Bagi kebanyakan orang, frasa kawalan kelahiran tidak menggambarkan imej secara mental dalam penggunaan herba, bersin ataupun najis buaya. Namun, wanita dan lelaki dalam kebudayaan purba telah menggunakan pelbagai kaedah pelik bagi mencegah kehamilan, dengan tahap kejayaan yang berbeza (juga kebersihan). Di sini, terdapat sembilan bentuk bagi kawalan kelahiran yang digunakan dalam dunia purba, dari Greece hinggalah ke China.

1. AKASIA DAN MADU
Bermula pada sekitar abad ke-16 sebelum Masehi, wanita Mesir dan Mesopotamia telah menyenaraikan kegunaan daripada akasia (sejenis pokok) dalam usaha pencegahan kehamilan mereka. Wanita-wanita ini mencampurkan buah akasia yang belum masak bersama madu dan kurma kisar. Mereka merendam sehelai kain atau  bahan fiber tumbuhan lain ke dalam pes tersebut dan memasukkannya ke dalam vagina mereka, seperti tampon. Kaedah kawalan kelahiran ini jauh lebih efektif daripada apa yang anda fikirkan: Gam daripada akasia akan ditapaikan menjadi asid laktik, yang mana bertindak sebagai spermicide.

2. SILPHIUM
Orang Mino, Mesir, Roman dan Greek purba sangat menyukai silphium. Mereka menggunakan tumbuhan seperti adas (jintan hitam) bagi melegakan perut kembung, memperasakan makanan mereka, mewangikan badan mereka dan mencegah kehamilan.

Selama enam abad, para wanita telah meminum biji tumbuhan yang berbentuk hati ini sebagai jus sebanyak sekali dalam masa sebulan bagi mencegah kehamilan secara semulajadi. Kaum wanita juga meletakkan bulu yang direndam di dalam jus tumbuhan tersebut dan dimasukkan ke dalam vagina bagi mencegah kehamilan.Silphium (yang juga dipanggil sebagai laserwort) memiliki nilai yang tinggi dan penting kepada ekonomi perdagangan Mediterranean purba. Masyarakat Cyrenian pula meletakkan imej biji silphium pada matawang mereka.

Para cendekiawan tidak mengetahui bagaimana silphium ini bertindak atau sejauh mana ia efektif sebagai pencegah kehamilan – satu kajian pada 1985 telah menemui bahawa ekstrak yang dikatakan mempunyai kaitan dengan silphium telah mencegah kehamilan dalam tikus apabila diberikan secara oral, namun dos yang sama didapati tidak efektif terhadap hamster – tetapi tumbuhan pencegah kehamilan itu mungkin telah menyumbang kepada kadar kelahiran yang rendah di Rom. Para petani purba tidak dapat menanam silphium– ia hanya tumbuh berhampiran Cyrene, iaitu Afrika Utara pada hari ini – dan tumbuhan itu telah pupus di antara abad pertama dan kedua Masehi.

3. BERSIN
Soranus, seorang pakar sakit puan Greek yang merawat kaum wanita pada zaman Rom purba, telah menulis bahawa apabila seseorang lelaki berejakulasi, pasangan wanitanya “harus menahan nafas dan menjauhkan diri sedikit, bagi mengelakkan benih terlontar jauh ke dalam bahagian uterus. Lalu bangun serta-merta dan sambil duduk mencangkung, dia perlu mencetuskan rasa bersin dan mengesat keseluruhan vaginanya”. Walaupun Soranus tidak memberikan penjelasan lanjut tentang bagaimana caranya untuk mencetuskan bersin, cadangannya secara asas bermaksud untuk mengeluarkan air mani itu daripada badan wanita.

4. PLUMBUM CECAIR DAN MERKURI
Bagi mengurangkan kesuburan, wanita Cina purba (kebiasaannya pelacur atau gundik maharaja atau ahli dalam parti pemerintah) meminum plumbum, merkuri, dan arsenik dan kemungkinan ketiga-tiganya dicampurkan bersama. Meskipun terdapat potensi bagi kesan sampingan yang serius, daripada kegagalan ginjal kepada kerosakan otak yang membawa maut, wanita-wanita ini hanya mempunyai matlamat untuk meminum bahan-bahan berbahaya ini secukupnya bagi mengelakkan kehamilan, namun bukan untuk meracun diri. Sebahagian wanita Greek purba turut terbabit dalam trend plumbum cecair, sehingga menjejaskan kesihatan mereka.

