Moving Forward As One

7 Kali Batman VS Superman Dalam Karya Kreatif

1,189

Perlawanan Batman dan Superman sebenarnya bukan sekadar pertarungan yang perlu dilihat dari lensa kekuatan fizikal sahaja. Tetapi ianya merangkumi pertembungan ideologi dan pemilikan pandangan dunia yang sangat berbeza.

Para penonton juga telah menyaksikan pertarungan epik Batman dan Superman versi live-action di layar perak buat pertama kalinya melalui filem Batman v Superman: Dawn of Justice.

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!

Pada bulan Mac yang lepas, peminat-peminat setia telah beroleh kemenangan setelah akhirnya disajikan dengan filem kesinambungannya yang asli iaitu Zack Snyder’s Justice League (ulasan filem ini daripada kami boleh dibaca di sini).

Tetapi sebelum diberi nafas dalam bentuk filem live-action melalui filem keluaran tahun 2016 itu, persengketaan dua hero ini telah berlangsung dalam bentuk helaian kertas yang bermula seawal tahun 1958 lagi dalam komik bertajuk World’s Finest Comics.

Berikut merupakan himpunan tujuh pertarungan pilihan yang hebat dan dahsyat antara dua adiwira emas DC ini – The Dark Knight dan The Man of Steel – yang telah dirakamkan dalam tujuh novel grafik yang menarik (tidak mengikut ranking).

1) Justice League – New 52/ Justice League: Origin (2011)

Penulis: Geoff Johns/ Artis: Jim Lee & Scott Williams

Lokasi perlawanan: Metropolis

Superman Unchained, literally I DC Comics

Kita mulakan senarai analisis ini dengan komik Justice League dahulu sebagai pembuka bicara sementara masih panas lagi nama pasukan ini meniti di bibir para peminat (dan haters).

Komik inilah cerita permulaan atau reboot pembentukan pasukan Justice League yang baharu (tanpa kelibat hero fan-favourite, Martian Manhunter, yang digantikan dengan Cyborg) dalam line The New 52 (garis masa selepas peristiwa Flashpoint dan sebelum Rebirth).

Latar belakang Cerita

Batman yang sedang menyiasat mengenai kehadiran Parademon di Gotham, terserempak dengan Green Lantern/Hal Jordan yang juga sedang mengekori Paredemon tersebut.

Siasatan mereka telah membawa kepada perjumpaan dengan Superman – yang pada ketika itu baru selesai bertarung dengan segerombolan Parademon yang lain.

I am serious, therefore I am I DC Comics

Skrip Perlawanan

Superman menyangkakan Green Lantern dan Batman adalah sebahagian daripada pasukan Parademon dan menganggap mereka sebagai anc.aman lantas menyer.ang. Selepas selesai mengenepikan Green Lantern, Superman mula beralih kepada Batman.

Disebabkan dalam siri cerita ini Batman tidak mengenali lagi Superman secara mendalam, hero Gotham tersebut masih tidak mempunyai ‘prep time’ dan pelan kontingensi yang lengkap buat Superman.

Kali ini penonton dapat melihat Batman banyak menggunakan kaedah trial & error sahaja melalui sebilangan gajet yang terdapat dalam utility belt miliknya seperti sonic disruptor (bunyi), taser (elektrik), batarang detonator, dan gas pemedih mata/ berra.cun – di mana kesemuanya tidak berhasil untuk menundukkan atau melemahkan Superman.

Kelebihan dan kemahiran atletik dan akrobatik yang dimiliki Batman memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan ser.angan balas Superman.

Pemenangnya?

Seri.

Okaylah, kalau nak ikutkan memang Batman takda peluang langsung untuk mengecapi kemenangan disebabkan ini kali pertama dia berjumpa dengan Superman dalam dunia baharu New 52 ni.

Tambahan pula, Batman mempunyai kelebihan disebabkan Superman berlawan secara tidak serius dan banyak hold back seperti kebiasaan yang dilakukannya (sebab world of cardboard thingy dan “with immense power comes immense responsibility & accountability”).

Cumanya kali ni Superman hold back bukan sebab good conscience & compassion yang dimiliki hatinya, tapi lebih kepada keangkuhan dan sifat condescending (ya, Superman dalam New 52 digarap dengan perwatakan yang tampak sedikit cocky dan douche).

