Setiap zaman mempunyai pelbagai jenis pekerjaan yang pelik, merbahaya dan kotor. Mungkin bagi sesetengah orang, pekerjaan sebegini tidak relevan dan sesiapa saja melakukannya sememangnya berhati kering.

Namun disebabkan pekerjaan sebeginilah, kehidupan yang dilalui manusia pada setiap zaman tidaklah seburuk seperti disangka.

Semasa era pemerintahan Ratu Victoria, warga Britain ketika itu menampung kehidupan mereka dengan melakukan pelbagai jenis pekerjaan.

Sesetengah daripadanya bersifat aneh dan merbahaya, penulis merasakan mana-mana individu yang dicabar melakukannya lebih rela buka langkah seribu dalam konteks hari ini. Berikut beberapa pekerjaan pelik Era Victoria.

1. Pengutip lintah

Lintah menjadi buruan pengamal perubatan ketika itu kerana dikatakan mempunyai khasiat perubatan dari sakit kepala hingga histeria.

Walau bagaimanapun bagi penangkap lintah, menangkapnya memerlukan mereka menjadi umpan. Pekerjaan ini selalunya dilakukan oleh petani-petani wanita yang miskin dan mereka akan masuk ke kolam kotor untuk menangkap lintah.

Apabila lintah melekat pada tubuh mereka, penangkap akan mencabut dan meletakkannya dalam satu kotak atau balang. Lintah boleh hidup selama setahun tanpa perlu diberi makan.

Hal ini membolehkan ia disimpan di farmasi dan boleh dikeluarkan sekiranya ada permintaan. Antara risiko pekerjaan ini ialah penangkap mengalami kehilangan darah yang banyak dan dijangkiti penyakit berjangkit.

2. Pencari tahi anjing

Mungkin ada menganggap kerja sebegini bersifat sia-sia tetapi ia merupakan komoditi penting bagi penyamak kulit binatang.

Hal ini demikian kerana tahi anjing digunakan sebagai pembersih kulit dan menjadikan kulit mudah lentur. Kulit binatang digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti kasut, beg, but dan pengikat buku.

Pencari tahi anjing akan mencari lokasi di mana anjing-anjing liar berkumpul, mengutip tahi yang ada dan menyimpannya dalam bekas tertutup sebelum dijual.

Sesetengah pengumpul akan menggunakan sarung tangan hitam semasa mengutip. Namun ada juga yang mengetepikan isu kebersihan asalkan tahi dapat dikutip.

3. Tosher

Sesiapa saja yang melihat perenggan ini menyangka ini iklan pencuci pinggan mangkuk. Hakikatnya, tosher merujuk kepada individu yang mencari barang dalam saluran-saluran longkang terutama di London.

Kerja ini dianggap merbahaya atas banyak sebab seperti prospek terowong runtuh, gas merbahaya memenuhi ruang, kemunculan haiwan perosak dan dihanyutkan air kotor yang deras.

Lantaran semua bahaya yang dinyatakan di atas, tosher bekerja secara berkumpulan, memakai seluar kanvas dan apron dengan poket-poket besar serta memasang tanglung pada dada mereka.

Mereka turut membawa galah panjang yang dipasang dengan kepala cangkul dengan tujuan mencari barang berharga dalam timbunan najis atau mengelakkan mereka terjatuh bila berjalan dalam gelap.

Selepas tahun 1840, kerajaan Britain menguatkuasakan undang-undang yang melarang saliran ini dimasuki tanpa izin pihak berkuasa tempatan.

Bagi mengatasi isu perundangan ini, ada tosher yang memilih bekerja pada waktu malam atau awal pagi untuk mengelak ditangkap.

Walaupun pekerjaan ini dianggap merbahaya, ia dianggap satu pendapatan sampingan yang lumayan bagi golongan kelas pekerja.

4. Pembuat mancis

Kerja membuat mancis dianggap kerja mencabar pada Era Victoria. Ianya kerana kayu perlu dipotong menjadi batang-batang nipis sebelum bahagian hujungnya direndam ke dalam fosforus putih.

Kerja ini selalunya dilakukan oleh remaja-remaja perempuan dan mereka terpaksa bekerja antara 12-16 jam sehari.

Berikutan waktu kerja yang lama, mereka terpaksa makan di tempat mereka bekerja. Situasi itu mendedahkan makanan mereka kepada fosforus dan sesiapa yang mengambil makanan tercemar itu berpotensi mengalami kecacatan kekal.

5. Mudlark

Kalau tosher merayap di saliran-saliran longkang, mudlark pula mencari barang di kawasan pesisir sungai terutama Sungai Thames.

Mudlark selalunya terdiri daripada kanak-kanak dan mereka mengumpul apa-apa barang yang boleh dijual.

Antara barang yang dicari ialah kain buruk, kayu hanyut atau barangan berharga. Kerja ini sangat merbahaya kerana keadaan pasang surut sungai tidak menentu boleh menyebabkan mudlark dihanyutkan arus atau terperangkap dalam pasir jerlus.

