1. Nama saintifik pepatung adalah Anisoptera yang bermaksud ‘sayap berlainan saiz’ yang merujuk kepada sayap belakang yang sedikit pendek dan lebar berbanding sayap dihadapan.

2. Pepatung mempunyai kebolehan mengawal suhu badan sendiri. Salah satu caranya adalah dengan mengibaskan sayapnya dengan laju untuk meningkatkan haba badan. Selain itu, pepatung menggunakan sinar cahaya matahari untuk meningkatkan suhu badannya. Ia memposisikan tubuhnya dalam keadaan yang paling banyak terdedah pada matahari dan menggunakan sayapnya untuk memantulkan cahaya keatas badannya. Begitu juga dengan menyejukkan badannya, sayapnya digunakan untuk memantul cahaya daripada badannya.

3. Pepatung menangkap mangsanya di udara (mid-air) semasa sedang terbang. Saintis di Harvard University pernah cuba merakamkan pepatung yang sedang menangkap mangsa. Mereka mendapati proses terbang, tangkap, dan turun semula hanya mengambil masa 1 – 1.5 saat sahaja. Pepatung akan mati kelaparan jika ia mengalami kegagalan untuk terbang. Saintis menggelarkannya sebagai ‘the perfect killer’.

4. Pepatung mampu terbang sejauh 100 kaliganda panjang badannya dalam masa satu saat, atau kira-kira sejauh 30 batu per jam.

5. Seekor pepatung mampu memakan kira-kira 30 – 100 ekor nyamuk dalam masa sehari.

6. Organ reproduktif pepatung berbeza dengan serangga lain dimana organ reproduktifnya terletak di segmen kedua dan ketiga berbanding di hujung abdomen seperti serangga yang lain. Namun begitu, spermanya disimpan di segmen kesembilan abdomennya.

7. Mata lensa pepatung mampu melihat lebih banyak spektrum warna berbanding manusia. Ia menggunakan 80% keupayaan otaknya hanya untuk memproses maklumat visual yang diterima.

8. Pepatung mampu hidup sehingga beberapa minggu secara puratanya. Namun ada juga beberapa jenis pepatung yang mampu hidup sehingga 1 tahun lamanya.

9. Pepatung merupakan pemangsa yang sangat efisien. Ia mampu menangkap secara berjaya kira-kira 95% daripada pemburuannya. Jika dibandingkan dengan ikan yu, yang merupakan antara pemangsa paling garang didunia, ia hanya mampu kecapi 50% pemburuannya sahaja.

10. Pepatung mampu menghancurkan mangsanya hanya dengan menggigit mangsanya menggunakan rahang yang sangat kuat. Sehinggakan pepatung yang lebih besar daripada biasa mampu menggigit kulit manusia sehingga pecah dan tembus.

#AC


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Mengapa sistem huruf moden perlu disusun bermula dari A hingga Z walhal tiada satu pun syarat yang mewajibkan sedemikian?" Seorang jururawat lelaki yang gemar melihat hidup dari sisi dan perspektif tidak lazim dan janggal. Kadangkala sehingga mencabar kefahaman terhadap diri sendiri.

Leave A Reply