Cao Cao yang dilaporkan hidup semenjak 155 hingga 220 Masihi adalah seorang panglima per4ng dan Canselor kedua kerajaan Dinasti Han Timur yang menjadi kuasa besar pada tahun-tahun terakhir dinasti tersebut. Walaupun dia sering digambarkan sebagai penjahat yang kej4m dan tiada belas kasihan, Cao Cao turut dijulang sebagai pemerintah yang cemerlang dan genius dalam ketenter4an.

Menurut legenda, Cao Cao telah membuat satu perancangan yang rapi sebelum kem4tiannya, tujuannya adalah untuk mengelakkan musuh-musuhnya mengganggu dia ‘berehat’ dengan tenang setelah m4ti.

Jika Maharaja Qin Shi Huangdi dari Dinasti Qin telah membina sebuah makam yang ‘dikawal’ oleh ratusan tent3ra terracotta bagi melindungi tempat persemadiannya, Cao Cao mungkin lebih kreatif. Cao Cao telah memerintahkan 72 keranda disiapkan, kemudian kesemuanya akan dibawa ke 72 lokasi pengebumian yang berbeza-beza apabila tiba saat hari pengebumiannya.

Pada tahun 2009, Biro Warisan Budaya Provinsi Henan mendakwa telah menemui kompleks pemakaman Cao Cao, namun, ramai pakar meragui apakah ia benar-benar tempat persemadian terakhir dikt4tor terkenal itu.

Pada akhir abad kedua, Cao Cao tampil sebagai salah seorang panglima per4ng utama di China ketika Dinasti Han diambang keruntvhan. Dia berjaya membangunkan negara Cao-Wei di utara China dan terus memerintah dengan Maharaja Xian dibawah kawalannya dari 208 Masihi hinggalah Cao Cao meninggal dunia pada tahun 220 Masihi.

Sebaik saja selepas kem4tiannya, anaknya Cao Pi secara rasmi menggvlingkan maharaja Han terakhir itu dari takhta dan memulakan penubuhan Dinasti Wei yang dilihat oleh sejarawan sebagai tindakan yang tidak akan direstui oleh Cao Cao.

Dalam kesusasteraan dan kisah hikayat legenda, Cao Cao digambarkan sebagai seorang pemimpin yang kej4m, yang diumpamaan seperti, “cukup baik untuk memerintah dunia, dan cukup z4lim untuk memvsnahkannya.”

Pintu masuk ke kompleks makam yang dipercayai milik Cao Cao

Walaupun dengqn peranan penting Cao Cao dalam sejarah China, keberadaan tempat persemadian terakhirnya yang tak pernah ditemui telah menjadi misteri berabad lamanya. Memandangkan keturunannya dilaporkan berusaha sedaya upaya untuk merahsiakan lokasi sebenar makamnya.

Mungkin dia menyedari bahawa gaya pemerintahannya yang agak keras telah menyebabkan dirinya sendiri secara tidak langsung mencipta begitu ramai musvh yang mungkin hanya menunggu saat kem4tiannya untuk mengambil peluang memvsnahkan kubur dan jasadnya setelah kem4tiannya.

Budaya menj4rah makam bekas pemerintah bukanlah perkara baru dalam sejarah China, bahkan ia pernah dilakukan oleh Parti Komunis China semasa Revolusi Kebudayaan yang memvsnahkan rangka Maharaja Wanli dari Dinasti Ming.

Pada 27 Disember 2009, Biro Warisan Budaya Provinsi Henan mengumumkan salah satu penemuan arkeologi China terbesar tahun itu – penemuan ruang pemakaman Cao Cao. Makam itu seluas 740 meter persegi, ia telah ditemui di sekitar Desa Xigaoxue, Daerah Anyang, Provinsi Henan, pada tahun 2008 ketika beberapa pekerja di sebuah kilang yang berdekatan mengorek lumpur untuk membuat batu bata.