Namun begitu, kredit masih boleh diberikan kepada Batman atas ketangkasan akalnya untuk menggunakan firasat dengan menyebut nama ‘Clark Kent’ bagi menyedarkannya daripada kepanasan hati yang menggelegak, seraya menghentikan ser.angannya serta-merta.”You bruise but you don’t ki.ll, do you, Clark?” – Batman (versi filem animasi, Justice League: War, 2014)

2) Batman: Hush (2002)

Penulis: Jeph Loeb/ Artis: Jim Lee & Scott Williams

Lokasi perlawanan: Metropolis

The answer is always B.A.M! I DC Comics

Terdapat dua intipati yang menarik mengenai novel grafik ini. Satu, jalan cerita action-adventure mengasyikkan yang menunjukkan Batman perlu mendepani kebanyakan Rogues Gallery-nya yang berkelas A seperti Ra’s Al Ghul, The Riddler, The Joker, Clayface, Scarecrow, Kil.ler Croc, Talia al Ghul, Lady Shiva, dan ramai lagi.

Yang keduanya, hasil lukisan cantik, kemas, dan rapi daripada pelukis moden terkenal dan merupakan antara orang kuat di belakang tabir DC Comics, Jim Lee, yang menghiasi setiap helaian novel grafik ini buat tatapan para pembaca.

Latar belakang Cerita

Antara beberapa perkara penting yang disentuh dalam plot cerita ini adalah mengenai Batman yang mengalami keced.eraan parah akibat dise.rang hendap secara misteri oleh seseorang, kehadiran Dr Thomas Elliot – sahabat baik Bruce Wayne sejak kecil (dicipta buat kali pertama untuk cerita ini) – bagi merawatnya, kedatangan sosok misteri baharu di Gotham yang hanya dikenali sebagai Hush, serta penerokaan kisah hubungan intim antara Batman dan Catwoman/Selina Kyle.

Skrip Perlawanan

Batman dan Catwoman menjejaki Poison Ivy yang telah melarikan diri ke Metropolis.

Tidak disangka, si penjahat yang berkeupayaan memanipulasi flora itu telah mengawal minda Superman dengan menggunakan kuasa jampian floranya (dikuatkan lagi dengan gincu sintetik kryptonite) lantas mengarah hero Metropolis itu menyer.ang Batman dan Catwoman yang tidak bersedia sepenuhnya pada ketika itu.

Dengan melemahkan Superman melalui cincin yang bertatahkan batu kryptonite, Batman menyer.ang Superman secara bertubi-tubi termasuklah dengan menggunakan beberapa lagi gajet bantuan seperti sonic emitter (hypersonics), flashbang grenade, dan electrocution (electroshock).

Pada masa sama juga, suara hati dalaman Superman juga cuba melawan tindak balas pukauan Ivy tersebut – peluang yang dimanfaatkan dengan efektif oleh Batman.

Dalam keadaan mena.han dan melawan untuk menggunakan kuasanya semaksima mungkin, Superman sempat juga menggunakan arctic breath/cold breath dalam kadar yang rendah untuk menghentikan ser.angan Batman.

Batman akhirnya mengumpan Superman untuk masuk ke dalam pera.ngkap ‘pelan terunggulnya’.

Pemenangnya?

Jika mengikut jalan cerita novel grafik ini, Batman boleh dikira sebagai pemenang kerana berjaya mencapai objektifnya untuk menyedarkan Superman daripada lamunan Poison Ivy.

Kebijaksaan Batman dalam merencana strategi yang berkesan terserlah dalam cerita ini. Perkara utama yang perlu dibuat apabila berhadapan dengan Superman yang mindanya tidak stabil adalah dengan berundur dan menyusun semula strategi. Terutamanya jika ada rakan lain yang ikut bersama (dalam kes ini Catwoman).

Di sini juga peminat boleh melihat cara dan ideologi Batman yang sangat berbeza daripada rakan heronya tersebut. Perbezaan pandangan dunia menyebabkan Batman sanggup memilih untuk menggunakan apa jua cara yang ekstrim asalkan dapat mencapai objektif yang dikehendakinya.

Sera.ngan fizikal Batman terhadap Superman itu sebenarnya bukanlah rancangan utamanya. Malah ia lebih bersifat untuk mengekang dan mengawal kuasa Superman daripada digunakan secara berleluasa dan berlebihan.

‘Grand plan’ Batman sebenarnya adalah dengan menyuruh partner-in-crime-nya, Catwoman, untuk memilih antara tiga orang staf The Daily Planet untuk dijadikan umpanan – sama ada Perry White, Jimmy Olsen, atau Lois Lane.

