjemput Bridger ke set lakonan Spider-Man 3 (Sarkisian, 2020).

Apa yang dikatakan para Avengers ini memang benar. Bridger memang sangat berani. Apabila ditanya, Bridger mengatakan, “kalau ada yang terpaksa m4ti, sayalah sepatutnya orangnya.” Dan gonggongan anjing tersebut memberikannya 90+ jahitan di muka.

Dalam arus ini, ada satu janji yang paling membuatkan semua orang tertanya-tanya.

Dan tentu sekali ia datang daripada Avengers yang paling prima donna. Robert Downey Jr. menjanjikan “sesuatu yang lebih baik dari perisai Captain America” untuk hari lahir Bridger seterusnya (Dumaraog, 2020).

Keberanian Bridger juga dibalas dengan pujian daripada Anne Hathaway, Hugh Jackman, Robbie Amell dan Zachary Levi.

Semestinya ramai lagi akan memberikan respon. Namun buat sementara ini, Bridger telahpun menggamit dunia hiburan Amerika Syarikat dengan wajah masih memb3ngk4k.

Nasib Bridger sangat baik sebenarnya. Kerana di Amerika Syarikat saja, 3 hingga 18 peratus g1gitan anjing boleh dij4ngkiti kuman dan menyebabkan meningitis, endocarditis dan kejutan septik.

Sehingga 1 Julai, dianggarkan 22 orang disahkan terbvnuh akibat s3r4ngan anjing.

Pada 29 Jun saja, seorang bayi 23 bulan dibvnuh seekor anjing pit bull yang terlepas daripada pagar empat kaki tinggi. Bayi tersebut digegaskan ke hospital tetapi meningg4l dunia semasa tiba (KLTV, 2020).

Nasib menyebelahi Bridger Walker yang keberaniannya memungkinkan kemasyhurannya mulai hari ini.

Jika parut itu kekal sepanjang umur, semua orang akan terkenang – bagaimana tanggungjawab seorang abang mengatasi ny4wa.

RUJUKAN:

Carey, A. (2020, Julai 17). Chris Hemsworth, Chris Evans pay tribute to Bridger Walker after attack. The Courier Mail. Retrieved from https://www.couriermail.com.au/lifestyle/chris-evans-pays-tribute-to-boy-mauled-in-dog-attack-while-protecting-sister/news-story/31a256446d70123aef49e100eb2df486

Dumaraog, A. (2020, Julai 19). RDJ Promises To Give Young Hero A Better Gift Than Captain America’s Shield. Screen Rant. Retrieved from https://screenrant.com/iron-man-robert-downey-jr-bridger-dog-attack-gift/

KLTV. (2020, Jun 29). Dog attack k1lls infant in Hunt County. Retrieved from https://www.kltv.com/2020/06/29/dog-attack-kills-infant-hunt-county/

Sarkisian, J. (2020, Julai 16). Chris Evans is sending a real Captain America shield to a boy who saved his sister from a brutal dog attack. Insider. Retrieved from https://www.insider.com/chris-evans-sending-captain-america-shield-bridger-walker-dog-attack-2020-7

University of Colorado Denver. (2010, November 12). Young, unsupervised children most at risk for dog bites, study shows; Dogs often target a child’s face and eyes. Science Daily. Retrieved from https://www.sciencedaily.com/releases/2010/11/101109133233.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.