6. Orang bisu untuk pengebumian

Satu anekdot menarik dalam buku Oliver’s Twist yang dikarang Charles Dickens ialah anak-anak yatim yang menjadi watak kisah tersebut tidak suka menjadi orang bisu semasa pengebumian. Ini antara pekerjaan terawal mereka bagi pemilik rumah pengebumian Encik Sowerberry.

Anekdot ini sebenarnya satu kritikan keras Dickens terhadap eksploitasi kanak-kanak oleh rumah pengebumian. Perlu diingat, upacara pengebumian yang rumit pada ketika itu merupakan satu kegiatan ekonomi yang lumayan.

Mereka akan memakai pakaian serba hitam dan ikat pinggang berwarna putih(warna hitam bagi orang dewasa). Mereka akan membawa kayu panjang yang dilitupi dengan kain hitam dan berdiri dengan senyap di hadapan pintu rumah si ma.ti.

Dari situ, mereka kemudiannya akan mengetuai perjalanan membawa keranda ke tanah perkuburan.

7. Penangkap tikus

Selalunya, penangkap tikus menangkap tikus bagi menghapuskan haiwan perosak itu daripada terus mengganggu ketenteraman penduduk.

Walau bagaimanapun pada Era Victoria, tikus kadang-kadang ditangkap dengan tujuan dijadikan sebagai alat perjudian. Di sini, tikus-tikus akan diletakkan dalam satu ruang di mana anjing kecil akan mengejarnya sampai dapat.

Semasa perkara itu berlaku, penerima-penerima pertaruhan mula mengambil pertaruhan tikus mana yang paling lama terselamat dalam permainan tersebut.

Antara penangkap tikus paling terkenal ketika itu ialah Jack Black dan dia berkhidmat khusus untuk Ratu Victoria.

Begitupun, tugas ini dianggap merbahaya bukan saja kerana tikus merupakan haiwan perosak. Bahkan, gigitannya boleh mengakibatkan jangkitan penyakit.

8. Tukang sapu orang melintas

Bagi tukang sapu ini, status mereka lebih sedikit daripada pengemis. Biasanya, tukang sapu sebegini terdiri daripada kanak-kanak dan mereka akan menetapkan jalan-jalan sebagai tempat mereka beroperasi.

Apabila golongan hartawan keluar dari kereta kuda mereka, tukang sapu akan berjalan di hadapan mereka dan menyapu. Ianya bagi memastikan kotoran yang ada di jalan tidak melekat pada pakaian dan kasut pelanggan mereka.

Selalunya, bayaran yang diterima mengikut kemurahan hati pelanggan. Tugas ini dianggap merbahaya kerana tukang sapu harus mengelak dilanggar kereta-kereta kuda dan perlu bekerja sepanjang masa termasuk semasa cuaca buruk.

9. Pen.curi may.at

Hari ini, sudah ada alternatif bagi pelajar-pelajar perubatan sekiranya mereka mahu mempelajari anatomi manusia seperti ma.yat palsu.

Namun pada era Victoria, may.at-may.at yang baik keadaannya menjadi buruan sekolah perubatan ketika itu.

Bagaimanapun, terdapat dua cara saja ma.yat boleh diperoleh iaitu menerusi penjualan atau pengambilan may.at banduan hukuman ma.ti.

Sekolah-sekolah perubatan bersedia membayar sejumlah wang yang besar kepada sesiapa saja yang mampu mendapatkan ma.yat dalam keadaan baik.

Situasi ini mendorong sesetengah orang menggali kubur, mengeluarkan ma.yat dan menyerahkannya kepada sekolah perubatan.

Masalah ini sangat serius sehingga mendorong ahli-ahli keluarga si ma.ti terpaksa berkawal di kubur ahli keluarga mereka bagi mengelak ia menjadi mangsa penc.uri m.ayat.

Kemuncak kepada isu ini ialah pendedahan kerenah duo pembu-nuh bersiri William Burke dan William Hare. Mengikut keterangan mahkamah, kedua-duanya bertanggungjawab membu-nuh 16 orang individu dari 1827 hingga 1828.

Mereka akan mengumpan mangsa menginap di rumah tumpangan mereka dan melalaikannya dengan alkohol sebelum mangsa dilemaskan. Ma.yat kemudiannya dijual kepada sekolah perubatan Universiti Edinburgh.

Selepas pendedahan jenayah terkutuk itu, kerajaan menggubal Akta Anatomi 1832. Penggubalan akta ini akhirnya menghentikan aktiviti menc.uri ma.yat dan membolehkan pengamal perubatan mendapat akses lebih besar terhadap may.at.

Akta ini juga turut membenarkan mana-mana individu untuk mendermakan ma.yat mereka untuk tujuan saintifik.

Artikel turut boleh dibaca di portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook Asia. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.