Council Negri Sarawak since 1867

0
570
views

COUNCIL Negri atau Majlis Umum adalah sistem pentadbiran yang dipelopori oleh Rajah Charles Brooke sewaktu beliau merupakan Tuan Muda untuk Sarawak Kingdom.  Ianya ditubuhkan pada tanggal 8hb September 1867 yang mana lokasi mesyuarat pertama diadakan di sebuah perkampungan nelayan nun di Bintulu, Sarawak.  Pada masa itu ianya diadakan di sebuah rumah kayu seperti apa yang ditunjukkan di dalam teaser artikel ini.

Menguak pintu sejarah sewaktu persidangan council negri yang pertama ini sebenar adalah atas arahan Rajah pertama Sarawak iaitu Sir James Brooke.  Agenda mesyuarat pertama mencakupi segala hal mengenai masyarakat Sarawak yang pelbagai iaitu letak duduknya undang-undang dan adat tradisi yang digunapakai di Sarawak pada masa itu.

Dan menurut catatan sejarah menyatakan bahawa mereka yang menghadiri mesyuarat Council Negri Sarawak di Bintulu pada masa itu terdiri daripada lima orang penjawat awam Sarawak Kingdom berbangsa Eropah dan 15 orang pemimpin tempatan iaitu yang dipilih oleh Brooke di kalangan Melayu Datu-datu Sarawak.  Senarainya adalah seperti berikut:

  1. James B. Crookshank
  2. William H. Rodway
  3. Alfred R. Gouhton
  4. Thomas SC. Chapman
  5. James H. Nelson
  6. Datu Bandar Pengiran Matusin
  7. Pengiran Matahir
  8. Pengiran Abu Bakar
  9. Abang Matassan
  10. Abang Aing
  11. Tuan Khatib
  12. Awang Dulla
  13. Abang Tek
  14. Abang Apong
  15. Abang Man
  16. Abang Leman
  17. Abang Galau
  18. Abang Ali
  19. Abang Usup
  20. Abang Mani

Kemudian untuk mesyuarat kali kedua pula berlangsung di Sibu atau untuk lebih spesifik di Kubu Brooke, Sibu yang baru sahaja siap dibina.  Ianya berlangsung pada tanggal 15 Jun 1868 dan dek kerana ianya merupakan mesyuarat pertama berlangsung di sebuah kubu yang baru maka acara gilang gemilang turut memenuhi suasananya.  Diceritakan pada masa itu banyak acara keramaian masyarakat setempat turut berlangsung.  Hanya pada mesyuarat ketiga barulah Council Negri diadakan di pusat pemerintahan Sarawak Kingdom iaitu di Astana Negeri, Kuching.  Mesyuarat ketiga ini diadakan sekitar Oktober 1870 dan selepas itu ianya bersidang selang tiga tahun sekali.

Pada tanggal 22 Julai 1918, mesyuarat Council Negri telah berpindah lokasi dengan mengadakannya di Bangunan Court House.  Menurut cerita, dikatakan perpindahan itu bagi memberi ruang agar Astana Negeri untuk lebih bersifat privasi iaitu sebagai tempat tinggal kepada Rajah Sarawak.  Manakala bangunan Court House turut dipilih kerana ianya lebih besar bagi menampung pertambahan pemimpin yang bersidang pada masa itu.

Pada tahun 1941, Rajah ketiga iaitu Sir Charles Vyner Brooke telah memperkenalkan penambahbaikan kepada konstitusi Sarawak bagi menggantikan sistem pemerintahan berbentuk autokratik kepada demokrasi.  Hasil daripada penambahbaikan inilah terbitnya Constitution Order pada tanggal 24hb September 1941 yang dikenali sebagai “Nine Cardinal Principles”.

“Nine Cardinal Principles” adalah seperti berikut: (Bahasa Inggeris)

  1. That Sarawak is the heritage of Our Subjects and is held in trust by Ourselves for them.
  2. That social and education services shall be developed and improved and the standard of living of the people of Sarawak shall steadily be raised.
  3. That never shall any person or persons be granted rights inconsistent with those of the people of this country or be in any way permitted to exploit Our Subjects or those who have sought Our protection and care.
  4. That justice shall be freely obtainable and that the Rajah and every public servant shall be easily accessible to the public.
  5. That freedom of expression both in speech and in writing shall be permitted and encouraged and that everyone shall be entitled to worship as he pleases.
  6. That public servants shall ever remember that they are but the servants of the people on whose goodwill and co-operation they are entirely dependent.
  7. That so far as may be Our Subjects of whatever race or creed shall be freely and impartially admitted to offices in Our Service, the duties of which they may be qualified by their education, ability and integrity duly to discharge.
  8. That the goal of self-government shall always be kept in mind, that the people of Sarawak shall be entrusted in due course with the governance of themselves, and that continuous efforts shall be made to hasten the reaching of this goal by educating them in the obligations, the responsibilities, and the privileges of citizenship.
  9. That the general policy of Our predecessors and Ourselves whereby the various races of the State have been enabled to live in happiness and harmony together shall be adhered to by Our successors and Our servants and all who may follow them hereafter.

