Sebut saja lelaki Korea, ramai peminat K-Pop membayangkan mereka sebagai lelaki yang baik, sopan, romantik dan pandai melayan wanita. Bayangan ini biasa dilihat dalam mana-mana drama Korea meliputi pelbagai genre. Tetapi hakikatnya, ada lelaki Korea yang bersifat kejam terhadap wanita termasuk mendera mereka.

Buktinya, satu kaji selidik mendedahkah lapan daripada 10 lelaki Korea mengakui menggunakan keganasan terhadap teman wanita mereka. Ini berdasarkan kaji selidik Institut Kriminologi Korea Selatan membabitkan 2,000 responden lelaki Korea. Angka lebih tepat ialah 1,593 orang atau 79.7%.

71% mengakui mereka mengongkong pergerakan teman wanita mereka termasuk menghalang mereka berjumpa keluarga atau rakan. Sementara 483 orang pula mengaku kerap menelefon teman wanita mereka atau mengehadkan pilihan pakaian mereka.

Daripada 1,593 responden, 37.9% terlibat dalam gangguan seksual, 36.6% (penderaan emosi), 22.4% (penderaan fizikal), 17.5% (penderaan seksual) dan mendatangkan kecederaan (8.7%). Dari segi penderaan emosi, 23.1% mengakui menghempas pintu atau memijak lantai dengan kuat dalam keadaan marah bila bersama teman wanita mereka.

Sementara 25% mengakui menyentuh bahagian tubuh teman wanita mereka termasuk payu dara, punggung dan kemaluan tanpa kebenaran. 100 orang responden memberitahu mereka mendera teman wanita mereka sehingga lebam atau mempunyai parut. Ada juga yang mengakui teman wanita mereka pengsan atau mengalami patah tulang selepas dipukul.

Terdapat banyak kes penderaan ini berakhir dengan kematian. Pada Julai 2021, Hwang Ye-jin, 25, ditemui di lif sebuah apartmen dalam keadaan cedera parah. Pemeriksaan doktor mendapati wanita itu mengalami pendarahan otak, kerosakan pada organ dalaman dan tulang rusuk patah. Ye-jin disahkan meninggal dunia di hospital tiga minggu kemudian.

Rajah 1: Hwang Ye-jin. Sumber: YouTube

Rakaman seorang lelaki, 30, dipercayai teman lelaki wanita malang itu menyerang dan mengheret tubuhnya berdarah ke dalam lif dirakam oleh CCTV. Bila ditahan dan disoal siasat oleh polis, dia mengakui dia merasa marah dengan mangsa kerana mendedahkan hubungan mereka kepada orang lain. Pada awalnya, si polan ini didakwa atas kesalahan bunuh sebelum ditukar kepada pematian orang. Bagaimanapun, perubahan tuduhan itu oleh pendakwa raya mengundang kemarahan ibu Ye-jin.

Rajah 2: Rakaman CCTV menunjukkan teman lelaki Ye-jin meninggalkan mangsa di lif selepas puas memperlakunya bak haiwan. Sumber: YouTube.

Lantas, dia membuat satu sidang media dengan mendedahkan rakaman CCTV perlakuan kejam suspek, nama dan gambar mangsa. Ibu Ye-jin turut menuduh lelaki tersebut sebagai pembohong bersiri sentiasa menipu perkhidmatan kecemasan bahawa anaknya sentiasa mabuk dan terhantuk di lantai. Suspek yang turut mempunyai kemahiran sebagai pengawal pantai juga sengaja tidak memberi bantuan kecemasan untuk menyelamatkan anaknya itu.

Kesemua maklumat ini kemudiannya dimasukkan dalam satu petisyen yang dihantar ke laman sesawang Rumah Biru (kediaman dan pejabat rasmi Presiden Korea Selatan). Menerusi petisyen itu, ibu Ye-jin berharap satu undang-undang baru akan dibentuk bagi menangani isu keganasan terhadap wanita. Sehingga 1 September tahun lepas, ia sudah mengutip hampir 400,000 tandatangan.

Jadi, mengapa hal ini berlaku? Menurut Profesor Kwack Dae-gyung dari Universiti Dongguk, kebanyakan kes menunjukkan lelaki melihat wanita sebagai bahagian sampingan yang sepatutnya tunduk kepada arahan mereka sepanjang masa. Tambahnya lagi, didorong oleh persekitaran cauvinis, pernah didera pada masa silam dan ketidakstabilan emosi mendorong mereka berlaku ganas kepada wanita.

Lebih menyedihkan, masih wujud kecenderungan dalam kalangan pihak berkuasa dan institut kehakiman bahawa perkara sebegini tidak patut dicampuri. Pada mereka, ia hanyalah pergaduhan antara kekasih dan tidak memerlukan campur tangan sesiapa. Ini juga menjelaskan mengapa rang undang-undang yang menyentuh topik ini masih tidak diluluskan oleh Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen versi Korea).

Selagi isu ini tidak ditangani dengan segera, selagi itulah lebih ramai wanita akan menjadi mangsa. Isu ini turut menjelaskan mengapa sesetengah wanita Korea lebih rela memilih lelaki asing termasuk lelaki Melayu sebagai pasangan hidup mereka.

RUJUKAN

Chan-kyong, P. (2021, 1 September). South Korea’s ‘dating violence’ problem exposed by young woman’s death after savage beating. South China Morning Post.

The Straits Times. (2017, 18 Ogos). 8 in 10 South Korean men used violence against girlfriends: Study.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply