Seperti anda tahu, permainan terkenal, Mobile Legends adalah salah satu permainan telefon pintar terkenal. Saya juga salah seorang pemainnya. Disebabkan saya tertarik dengan permainan ini, saya mengambil keputusan untuk menyenaraikan fakta-fakta menarik tentang Mobile Legends ini:

1. Zilong (Yun Zhao): Adalah salah satu Panglima terhebat Empayar China pada zaman Han Dynasty

2. Minsitthar: Bedasarkan dari sejarah The Great King Kyansittha, Raja Myanmar yang lahir pada 1038-1118

3. Lapu-Lapu: Pemerintah Mactan dalam kepualan Visayas, Filipina (1491-1542)

4. Badang: Kisah lagenda superhero Melayu yang asal dari Johor, Malaysia.

5. Yi Sun Shin: Panglima terhebat Joseon Empire, Korea (1545-1598)

6. Chang’e: Tuhan Bulan bagi kepercayaan masyarakat China

7. Odette, Lancelot, Guinevere dan Leomord: adalah nama-nama yang sering digunakan dalam sastera England.

8. Gatotkaca: Hero Lagenda dalam buku bahasa Sanskrit India (GhatotKhaca) dan kisahnya amat terkenal di Indonesia. (Asalnya di Ganges, India)

9. Kadita: lagenda Pemaisuri Selatan laut. Ia adalah kisah lagenda asal Indonesia di kawasan kepulauan Jawa. Namanya ialah Nyai Roro Kidul

10. Gusion: ia adalah salah satu nama Syaitan mengikut kepercayaan orang Barat, tugasnya memberi ramalan dan sentiasa memberi ramalan yang buruk bagi menakutkan orang itu dan mengambil nyawa mereka. Yup, tak sama dengan Gusion ML(Mobile Legends), tapi itulah nama dia datang dari mana.

11. Lolita: Macam Gusion, nama Lolita ni tiada persamaan dengan Lolita ML tetapi nama Lolita itu diambil dari novel “Lolita” yang dikarang oleh Vladimir Nabokov. Plot cita dia ialah watak utama Humbert (lelaki) yang berusia 30-an obsessed secara seksual dengan Dolores “Lolita” Haze yang berusia 12 tahun. Yup itulah basically cerita dia. Ia jiga berdasarkan dari “slang” Jepun Loli yang bermaksud budak kecil

12. Clint: Inspirasi dari pelakon terkenal Amerika, Clint Eastwood.

13. Alucard: Based dari kisah lagenda vampire dan Alucard adalah anak kepada Dracula. Alucard ni ada dalam game siri Castlevania. Pada masa awal game ML, Alucard dipanggil Dante dan modelnya sama seperti siri game Dante Devil’s May Cry

14. Hylos, Cyclops, Minotaur: Nama lagenda Mitologi Yunani (greek)

15. Uranus: Nama salah satu Tuhan Rom Purba

16. Sun: Watak Lagenda China, Sun Wukong

17. Luo Yi: Nama dia diambil dari seorang pemberontak yang hidup pada zaman Sui Dynasty untuk menaikkan keturunan Tang dan menjatuhkan Dinasti Sui. Cuma bezanya, Luo Yi sebenar adalah lelaki.

18. Franco: Ia berasal dari Norse Viking cuma bezanya ia bukan nama watak, ia adalah nama bangsa Franks, salah satu bangsa utama yang membentuk Norse Viking ini

19. Chou: Inspirasi dari Bruce Lee, artis terkenal

20. Hanabi, Hayabusa, Kagura dan Hanzo adalah nama terkenal dalam sastera Jepun.

21. Claude: berdasarkan dari Aladdin, salah satu kisah 1000 malam Arab.

22. Esmeralda: Nama Gipsi di France, lebih terkenal dalam novel Hunchback of Notre Dame

23. Roger dan Ruby:Adalah based dari cerita dongeng Red ridin Hood. Cuma dalam ML ia berbeza sikit cerita dia

24. Kaja: Based dari cerita lagenda China, Investiture of Gods, ia adalah Celestial gods yang bernama Leizhenzi

25. Khaleed: Ada yang berpendapat Khaleed kemungkinan berdasarkan dari seorang panglima Islam terkenal, Khalid al-Walid. Tapi ia masih didebatkan oleh peminat

26. Freya adalah berdasarkan nama dari Mitologi Norse. Itu pasal Franco termasuk dalam kisah Northen Vale (salah satu tempat dalam Mobile Legends

27. Aurora adalah nama salah satu kejadian alam semula jadi di mana pada waktu malam, langit akan ada cahaya bewarna hijau atau ungu yang beralun seperti ombak, ia hanya berlaku di kawasan Kutub Utara (dan Selatan). Disebabkan kawasan Kutub adalah kawasan sejuk ia amat sinonim dengan hero Aurora