Umpan dengan menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai tebusan untuk ditolak jatuh dari bangunan tinggi The Daily Planet supaya Superman boleh tersedar dan menyelamatkan man.gsa tersebut. Catwoman dengan naluri wanitanya, kebetulan pulak memilih Lois Lane untuk dijadikan man.gsa.

Dan kita boleh lihat juga strategi persediaan dan jangkaan (anticipation) mengagumkan Batman yang turut membawa sekali cincin kryptonite itu ke Metropolis sebagai kesiapsiagaannya yang berada pada tahap yang tertinggi untuk menghadapi segala jenis kemungkinan.

Cincin kryptonite itu pun sebenarnya telah diberikan dan diamanahkan oleh Superman sendiri kepada Batman (dalam komik lain), jikalau berlaku kes di mana Superman hilang arah macam yang berlaku dalam Batman: Hush ini.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan Batman ialah hero deterrent terbaik buat Superman jika dia berubah menjadi jahat.

Deep down, Clark’s essentially a good person…and deep down, I’m not.” – Batman

3) Lex Luthor: Man of Steel (2005)/ Luthor (2010)

Penulis: Brian Azzarello/ Artis: Lee Bermejo

Lokasi perlawanan: Gotham

One-Pu.nch Man I DC Comics

Dalam grafik novel inilah terkandungnya perlawanan paling ‘realistik’ yang pernah wujud antara Batman dan Superman. Ia sangat realistik sehinggakan durasi pertentangan ini terasa sedikit singkat (singkat tapi intensitinya masih boleh dirasai).

Tapi walaupun perlawanan dalam novel grafik ini singkat, cerita keseluruhan mengenai mu.suh sejati Superman yang dihidangkan oleh tag team superstar – iaitu penulis berpengalaman, Brian Azzarello, dan direalisasikan dengan artwork yang memukau daripada Lee Bermejo – sangat mengasyikkan dan menarik.

Grafik novel ini dijenamakan semula (dengan beberapa muka surat tambahan) pada tahun 2010 dengan tajuk ringkas sahaja, Luthor, dua tahun selepas duo tersebut masih segar dengan keluaran satu lagi novel grafik best-seller yang juga mengetengahkan kisah seorang antagonis DC yang lain dengan tajuk Joker (2008).

Latar belakang Cerita

Kisah yang disampaikan berkisar tentang Lex Luthor (dari pandangan kaca matanya) dan refleksi obsesi kebenciannya (atau mungkin ketakjubannya) terhadap Superman.

Mungkin juga ianya lebih kepada sumpahan complex messiah dibaluti dengan sentimen xenofobia yang dimiliki Lex Luthor. Mengganggap dirinya sebagai penyelamat manusia lalu mencuba sedaya upayanya untuk mendedahkan kelemahan seorang ‘tuhan’ buat tatapan dan saksian umat di seluruh dunia.

Apa yang penting, semua ini dilakukan demi merealisasikan impian terulungnya – iaitu sebuah dunia tanpa Superman (A World Without Superman).

Dalam cerita ini, Lex Luthor telah menghadiahkan sebuah batu kryptonite kepada rakan usahawannya, Bruce Wayne, dalam usaha pertukaran dengan satu penemuan teknologi baharu daripada syarikat Wayne Industries (yang ingin digunakan oleh Lex dalam rancangan liciknya terhadap Superman).

Skrip Perlawanan

Sebaik sahaja Superman mendapat tahu mengenai urusan Lex Luthor dan Bruce Wayne tersebut, dia meluru ke Gotham untuk mencari Batman.

Batman pada ketika itu sedang bertenggek di atas bangunan berdekatan dengan gargoyle (tipikal) sambil sedang berfikir sambil merenung kryptonite tersebut yang berada dalam genggaman tangannya.

It’s so clumsy even the gargoyle appears to be shocked I DC Comics

Sambil terbang ke arah Batman, Superman menggunakan kuasa tiupannya (tiup kosong je, tak sampai tahap kuasa freeze breath) dari jarak jauh sehingga kryptnonite itu jatuh ke bawah (pandai jugak Superman dalam novel grafik ni. Eli.minate haz.ard terlebih dahulu).

Dipendekkan cerita, selepas berlaku sedikit pergelutan antara mereka, dan dalam keadaan Batman yang tidak bersedia lagi, satu tumbukan padu daripada Superman dilayangkan ke muka Batman.