Dan dibawah Constitution Order, 1941 juga menyaksikan Council Negri dianggotai oleh 25 ahli yang mana 14 orang adalah ahli tetap manakalah 11 lagi adalah tidak tetap.  Mesyuarat pertama dibawah pembaharuan ini berlangsung pada tanggal 17hb November 1941.  Ianya merupakan mesyuarat terakhir memandangkan selang beberapa minggu kemudian Sarawak sudah dikancah Perang Dunia Kedua yang mana akhirnya jatuh ditangan tentera Jepun yang kemudian melaksanakan sistem pemerintahan tentera yang dikenali dengan nama “Kita Boruneo”.

Setelah Jepun menyerah kalah di Sarawak pada akhir tahun 1945, Council Negri bersidang buat pertama kalinya selepas perang iaitu pada tanggal 16 Mei 1946. Hanya pada ketika inilah Sir Charles Vyner Brooke mencadangkan untuk Sarawak dijadikan jajahan koloni British.  Ianya mendapat respons berbelah bagi di kalangan ahli Council Negri sehingga dikatakan perdebatannya cukup hebat pada masa itu. Sudah menjadi suratan takdir walaupun ianya dibantah sehingga ke jalanan dengan suara rakyat Sarawak kuat berkumandang memohon kemerdekaan diberikan seperti yang dijanjikan di dalam “Nine Cardinal Principles” namun Sarawak akhirnya rasmi menjadi jajahan Koloni British yang digelar Kerajaan Mahkota Koloni Sarawak British pada tahun itu 1946.

Walaupun sudah menjadi tanah jajahan British pada masa itu namun Council Negri tetap diteruskan dangan Gabenor British sebagai kuasa utamanya.  Pada tahun 1956, Council Negri sekali lagi ditambahbaik bagi mempersiapkannya ke arah berkerajaan sendiri yang mana pada masa itu ahlinya mencakupi 14 (ex-officio), 24 ahli dipilih, 4 ahli dilantik dan 3 ahli tetap. Ahli ex-officio adalah Ketua Setiausaha, Peguam Negara, Ketua Setiausaha, Pegawai Residen dari lima bahagian, enam penjawat awam yang dipilih oleh Tuan Gabenor.  Ahli tetap merupakan ahli Council Negri yang telah dipilih oleh Rajah Sarawak sebelum Sarawak diserahkan menjadi jajahan Koloni British.

Pada 28hb Disember 1973 pula, Council Negri mengadakan mesyuaratnya buat pertama kalinya di Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak iaitu pada persidangan siri ke-106.  Sehinggalah pada tahun 1976, akhirnya persidangan Council Negri mula mempunyai bangunan sendiri yang dinamakan Dewan Undangan Negeri Sarawak berhadapan dengan bangunan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.  Dan sekarang sudahpun mempunyai bangunan baru yang menjadi lambang sistem demokrasi di Sarawak iaitu DUN baru yang terletak berhampiran dengan Sungai Sarawak, bersebelahan dengan Astana dan Fort Margherita.

Sejajar dengan waktu iaitu semenjak menjadi pembentuk Persekutuan Malaysia pada tanggal 16 September 1963, ahli-ahli Council Negri turut terpilih melalui pilihanraya iaitu para ahli dewan undangan negeri (ADUN) sehingga sekarang. Council Negri Sarawak telah menempuh tiga era pemerintahan Sarawak iaitu dari 100 tahun dinasti pemerintahan Brooke kemudian koloni mahkota Sarawak British dan seterusnya Sarawak, Malaysia.  Ianya juga mencipta rekod sejarahnya tersendiri apabila ia merupakan dewan perundangan paling tertua di Malaysia.

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

Rujukan:

  1. Laman Rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak

http://www.dun.sarawak.gov.my

  1. Stamps Of Malaysia

http://stampsofmalaysia.blogspot.my/2012/11/sarawak-council-negri-centenary-1867.html

  1. Fort Sibu, Sibu, Sarawak – Borneo Oracle
  2. Nine Cardinals Principles – Borneo Oracle

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here