5. NAJIS BUAYA
Wanita Mesir purba (kira-kira 1800 sebelum Masehi) telah menggunakan bahan pelik – najis buaya – bagi mencegah kehamilan. Setelah mencampurkan najis reptilia tersebut bersama doh yang telah ditapai, para wanita itu akan menaburkan ramuan ke dalam vulva mereka atau di dalam vagina mereka bagi menghalang sperma daripada sampai ke bahagian uterus.

Masyarakat purba di India dan Tumr Tengah yang lain pula menggunakan najis gajah dalam bentuk yang sama untuk kawalan kelahiran. Lupakan sejenak tentang keadaan tidak bersih untuk memasukkan najis haiwan ke dalam badan seseorang, sejauh mana kaedah efektif masih tidak diketahui. 

Sebahagian penyelidik berpendapat bahawa keadaan alkali dalam najis boleh membunuh sperma, manakala penyelidik lain menyatakan bahawa dengan meningkatkan tahap keasidan semulajadi pH vagina sebenarnya menjadikan peluang kehamilan lebih tinggi, seperti mana keadaan alkali yang tinggi bermanfaat untuk sperma. Tidak mengejutkan, sukar untuk mencari orang yang sanggup untuk menguji hipotesis ini.

6. MINYAK ZAITUN
Menurut Soranus, wanita Greek dan Roman yang tidak mahu mengandung perlu menyapukan salap daripada minyak zaitun tua pada bahagian bukaan uterus (serviks). Soranus tidak begitu bertegas dalam resepi untuk membuat spermicide primitif ini, mencadangkan bahawa wanita boleh menggunakan minyak zaitun, madu, resin pokok cedar atau jus pohon balsam, bersama atau tanpa plumbum putih.

Beliau berkemungkinan besar belajar mengenai kaedah pencegahan kehamilan minyak zaitun daripada Aristotle, yang turut menyokong bahawa wanita yang meletakkan minyak zaitun atau minyak cedar ke dalam vagina adalah untuk melambatkan perjalanan sperma.

7. MINYAK SAPI DAN GARAM
Para wanita telah menggunakan apa jua bahan yang senang diperoleh oleh mereka, dan wanita India purba pada abad pertama Masehi telah memasukkan kapas yang dicelupkan ke dalam campuran minyak sapi (mentega jernih), madu dan/atau benih pokok ke dalam vagina mereka. Mereka turut menggunakan garam batu sebagai spermicide, yang mana bunyinya sangat tidak menyelesakan, namun wanita ini berkemungkinan telah mengisar garam menjadi butiran lebih kecil dan kepingan yang kurang tajam.

8. BERI JUNIPER
Dilahirkan di Asia Minor (Turki moden) pada abad pertama Masehi, Pedanius Dioscorides adalah seorang ahli perubatan yang telah menulis mengenai herba bagi kegunaan perubatan. Dalam De Materia Medica, beliau telah mencadangkan kepada lelaki dan wanita untuk menghancurkan buah beri juniper dan menyapukannya pada bahagian genital mereka. walaupun kekuatan kaedah pencegah kehamilan menggunakan beri juniper ini masih diperdebatkan. Buah beri berkemungkinan boleh mengganggu kehamilan dengan mengurangkan kebarangkalian persenyawaan.

9. DELIMA
Bagi mencuba salah satu daripada kaedah pencegah kehamilan Soranus, anda harus mempunyai sebiji buah delima. Berdasarkan pakar sakit puan Greek itu, wanita perlu mengisar bahagian dalam kulit delima, mencampurkan air dan menyapukannya pada vagina mereka.
Bagi menjadikan kaedah pencegahan kehamilan ini lebih kompleks, Soranus menawarkan resepi alternatif buah delima, seperti dua bahagian kulit delima kepada satu bahagian puru oak (suatu ketumbuhan besar pada pokok disebabkan oleh sejenis serangga) dan bahagian yang sama kulit delima dengan minyak ros serta gam. Selepas memasukkan delima itu, wanita “perlu sentiasa diikuti dengan minuman air madu”. Bunyinya seperti rancangan yang bagus, Soranus.

RUJUKAN:

Suzanne Raga. (28 Julai 2016). 9 Forms of Birth Control Used in the Ancient World. Mental Floss.
http://mentalfloss.com/article/83685/9-forms-birth-control-used-ancient-world


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.