7 Kebiasaan Orang Yang Berjaya

800
views

Stephen Richards Covey atau Stephen Covey merupakan seorang penulis, ahli perniagaan dan ahli akademik yang terkenal. Menurut bibliografi dalam bukunya “ The 3rd Alternative”, beliau dikatakan “One of the world’s foremost leaderships authorities, organizational experts and thought leaders”. Salah satu buku yang paling terkenal ialah “ The 7 Habits of Highly Effective People. Mengikut rekod, buku tersebut sudah dijual lebih daripada 20 milion buah. Buku tersebut juga dikatakan sebagai buku pengurusan paling berpengaruh menurut Time and Forbes magazines.

Kesukaran memperkembangkan keberkesanan diri dan menjaga hubungan sihat dengan orang sekelilingi. Ini merupakan masalah yang dihadapi oleh mereka yang berjaya menurut Stephen di dalam bukunya itu. Menurut beliau, seseorang itu lihat dunia bergantung sepenuhnya kepada persepsi kita sendiri.“ The way we see the problem is the problem” Stephen Covey. Oleh itu, bagi mengubah sesuatu, kita perlu mengubah diri sendiri dan untuk buat demikian, kita perlu ubah persepsi kita.

Dalam bukunya itu “The 7 Habits of Highly Effective People”, beliau telah menyenaraikan 7 kebiasaaan yang dilakukan oleh orang yang efektif. Sebelum kita berganjak kepada 7 habis tersebut, perlulah kita tahu bahawa Stephen menulis buku tersebut dengan membahagikannya kepada 3 paradigma. Iaitu;

  1. Dependence (kebergantungan) iaitu di mana kita dilahirkan untuk bergantung pada orang lain bagi menjaga kita.
  2. Independence (berdikari) iaitu di mana kita mampu buat keputusan sendiri dan jaga diri sendiri.
  3. Interdependence (saling bergantung) iaitu di mana kita boleh bekerjasama untuk mendapatkan sesuatu yang hanya boleh diperolehi jika bekerjasama.

Setiap paradigma tersebut menunjukkan sebuah proses di mana seseorang itu perlu hadapi dan meliputi ketujuh-tujuh habits tersebut.

7 kebiasaan tersebut ialah:

  1. Be Proactive (Bersikap Proaktif)

Seseorang yang proaktif tahu memilh bagaimana ia perlu bertindak dalam menghadapi sesuatu situasi. Perlu sentiasa yakin dan optimis kepada keyakinan diri. Dan paling penting, dia perlu jelas akan tanggungjawabnya. Menurut covey, kita perlu buat perkara yang kita tahu kita mampu lakukan.

  1. Begin with the End of the Mind (Bermatlamat)

Orang yang efektif sentiasa mempunyai matlamat yang jelas dalam segala tindakannya. Dia tahu maksud perbuatannya dan tahu apa yang dia ingini disebalik segala kejayaan yang dia hadapi. Dalam erti kata lain, kesedaran diri atau “self-awareness” itu yang memberi kekuatan untuk kita membentuk kehidupan kita sendiri, menurut Covey.

  1. Put First Things First ( Lakukan perkara yang utama terlebih dahulu)

Pasti ramai yang tahu akan tip ini. Tetapi berapa ramai yang cuba amalkan? Kata covey, “The Challenge is not to manage time, but to manage ourselves”. Ramai di antara kita yang saya pasti mempunyai perancangan yang rapi atau jadual kerja, tetapi bagaimana disiplin kita dalam mengikut jadual tersebut. Dalam hal ini, covey amat menggalakkan kita melakukan pengurusan masa yang berkesan di samping memastikan disiplin yang jitu.

  1. Think Win/Win (Berfikiran Menang-Menang)

Menurut covey, orang yang berjaya akan membuat sesuatu keputusan yang boleh memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak. Berfikir menang-menang penting dalam mengawal tingkah laku kita. Hal ini bagi memastikan kita tidak nampak terlalu terburu-buru atau “Desperate”. Namun, bagi mengamalkan kebiasaan ini, seseorang itu perlulah bersikap baik dan juga berani. Bak kata Covey, “To go win-win, you not only have to be nice, you have to be courageous”. Mereka yang sentiasa berfikir menang-menang akan mudah dipercayai dan disenangi oleh orang lain.

  1. Seek First to Understand, Then to be Understood (Cuba memahami dahulu baru cuba untuk difahami)

Ini merupakan strategi yang biasa dilakukan oleh kaunseling. Bagi kita menyelesaikan sesuatu masalah, kita mesti terlebih dahulu memahami masalah tersebut. Di dalam bukunya itu, covey amat menitik beratkan kemahiran komunikasi dalam aspek ini. Menurut beliau, kemahiran mendengar ialah aspek terpenting dalam cuba memahami sesuatu itu. Dalam hal ini, covey mengkhususkan kepada sikap empati. Seseorang itu perlulah mempunyai sikap empati iaitu mendengar bagi memahami dan meletakkan diri pada tempat orang lain. Apabila kita mempraktik kebiasaan ini, orang lain akan lebih terbuka dan mempercayai kita. Bak kata Covey, “You have to build the skills of empathic listening on a base of character that inspires openness and trust”.

  1. Synergize (Bersinergi)

Sinergi ialah kerjasama antara manusia atau organisasi untuk menghasilkan sesuatu tindakan atau penyelesaian yang lebih kreatif dan bagus berbanding berseorangan. Dalam hal ini, kita perlu memahami dan menghormati perbezaan yang terdapat pada orang lain. Kita perlu mengerti bahawa setiap manusia mempunyai pendapat dan perspektif yang tersendiri. Melalui itu, sebuah perhubungan dan kerjasama yang jitu dapat dibentuk.

  1. Sharpen The Saw ( Tajamkan gergaji)

Bagi orang yang efektif, keperluan untuk sentiasa bersedia memperkembang dan melakukan pembaharuan dalam diri sendiri amatlah penting. Covey menyenaraikan 4 dimensi untuk difokuskan dalam perkembangan diri iaitu Jasmani, Rohani, Mental dan Emosi.

Jasmani penting dalam meningkatkan keupayaan fizikal. Rohani pula penting dalam meningkatkan keyakinan diri. Mental penting dalam meningkatkan keupayaan intelektual. Dan akhirnya, emosi penting dalam meningkatkan keupayaan bersosial.

Rujukan:

  1. The 7 Habits of Highly Effective People, by Stephen Covey.
  2. https://edition-m.cnn.com/2012/07/16/us/obit-stephen-covey/index.html?rm=1