78 Orang Tenggelam di Sungai Mississippi Kerana Minuman Keras

444

Sungai Mississippi mengalir dengan indah, yakni sesuai untuk golongan yang mencintai alam sekitar. Tebingnya memanfaatkan spesis mamalia pelanduk, memerang, muskrat dan seabagainya.

Arus sepanjang 3,730 kilometer ini juga menjadi tempat kepada lebih daripada 120 spesis ikan.

Malah jerung pun ada di Sungai Mississippi, sepertimana ditemui di Alton, Illinois yang terletak 1,100 kilometer daripada laut berhampiran.

Air daripada sungai ini melimpah dari Tasik Itasca, melalui 10 negeri sebelum dimuntahkan ke Teluk Mexico.

Namun pada 20 Oktober 1976, tiada apa yang indah buat sungai ini. Negeri terakhir Sungai Mississippi ialah Louisiana, dimana ia memisahkan kota Destrehan dan Luling.

Masyarakat bergantung pada perkhidmatan feri untuk bergerak antarakota. Dua feri disediakan untuk membolehkan perkhidmatan ini: Ollie K. Wilds dan George Prince yang lebih besar dan sentiasa beroperasi.

George Prince

Saiz George Prince ialah 37 meter panjang dan 10 meter lebar, dengan berat 259 tan. Sebuah enjin berkuasa diesel menggerakkan George Prince dengan 670 kuasa kuda.

Sebuah kapal sebesar ini memerlukan lima kru – tetapi tiada pemerhati (lookout). Jika ada sekalipun, pemerhati ini hanya boleh berkomunikasi dengan tangan sahaja kerana tiada kelengkapan maju.

George Prince menerokai air sejak tahun 1937, sehinggalah 20 Oktober 1976 itu.

Sekitar jam 6 pagi, George Prince berada di tebing timur dan sedang mengumpulkan 20 kereta, lapan lori dan enam motosikal. Jumlah penumpang tidak dapat dihitungkan.

Sebaik sahaja penuh, George Prince pun bertolak ke hulu tanpa pengumuman melalu radio mahupun hon.

Tanpa diketahui kru, Sungai Mississippi ini sedang digunakan sebuah kapal tangki Jerman SS Frosta.

Kapal ini 88 kali ganda lebih berat, dengan kuasa kuda jauh menandingi George Prince.

Dengan panjang 202 meter, keberadaan Frosta disedari penumpang-penumpang George Prince. Ada yang risau jika kedua-dua kapal ini akan bertembungan.

Tetapi buat masa seketika, keadaan dilihat masih terkawal. Namun apabila Frosta membunyikan isyarat, b4h4ya, semua penumpang George Prince terus kepanikan.

Bahagian hadapan Frosta merempuh sebelah kiri George Prince sehingga tertembus. Feri tersebut terus terbalik dan mula karam. Lebih meng3rikan, George Prince terseret masuk ke bawah Frosta pula.

Semua kenderaan tercampak keluar, kecuali motosikal yang ditambat. Semua ini berlaku dalam masa dua minit sahaja selepas George Prince meninggalkan jeti.

Seramai 14 penumpang tercampak ke dalam air tetapi selamat sampai di tebing. Tiga lagi buat sementara terp3r4ngkap dibawah bersama feri. Ollie K. Wilds pula sedang sibuk menurunkan kenderaan ketika itu.

Anak-anak kapalnya tidak sedar pun yang George Prince dilanggar. Apabila diberitahu, kapten terus menghubungi Frosta untuk mendapatkan kepastian.

Dengan berhati-hati Ollie K. Wilds menyeberangi sungai agar tidak terlanggar penumpang George Prince. Pihak berkuasa lantas dihubungi, yang tiba dalam masa beberapa minit.

Dan ketika media mensensasikan kejadian ini, 78 orang disahkan terbvnvh. George Prince berjaya dikeluarkan daripada dasar sungai keesokannya pada jam 10 malam selepas sekian lama mereka berusaha.

Punca kejadian selepas siasatan dijalankan pun agak menyayatkan hati. Akibat terlalu yakin dalam keletihan dan dipengaruhi minuman keras, Kapten Egidio Auletta gagal mengesan kedatangan Frosta sehinggalah saat terakhir ketika George Prince tidak dapat mengelak lagi.

Feri ini pun didapati membelok terlalu awal, kerana arus perlahan. Auletta pun tidak membunyikan hon, apatah lagi mengurangkan kelajuan dan tidak berhati-hati.

Perkhidmatan feri Luling-Destrehan ditamatkan pada Oktober 1983, apabila Jambatan Hale Boggs Memorial siap.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.