9 Kepercayaan Tentang Senaman Yang Tidak Betul

912

Sukar untuk melakukan senaman dalam kehidupan seharian kita yang sibuk walaupun kita mempunyai niat yang baik untuk melakukannya. Orang mempunyai banyak alasan untuk tidak melakukan senaman dan banyak juga salah faham tentang senaman. Di sini akan menyenaraikan 9 jenis salah faham berkenaan senaman dan apa kajian memberitahu kita tentangnya.

  1. Sudah kurus bermaksud tidak perlu senaman

Manfaat kesihatan yang kita dapat daripada bersenam tidak akan bertahan lama sekiranya kita tidak konsisten dalam bersenam. Berhenti daripada bersenam secara signifikan akan menyebabkan kita hilang manfaat seperti daya tahan, stamina dan kecerdasan kardiovaskular (berkaitan jantung). Konsisten dalam bersenam adalah kunci utama untuk badan yang sihat.

  1. Berjalan sudah cukup sebagai bersenam

Banyak berjalan sana sini bermaksud anda mempunyai aktiviti fizikal yang banyak. Kesihatan anda lebih baik. Namun, untuk optimumkan lagi tahap kesihatan anda, tingkatkan tahap senaman anda – paling tidak anda perlu berpeluh – paling kurang 150 minit seminggu.

Kalau anda berjalan banyak tapak pun tetapi tidak berpeluh, tidak sama manfaatnnya dengan orang yang bersenam dan berpeluh.

  1. Senaman perlu dilakukan selama 10 minit atau lebih, kalau tidak semuanya membazir

Kajian baru-baru ini telah menyanggah bahawa senaman perlu dilakukan lebih daripada 10 minit. Hakiktnya, tiada tahap minimum sepanjang mana aktiviti fizikal perlu dilakukan untuk mendapatkan manfaat kesihatan. Maka, jadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian seperti mengangkat barang berat, mengemas rumah, berkebun dan sebagainya untuk memperbaiki kesihatan.

  1. Saya ada penyakit kronik, maka saya tidak boleh bersenam

Menjadi lebih aktif akan memberikan manfaat dalam banyak keadaan yang kronik termasuk sakit jantung. Sekiranya keadaan kesihatan anda mengizinkan, sasarkan 150 minit seminggu dalam melakukan aktiviti yang sederhana. Yang penting, dapatkan nasihat daripada pakar.

  1. Saya terlalu tua untuk bersenam

Bukti menunjukkan meningkatnya umur bukanlah masalah untuk anda bersenam sehinggalah anda berumur sekitar 90 tahun. Kekuatan, stamina dan jisim otot dapat dipertingkatkan walaupun pada umur yang lewat.

  1. Senaman boleh kurus

Senaman tidak semestinya menjadikan kita kurus. Untuk menjadi kurus, perlu digabungkan dengan penjagaan makanan (diet). Bukan hanya senaman semata-mata.

  1. Tidak cukup hanya senaman seminggu sekali

Hakikatnya tidaklah begitu. Tidak kira berapa banyak kita berlari, walaupun seminggu sekali, tetapi memberikan manfaat kesihatan. Sekiranya anda tidak ada masa, dapat berlari 50 minit seminggu dalam keadaan perlahan pun sudah memberikan manfaat. Berlari dengan laju tidak semestinya memberikan kesihatan.

  1. Mengandung bermaksud tidak perlu buat apa-apa

Aktiviti fizikal yang sederhana adalah selamat untuk perempuan mengandung yang sihat dan tidak memberikan risiko kepadan kandungan. Aktiviti fizikal dapat mengurangkan berat badan yang berlebihan ketika mengandung.

  1. Saya tidak sihat, maknanya saya tidak perlu bersenam

Kalau anda berada dalam keadaan yang sangat teruk, maka anda tidak perlu bersenam. Kalau biasa-biasa saja, keluarlah bersenam dengan sederhana adalah apa yang anda perlukan.

RUJUKAN:

  1. 9 Common Beliefs About Exercise That Aren’t True, According to a Scientist.
    https://www.sciencealert.com/9-things-people-say-about-exercise-that-aren-t-true-according-to-a-scientist?perpetual=yes&limitstart=1
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.