7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Malaysia Sebagai Penjana Pasaran Yang Meningkat Naik

0
1668
views

Dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017 – 2018, Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah mengumumkan Malaysia sebagai ekonomi paling pesat membangun di ASEAN, mengambil tempat kedua di hadapan Thailand, Indonesia dan Brunei Darussalam. Di peringkat global, Malaysia menunjukkan prestasi yang mengagumkan dengan menduduki tempat ke 23 daripada 25 pada tahun 2016, serta mendahului China dengan kedudukan ke 27.

Dalam tempoh 30 tahun terakhir, Malaysia telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan negara dan ketidaksamaan pendapatan negara menerusi pendekatan pertumbuhan yang mampan. Daripada pemusatan komoditi dan pertanian, negara terus memberi tumpuan kepada sektor perkilangan, menjadi pengeksport utama barangan dan perkhidmatan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Malaysia telah beralih fokus untuk membangunkan ekonomi yang dipacu secara agresif oleh inovasi dan teknologi. Bantuan kewangan dan inisiatif menyeluruh telah diperkenalkan. Semangat keusahawanan juga turut ditanaman dalam kalangan rakyat terutamanya belia atau anak muda.

Jadi, apa yang menjadikan malaysia sebagai sebuah negara penjana pasaran yang sedang meningkat naik? Terdapat beberapa pentunjuk akan dibentangkan.

1. HUBUNGAN MATA WANG

Pada Persidangan Invest Malaysia yang diadakan pada bulan Julai 2017, terdapat beberapa persetujuan umun dikalangan para peserta bahawa dana sememangnya mengalir ke Malaysia sekali lagi apabila ringgit mengukuh dan ekonomi bertambah baik. Sebagai sebuah pasaran yang meningkat naik dengan mata wang yang kukuh, Malaysia perlu mengjangkakan kemasukan pelabur yang ingin mengambil kesempatan dan faedah. Menurut Gerald Ambrose, Ketua Eksekutif di Aberdeen Asset Management Malaysia, terdapat pemulihan yang ketara selepas tiga tahun prestasi buruk dan ringgit yang lemah. Ringgit terus menunjukkan daya tahan yang luar biasa dengan prestasi yang lebih kukuh pada suku pertama tahun 2018.

2. EKONOMI YANG BERDAYA TAHAN

Malaysia tidak dapat melepaskan diri daripada menerima kesan buruk akibat daripada krisis kewangan Asia pada tahun 1997 – 1998. Walau bagaimanapun, ekonomi negara melonjak dengan pertumbuhan yang mencatatkan purata 5.4 peratus sejak 2010 dipercayai didorong oleh pertumbuhan dinamik sektor perkilangan eksport. Daya tahan Malaysia berkait rapat dengan keterbukaan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan, serta ekonomi pelbagai yang tidak menggalakkan pergantungan kepada mana-mana satu sektor pada bila-bila masa. Antara yang menjadi perkembangan penting ialah penerimaan kerajaan untuk merangkul teknologi baru, menjadikan inovasi sebagai komponen utama bagi kemapanan ekonomi.

3. PASARAN PENGGUNA YANG SIHAT

Penduduk Malaysia pada 2018 dianggarkan berjumlah 32.04 juta dan peningkatan ini ketara daripada 28.7 juta pada tahun 2013. Demografi ini menggalakkan pasaran pengguna yang sihat dan matang yang disokong oleh peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan daripada pengguna yang lebih kaya dan urban. Menjelang tahun 2050, penduduk Malaysia dijangka mencecah 42 juta orang. Dan jika trend ini berterusan, hal ini akan memberi isyarat positif kepada pelabur mencari pulangan menarik.

4. AGENDA TRANSFORMASI NEGARA

Pada tahun 2017, aspirasi Transformasi Negara dengan wawasan untuk menjadi Malaysia sebagai salah satu daripada 20 Negara Terbaik di dunia menjelang 2050 (TN50) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepanjang tiga dekad, TN50 adalah laluan untuk mewujudkan generasi baru yang berjaya. Terasnya adalah belia dan pendekatan dasar untuk mencapai pembangunan yang inklusif dan seimbang untuk semua rakyat Malaysia.

5. REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT

Teknologi baru seperti Kecerdasan Buatan (AI), automasi dan Blockchain semuanya mencipta “ripple effect yang akan memberi impak bagaimana kita hidup dan cara kita bekerja. Transformasi yang dibawa oleh Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) memerlukan ekonomi yang sedang meningkat naik untuk bersedia bagi menghadapi ancaman revolusi ini dalam setiap industri. Tahun 2017 digelar sebagai ‘Tahun Ekonomi Internet’ dan Malaysia mempamerkan kesediaannya melalui penerapan perkembangan utama dalam kecerdasan buatan, Internet of Things (IoT), teknologi blockchain.dan automasi.

6. EKONOMI DIGITAL

Pada November 2017, Malaysia meningkatkan perancangan dalam usaha mencapai ekonomi digital yang mantap untuk mewujudkan pekerjaan dan kekayaan dengan pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ). Tanggapan tersebut melebihi sasaran awal sebanyak 1500 PKS siap sedia untuk memulakan perjalanan mereka di platform e-dagang global. Ekonomi digital dijangka menyumbang sebanyak 18.2 peratus kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia pada 2017 dan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan. Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), inisiatif seperti program eRezeki dan eUsahawan telah disasarkan kepada kumpulan B40 dan M40. Mereka juga akan memastikan rangkuman ekonomi digital akan memberi faedah semua rakyat Malaysia

7. KESAKSAMAAN PENDAPATAN

Dalam usaha untuk merapatkan jurang pendapatan, kerajaan Malaysia telah memberi tumpuan kepada meningkatkan kehidupan B40 atau 40% penduduk yang paling miskin. Kumpulan ini amat terdedah kepada kesan peningkatan kos sara hidup dan beban kewangan. Selepas penyingkiran subsidi yang tidak popular tetapi berkesan dilakukan secara menyeluruh, kerajaan kini memberi tumpuan kepada melaksanakan langkah-langkah yang akan memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka khususnya melalui pengagihan wang tunai. Ketidakseimbangan pendapatan belum dapat dibasmi sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda positif dalam usaha kerajaan untuk merapatkan jurang antara pendapatan isi rumah sebenar B40 berkembang pada 11.9% setahun pada tahun 2009 hingga 2014

 

 

Previous article5 Buah Kitab Sihir Yang Pernah Wujud Di Dunia
Next articleUnit 731: Senjata Pemusnah Biologi Jepun
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE