Moving Forward As One

7 Syarikat Terkenal Dunia Yang Diasaskan Oleh Pelajar

1,549

Sejak dahulu lagi, kita telah didoktrinkan bahawasanya pelajar tugasnya adalah belajar semata-mata.

Malah ada pelajar yang terlalu asyik menelaah buku teks dan latihan sehingga tidak peka dengan berita penting dunia.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Tahukah anda, terdapat beberapa syarikat yang telah diasaskan oleh pelajar. Ini bukan syarikat komestik timbang kilo tetapi syarikat yang memberi manfaat kepada dunia. Apakah syarikat-syarikat tersebut?

1. Microsoft

Microsoft adalah sebuah syarikat yang digagaskan oleh Bill Gates dan ketika beliau masih lagi menuntut di Universiti Harvard bersama Paul Allen.

Microsoft digagaskan adalah untuk mencipta sebuah sistem pengoperasian bagi memudahkan penggunaan komputer di masa hadapan.

Hari ini segalanya telah terbukti apabila Microsoft menguasai sistem pengoperasian komputer dan hanya Apple sahaja berjaya menjadi mencabar terkuat dengan sistem MacOS. Nilai bersih Microsoft pada hari ini adalah sekitar $281.27 bilio

2. Facebook

Semua sedia maklum bahawasanya Facebook telah diasaskan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg iaitu seorang pelajar di Universiti Harvard.

Ketika itu kehadiran Facebook tidak diberikan perhatian sehinggalah ianya mampu menghapuskan pesaing seperti MySpace.

Malah pesaing-pesaing sedang meningkat naik seperti Instagram dan WhatsApp juga telah dibeli oleh Mark Zuckerberg bagi menguatkan lagi monopoli.

Taktik itu berjaya menjadikan Facebook sebagai platform media sosial paling popular di dunia sambil diikuti rapat oleh Twitter. Hari ini, nilai bersih Facebook adalah sekitar $ 211.16 bilion.

3. Yahoo

Yahoo merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh graduan dari Stanford University iaitu Jerry Yang dan David Filo.

Syarikat yang berasaskan enjin carian dan emel ini telah mula beroperasi sejak 1995. Pada awalnya, Yahoo adalah platform utama bagi enjin carian dan emel malah pernah memperkenalkan segmen seakan-akan WhatsApp.

Namun lama kelamaan tempat Yahoo telah diambil alih Google lantas terus lakukan monopoli. Semua ini dikatakan berpunca daripada sikap Yahoo yang tidak mahu berubah ke arah lebih mesra pengguna.

Apa-apapun syarikat ini berjaya menjana sekitar $ 40.94 bilion walaupun ditolak perlahan-lahan oleh Google.

4. Reddit

Reddit telah diasaskan oleh dua orang pelajar dari The University of Virginia iaitu Alexis Ohanian dan Steve Huffman sejak tahun 2005.

Semuanya bermula apabila Alexis dan Steve menghadiri ceramah seorang pengaturcara komputer iaitu Paul Graham.

Paul telah melamar Alexis dan Steve untuk memasuki kelasnya. Ketika itu Alexis dan Steve berjaya mengasaskan My Mobile Menu iaitu sebuah platform yang membolehkan pelanggan memesan makanan melalui SMS tetapi tidak berjaya.

Perbincangan dilakukan sehinggalah Alexis dan Steve mencurahkan konsep awal Reddit yang digelarkan oleh Paul sebagai front page of the Internet.

Akhirnya, kedua-dua pelajar ini berjaya menggagaskan Reddit. Hari ini, Reddit miliki lebih 174 juta pengguna di 186 negara seluruh dunia. Nilai bersih syarikat itu adalah sekitar $ 240 juta.

5. WordPress

WordPress digagaskan oleh Matt Mullenweg yang juga merupakan pelajar di The University of Houston pada tahun 2003.

Penciptaan WordPress ini telah memberi banyak manfaat kepada penduduk dunia kerana mengwujudkan ribuan peluang pekerjaan. Malah, penulis, blogger, pembangun laman web dan lain-lain berjaya menjana banyak wang daripada WordPress.

Kehadiran WordPress juga menyebabkan banyak akhbar fizikal bungkus dan memaksa mereka beralih arah ke digital. Laman-laman web berasaskan WordPress juga tumbuh bagai cendawan lepas hujan terutamanya di era serangan Covid-19.

Boleh dikatakan WordPress merupakan antara plaform dalam talian paling berjaya di dunia. Sehingga ke hari ini WordPress bernilai sekitar $ 1.16 bilion.

6. Google

Google diasaskan pada tahun 1998 oleh pelajar Stanford University iaitu Larry Page dan Sergey Brin. Enjin carian ini telah dibina oleh mereka di bilik asmara sahaja dan dikenali sebagai Backrub pada peringkat awal.

Setelah beberapa waktu, namanya telah ditukar kepada Google kerana huruf “o” pada perkataan tersebut melambang hasrat Larry dan Sergey untuk mendominasi sumber maklumat yang boleh diakses dengan mudah.

Ternyata apa yang diimpikan oleh pengasas syarikat itu tercapai apabila platform Google digunakan oleh jutaan orang melalui Youtube, Gmail, Android dan enjin carian. Hari ini, Google bernilai sekitar $ 380.81 bilion.

7. Dell

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1984 dengan nama PC’s Limited oleh Michael Dell yang ketika itu bergelar pelajar di University of Texas. Michael memulakan perniagaannya di bilik asmara dengan menawarkan khidmat membaiki komputer.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Beberapa waktu kemudian, Michael mula fokus dalam penghasilan komputer sendiri dengan melancarkan Turbo PC. Pada tahun 1988, PC’s Limited telah dijenamakan semula sebagai Dell Computer Corporation.

Artikel turut boleh dibaca di portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook.

Ruangan komen telah ditutup.