Penemuannya tidak dilaporkan kepada kerajaan pada awalnya dan pihak berkuasa tempatan mengetahuinya hanya ketika mereka merampas sekeping tablet batu yang terukir tulisan ‘Raja Wu Dari Wei’ – gelaran yang diberikan kepada Cao Cao selepas kem4tiannya. Ia dirampas dari kumpulan per0mpak kubur yang mengaku mencurinya dari sebuah makam purba.

Tablet batu dengan inskripsi kuno bertulis “Raja Wu Dari Wei”

Ahli arkeologi memulakan ekskavasi dan menemui tiga rangka manusia iaitu seorang lelaki berusia 60-an, seorang wanita berusia 50-an dan seorang lagi wanita berusia 20-an – dipercayai milik Cao Cao sendiri, salah seorang isterinya, dan seorang hamba.

Mereka juga menggali dan menemui lebih dari 250 jenis artifak, termasuklah emas, perak, tembikar, lukisan, pedang, sarung ped4ng, dan 59 piring batu terukir yang mencatatkan nama dan jumlah barangan yang dikubur di dalam makam tersebut. Yang paling ketara ialah penemuan tablet batu yang dilekatkan pada lapan senj4ta dan artifak, yang memaparkan tulisan Cina kuno: “Ini adalah barang yang digunakan Raja Wu dari Wei”.

Menurut ahli arkeologi, Liu Qingzhu, dari Akademi Sains Sosial China, tablet batu yang berisi prasasti merujuk kepada teks pasca kem4tian tentang seseorang yang jelas bernama Cao Cao adalah bukti yang paling kukuh setakat ini. Tidak pernah ada sesiapa yang akan atau mampu memiliki begitu banyak peninggalan yang tertulis dengan rujukan pasca kem4tian dengan nama dan gelaran yang pernah dimiliki Cao Cao di makam sebegitu rupa melainkan jika ia benar-benar merupakan makam milik Cao Cao.

Sejak penemuan makam itu, telah ramai pakar yang mempersoalkan kesahihannya, maka pada bulan Ogos 2010, 23 orang pakar dan pengkaji mengemukakan bukti dalam sebuah forum yang diadakan di Suzhou untuk membahaskan adakah penemuan dan artifak makam itu palsu, namun pentadbir kerajaan tempatan Anyang dengan tidak bertanggungjawab cuba mengambil jalan pintas mengemukakan bukti yang tidak sahih untuk mengaitkan makam kuno itu dengan panglima per4ng legenda tersebut demi meraih keuntungan hasil dari tarikan pelancongan.

Li Luping, seorang pakar kaligrafi dan prasasti batu bersurat, mengatakan beberapa ayat yang ditulis pada tablet batu itu menunjukkan tatabahasa yang salah atau ditulis dalam gaya penulisan moden. Huang Zhengyun, seorang profesor sastera kuno dengan Universiti Sains dan Politik Universiti China, menjelaskan, beberapa artifak juga menunjukkan bukti yang ia cenderung diperbuat menggunakan alatan moden. Para sarjana juga berpendapat bahawa idea melabel penemuan tersebut sebagai milik Cao Cao adalah tidak masuk akal.

Cao Cao yang digambarkan melalui siri televisyen “The Three Kingdoms”

Bahan dari tablet itu seperti replika barangan muzium. Cao Cao tidak mungkin mahu barangan tidak berkualiti begini ada di kuburnya, itu belum lagi dibahaskan fakta bahawa Cao Cao masih belum diberi gelaran Raja Wu Dari Wei selama bertahun-tahun setelah dia meninggal. Tidak mungkin selepas bertahun-tahun, keturunannya terpaksa menggali semula makamnya hanya untuk meletakkan tablet dengan gelarannya yang baru diterima ini.

Pada bulan September 2010, sebuah artikel yang diterbitkan di majalah Kaogu, sebuah majalah arkeologi, mendakwa bahawa makam utama dan makam yang disampingnya itu adalah milik Cao Huan (pemerintah terakhir Dinasti Cao-Wei) dan bapanya Cao Yu (anak lelaki Cao Cao). Antara gambaran yang dianggap menjadi buktinya adalah cop mohor yang pada mulanya dianggap sebagai cop mohor rasmi yang biasa, tetapi kemudian didapati ianya adalah cop mohor yang tertulis nama pemilik makam tersebut.

