7 Wasiat Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan

0
953
views

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.” – Wasiat Raja-Raja Melayu.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu:

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).[1]

Malaysia ditubuhkan bersama aspirasi 7 Wasiat Raja-Raja Melayu.

Ia diterjemahkan ke dalam 7 perkara dalam Perlembagaan Malaysia:

  1. Malaysia sebagai nama negara- Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan). Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963.
  2. Tanah Simpanan Melayu- Perkara 89, Tanah Rizab Orang Melayu. Mana-mana tanah di suatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelumm hari merrdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.
  3. Rejimen Askar Melayu- Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972.

Seksyen tersebut mengatakan “Mana-mana orang boleh diambil masuk ke angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja.’ Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Aaskar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua.

Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada 3 perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagau bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencorobohan dari negara luar. Tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.

4. Raja-Raja Melayu- Perkara 32. (Kepala Utama bagi Persekutuan dan Permaisurinya.)

Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan itu 5 tahun.

5. Islam- Perkara 3 Agama bagi Persekutuan.

Waqaf Saham

Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Agama Islam di negeri itu terasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

  1. Bahasa Melayu- Perkara 152. Bahasa Kebangsaan.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Mmelayu sebagai Bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak Bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana wam. Pindaan kepada perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenaan Majlis Raja-Raja Melayu. Bahasa Melayu perlu digunakan semasa majlis rasmi seperti di mahkamah.

7. Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain- Perkara 153 (Perizaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu)

Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lessen perniagaan.

Bahasa menyatukan bangsa. Orang asing kat England pandai cakap english. Pekerja asing kat arab pandai ana enta. Tapi sayang kalau bergelar warganegara masih tak fasih berbahasa ibunda. Malah mempersoal kenapa kena berbahasa melayu? Bangsa2 hebat, memperkasakan bahasa ibunda bila nak majukan negara. Jika Bahasa Inggeris untuk England, Kenapa tidak bahasa melayu untuk Malaysia?

Negara yang tidak ada raja akan mudah hangus dibakar konflik jangkitan luar. Lihatlah Syria, Libya dan Mesir yang membunuh atau membuang raja, tidak ke mana-mana. Turki pula bangkit bila semangat Kesultanan Uthmaniah dinaikkan semula, berkat roh sufi yang tidak mati. 2 negara yang dipayungi Allah kerana ada Raja dan adab yang tinggi, ialah England dan Jepun telah membuktikan raja sebagai symbol kesatuan. Royal blood di negara maju ini tidak terputus sejak berkurun lagi.

Orang Melayu ialah tuan kepada tanah pertiwi ini sejak zaman berzaman. Menafikan fakta ini samalah seperti membutakan mata daripada sejarah. Setiap negara berbangga dengan sejarah negaranya. Mengapa tidak Malaysia dengan kesultanan Melayu?)

Jika anda rasa Melayu bangsa racist. Anda silap.

Melayu ialah bangsa paling kuat toleransi. Kerana dalam darah melayu sendiri ada berpuluh darah bangsa lain. Sampaikan makanan majoriti bangsa lain ada dalam tradisi orang melayu. Budaya bangsa lain banyak mempengaruhi budaya Melayu. Orang melayu ni peramah. Bila bercakap dengan bangsa lain, dia akan ikut gaya cakap bangsa lain tu. Orang Melayu ni pemurah. Perkampungan bangsa lain tidak dikacau.

Tapi ingat, orang putih tidak menemukan perkataan amuk melainkan di alam melayu. Istilah mengamuk unik di nusantara. Orang melayu bila lama diinjak, akan bangkit menerjang sang biadap.

Pertahankan wasiat Raja-Raja melayu ni bukan tugas khusus mana-mana Parti. Ia tanggungjawab setiap rakyat Malaysia. Tidakkah tersisa rasa sayang pada pertiwi? Bila anda memburukkan pihak yang memikul tugas yang sebenarnya patut anda juga perjuangkan, bermakna anda bukan lagi rakyat Malaysia yang sejati. Tidak berbangga dengan darah yang mengalir di tubuh. Malu menjadi diri sendiri. Tidak punya harga diri.

Jangan lupa jati diri!