28. Akai dalam adjektif bahasa Jepun bermaksud “Warna Merah”.

29. Dalam Survival (salah satu mod permainan dalam ML), anda boleh tengok gambar intro Survival menunjukkan Aldous dan Selena berlawan. Ini kerana mengikut lore, Aldous, penjaga Minoan Maze, bermusuh dengan Selena dari Abyss (Cuma Aldous tak boleh diguna di Survival)

30 . Dalam “dialog” Guinevere: “Do You Know, The Flower Language of Matthiola incana?” Apa Matthiola Incana? Ia adalah nama saitifik sejenis bunga yang mengeluarkan bau wangi yang sesetengahnya dikatakan beracun. Well, ia masuk akal since di pergelangan tangan Guinevere, memakai sejenis gelang berbunga.

31. Rafaela dan Argus adalah sejenis “angel” di Mobile Legends cuma Argus menjadi Fallen Angel kerana ingin menjadi lebih kuat.

32. Hanabi, Miya dan Layla adalah Marksman yang tiada dash atau blink skill

33. Saber, Alpha dan Angela adalah robot yang dicipta di Lab 1718

34. Jawhead adalah hero yang mempunyai dua dialog yang berbeza. Satu Jawhead dan Ellie

35. Skin (salah satu daripada penampilan hero) Lunox “Bloody Mary” adalah dari nama timangan Pemaisuri Mary I (1553-1558) kerana masa pemerintahan beliau, beliau membvnuh ramai orang yang menentangnya. Bloody Mary juga adalah nama dari minuman beralkohol.

36. Lunox adalah inspirasi dari level tertinggi agama Buddha.

37. Moskov adalah marksman paling terpendek range att4ck manakala Layla paling terpanjang

38. Carmilla jika anda membaca Bram Stoker Dracula, ia adalah sejenis Vampire yang lebih tua dari Dracula

39. Dialog Bane, Fanny dan Rafaela paling sikit antara semua, iaitu 4 dialog Silvanna paling terbanyak (jika dia team dengan Lightborn Warriors) iaitu 23.

40. Natalia dan Helcurt adalah hero yang boleh “silence” enemy

41. Pharsa diambil dari Dewa Irish purba “Morrigan” di mana ia menjadi burung gagak dan seorang dewa pendendam.

42. Verri, Burung Pharsa dalam season 14 skin, menyerupai Hedwig, burung hantu dalam cerita Harry Potter

43. Pada awal Mobile Legends hanya ada dua hero yang “merokok” iaitu Roger dan Skin Yi Sun Shin Apocalypse Agent namun disebabkan ia adlaah “kids game” Moonton memadam dan menggantikan Roger memakai lencana dan Yi Sun Shin minum air flask.

44. Mengikut cerita, Johnson adalah manusia biasa, tetapi disebabkan nak mengelak dari budak kecil yang berdiri di tengah jalan, dia kemalangan dan disebabkan kebaikannya dia diubah menjadi robot kereta (lebih kurang cerita Robocop la)

45 Semua KOF skin heroes dialog adalah suara sebenar watak dalam KOF

46. Gord adalah inspirasi superhero Marvel, Silver Surfer

47. Irithel, Kimmy dan Leomord adalah hero yang boleh att4ck sambil bergerak Leomord hanya ulti sahaja)

48. Uranus adalah satu-satunya Hero yang tiada kaki dan Helcurt adalah satu-satunya hero yang merangkak.

49. Mengikut Voice Actor Helcurt, Cian Hoyne, dialog “Hahahaha, TREMBLE!!” Adalah spontan (tiada skrip) dan pada awlanya Moonton tak terima dialog itu, tetapi disebabkan dialog itu kena dengan ultinyalp, mereka masukkan.

50. Turtle ship Yi Sun Shin adalah berdasarkan kapal sebenar Armada Korea ketika zaman beliau dan beliau adalah “designer” bentuk kapal itu. Ia dikenali sebagai Geobukseon

51. Antara semua hero di Mobile Legends, hanya Yi Sun Shin sahaja dimana Lore (cerita dalam permainan Mobile Legends) berdasarkan peristiwa sebenar. Hero lain seperti Lapu-Lapu, Zilong, Chang’e, Kadita, Gatotkaca diubah sedikit bagi menyesuaikan dengan peristiwa di dalam permainan itu