Ketika cop mohor itu pertama kali terdedah setelah digali dari kubur, ia dipamerkan dalam posisi terbalik sehingga karakter tulisan Cina kuno yang tertulis di dalam kaligrafi cop mohor itu sukar untuk diterjemah dan bagaikan tidak masuk akal. Setelah kesalahan itu diperbaiki, ahli arkeologi menyedari bahawa karakter Cina kuno pada cop mohor itu berbunyi “Huan”, oleh itu mereka membuat kesimpulan bahawa pemilik makam itu adalah Cao Huan. Cao Huan meninggal dunia pada usia 57 tahun, usia yang cukup sepadan dengan hasil ujian pentarikhan terhadap sampel rangka lelaki di dalam kubur itu yang dianggarkan sekitar usia 60-an ketika kem4tiannya.

Bagaimanapun, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan bahawa makam itu bukan tempat pengebumian Cao Cao yang penuh persoalan dan misteri, pihak pentadbir kerajaan tempatan di Anyang tetap meneruskan rancangan untuk membuat Muzium kompleks Makam Cao Cao, sebuah langkah yang semestinya akan menarik pelancong dari serata dunia.

Menurut biografi rasmi Cao Cao dalam catatan rasmi Rekod Tiga Kerajaan (Sanguozhi), dia dikebumikan di Gaoling (terjemahan secara harfiah adalah “makam tinggi”) sekitar satu bulan setelah kem4tiannya. Namun, dia juga dipercayai dikebumikan di tempat lain. Tapak pengebumian lain yang dikatakan bersemadinya jasad Cao Cao termasuklah Xu (Xuchang, Henan hari ini), ibu kota dinasti Han pada masa itu; di dasar Sungai Zhang; di sebalik Teres Dongjak, sebuah teres di Ye (Handan, Hebei hari ini), ibu kota kerajaan bawahan Cao Cao.

Bahagian dalaman makam

Dalam lagenda lain, yang berasal dari zaman dinasti Song Utara dan dipopularkan oleh karya Luo Guanzhong, Pu Songling dan lain-lain pada masa kemudian, mengatakan bahawa Cao Cao memiliki 72 makam yang dibina untuk dijadikan umpan dan sebagai muslihat supaya dapat mengelirukan sesiapa yang berniat mahu mer0sakkan jasadnya.

Tapak Pemakaman Dinasti Utara di daerah Ci, Handan, Hebei pada mulanya dipercayai sebagai 72 makam Cao Cao tersebut, tetapi ahli arkeologi kemudiannya mengesahkan bahawa ianya adalah makam milik ahli keluarga diraja dinasti kerajaan Dinasti Wei Timur dengan Qi Utara, maka ia tidak ada kena mengena dengan Cao Cao.

 

Jadi apa cerita sebenarnya di sebalik penemuan makam Cao Cao yang sepatutnya?  Adakah kerajaan tempatan menyembunyikam bukti demi keuntungan dari hasil pelancongan? Adakah makam itu milik Cao Huan dan Cao Yu? Atau adakah ia benar-benar makam Cao Cao yang asli? Atau adakah ia hanya sekadar salah satu daripada 72 makam samaran Cao Cao?

Sebagaimana kita berupaya merumuskan fakta sejarah dengan berpandukan hikayat separa mitologi dari novel Hikayat Tiga Kerajaan, mungkin kita perlu merumuskan makam Cao Cao sebegitu rupa juga. Mungkinkah jasadnya telah dimakan sumpahnya sendiri semasa hayatnya?

“Aku lebih rela mengkhianati seluruh dunia daripada membiarkan dunia ini mengkhianati aku!” — Cao Mengde @ Cao Cao

RUJUKAN:

Lin, Shujuan (28 December 2009). Tomb of legendary ruler unearthed. China Daily

Jiang, Wanjuan (24 August 2010). Cao Cao’s tomb: Experts reveal that findings and artifacts are fake. Global Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.