52. Martia, Karina, Lapu-Lapu, Gatotkaca, Saber dan Fanny adalah hero yang menggunakan dua senjata ditangannya

53. Bruno adalah satu-satunya hero yang berkaitan dengan sukan (bola sepak)

54. Christina Vee, pelakon suara yang membuat suara Kagura dan juga Announcer Mobile Legends “Welcome To Mobile Legends”

55. “Shogyo Mugyo” adalah ulti Kagura. Ia bermaksud “Tidak boleh dibaiki lagi”

56. “Higanbana” adalah ulti Hanabi. Ia bermaksud “Bunga Lily Merah”

57. “ShadowKiru!” Adalah ulti Hayabusa. Ia bermaksud “Shadow K!ll”

58. “Kai, Jin, Retsu, Zai, Zen!” Adalah salah satu dari dialog Hanzo. Ia adalah “mantra” atau dialog dalam Ku-Ji In, iaitu 9 perkataan mantra dalam kepeecayaan China dan Jepun

59. Antara Hayabusa, Kagura dan Hanabi hanya Hanzo sahaja yang bertutur dengan lohat bahasa Inggeris-Jepun (Versi Bahasa Inggeris sahaja)

60. Kagura adalah hero pertama menggunakan simbol kepada Ying dan Yang, yang kedua ialah Luo Yi

61. Hanya Hanabi dan Kagura sahaja yang menggunakan dialog selain bahasa Inggeris ketika membuat ultimate mereka.

62. Dalam sastera England, Lancelot dan Guinevere adalah sepasang yang bercinta, tetapi di Mobile Legends, mereka adalah adik beradik

63. “Arkamarasan….Bursosi”, Sha…shalosa…” “Cheka!” Adalah salah satu dari dialog hero Zhask dimana ia adalah ayat rekaan penulis skrip.

64. Nama Yu Zhong di ambil dari nama sebenar ketika Dinasti China purba Wei Utara. Beliau pernah menjawat menteri kepada Maharaja Xiaoming

65. Skin Sun “Rockstar” adalah sama seperti gaya Elvis

66. Fanny adalah inspirasi dari Mikasa Ackerman, watak dalam anime Att4ck On Titans

67. Nama Eudora diambil dari Mitologi Yunani. Ia adalah sejenis Hyades, saudara kepada spesis Nymph yang boleh turunkan hujan

68. Eudora dan Miya mempunyai skin “syarikat telefon bimbit”. Eudora skin dinamakan “Vivo Slfir Goddess”( Vivo adalah salah satu syarikat telefon pintar. Miya pula ialah “Honor” dan Hinor adalah jenama telefon pintar yang dihasilkan oleh Huawei

69. Natalia dikatakan adalah inspirasi watak dalam Assasin Creed kerana pemakaian dan hudnya hampir sama

70. Dalam dialog Natalia “Nothing Is True” adalah salah satu ayat dari Hasan-i-Sabbah, pengasas “The Order Of Hashshashin” ayat ini lah terciptanya perkayaan “Assassin”

71. Jeet Kune Do (Skill 1 Chou) adalah nama falsafah seni mempertahankan diri yang diasaskan oleh Bruce Lee

72. Diggie, Popol And Kupa, dan Harith dilakon suara oleh wanita. Yang melakonkan suara Harith dan Diggie ialah Feena Glynn. Popol And Kupa adalah Alicia Gerrard

73. Antara semua kisah hero, Ruby adlaah kisah palong sedih dan tragik berbanding hero lain

74. Nama Moskov dalam bahasa Hungary bermaksud “lumut”

75. Nama Valir bermaksud “Lembah” dalam bahasa Benggali

#SelimThe3rd

RUJUKAN:

1. The Voices Behind Mobile Legends Heroes | Voice Lines | PART 2. https://youtu.be/fk4-swM05TY

2. The Voices Behind Mobile Legends Heroes | Voice Lines | PART 3. https://youtu.be/4nt9S52yu0Y

3. Daftary, Farhad, The Isma’ilis: Their History and Doctrines. 2nd ed (1990). Cambridge et al., 2007.

4. Rosalind Clark, The Great Queens: Irish Goddesses from the Morrígan to Cathleen Ní Houlihan (Irish Literary Studies, Book 34)

5. Admiral Yi Sun-sin: A brief overview of his life and achievements”. Korean Spirit and Culture, Series I, Diamond Sutra Recitation Group.

6. Minsitthar, Hero Fighter Mobile Legends yang Bikin Lawan Kewalahan”. Tribun Timur (in Indonesian). 20 November 2018.

7. Datta, Amaresh (1 January 2006). “The Encyclopaedia of Indian Literature (Volume Two) (Devraj to Jyoti)

8. Mudjanto, G. The concept of power in Javanese culture. Gadjah Mada University Press, 1986

9. Lolita by Vladimir Nabokov (1955)

10. Fandom Mobile Legends


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.