Tapi Superman menghentikan tumbukannya serta-merta betul-betul sebelum buku ruasnya menghinggapi batang hidung Batman. Kemudian Superman terus mengambil dan menghan.curkan kryptonite tersebut (yang berada dalam poket utility belt Batman).

Batman dan Superman bertelingkah, Lex Luthor tepuk tangan.

Pemenangnya?

Sangat jelas – Superman. Habis Batman diperkotak-katikkan dek Superman yang sedang mena.han amarahnya.

Cuma sebenarnya tidak diceritakan pun macam mana Superman boleh mendapat tahu pasal urusan dua orang usahawan tersebut. Dibayangkan bahawa Lex Luthorlah yang menjadi dalang disebalik perkara tersebut – dalam rancangan besarnya bagi mendapatkan persetujuan Bruce Wayne mengenai usulan pinjaman teknologi Wayne Industries.

Berbeza dengan skrip komik Justice League New 52 tadi, novel grafik ini memaparkan seorang Batman yang kurang elemen-elemen ‘mythical’ yang biasa dipadankan dengan karater ini. Atau senang cakap, Batman dalam novel grafik ini sudah di-nerfed down-kan sedikit.

Satu-satunya gajet yang Batman sempat gunakan semasa perlawanan ini ialah Batclaw (grappling hook). Itupun sebab nak ambil semula batu kryptonite yang terjatuh ke bawah.

Selain itu, nama Justice League ada juga diselitkan dalam cerita ini. Cuma berkemungkinan Batman tidak dijemput lagi atau macam mana ke tidak dapat dipastikan sebab penceritaannya tidak difokuskan pada bab tersebut.

Tapi kalau dalam filem animasi Justice League: Doom (inspirasi daripada novel grafik JLA: Tower of Babel), di pengakhiran cerita, ahli-ahli Justice League/JLA yang lain ingin mengundi sama ada mahu kekalkan atau keluarkan Batman daripada pasukan.

Hal ini disebabkan isu kepercayaan di samping mereka juga mendapati Batman terlalu berbah.aya untuk berada dalam pasukan tersebut disebabkan contingency plan yang dimilikinya untuk menundukkan ahli Justice League.

You guys are having a sleepover? I DC Comics

I’m not interested in bringing him down, but obsessed with bringing us up.” – Lex Luthor

4) Superman: Red Son (2003)

Penulis: Mark Millar/ Artis: Dave Johnson & K. Plunkett

Lokasi perlawanan: Siberia, Rusia (alternate Earth)

For Mother Russia! I DC Comics

Karya ini merupakan antara novel grafik dalam kategori Elseworlds yang aku minat. (sekurang-kurangnya Top 5). Elseworlds di sini maksudnya bukan berada dalam timeline utama, mainstream dunia komik DC, macam sebuah alternate universe/earth. Kalau Marvel, komik lebih kurang seperti ini berada dalam siri label ‘What If?’.

Aku sukakan konsep yang diketengahkan, terutama sekali pada bahagian ‘penamat’ cerita diluar kotak yang cukup eksp.losif untuk minda.

Novel grafik ini merupakan sebuah karya enak yang banyak menyentuh mengenai perbezaan sosio-politik dan sosio-ekonomi antara Amerika Syarikat (kapitalisme) dan Kesatuan Soviet (sosialisme) dengan berkonsepkan cereka superhero.

Latar belakang Cerita

Pod Kal-El/ Superman terlandas di bumi Kesatuan Soviet (berbanding di Kansas, Amerika Syarikat dalam karya asal). Superman membesar di sana dan seterusnya menjadi orang kuat pemerintah pada ketika itu, Joseph Sta.lin, untuk menyebarluaskan ideologi kom.uni.sme mereka ke serata dunia untuk mencapai utopia.

Lambang ikonik ‘S’ yang menghiasi kostum pada bahagian dada Superman turut ditukar dengan lambang tukul dan sabit. Ia adalah seperti perlawanan catur antara blok barat menentang blok timur dengan kelibat Lex Luthor berada pada spektrum yang bertentangan dengan Superman.

Batman (juga dikenali sebagai Batmankoff) pula menjadi salah seorang penentang Superman Rusia ini yang ingin menjatuhkan sistem pemerintahan berautokratik dan totalitarian mereka. Batman dalam novel grafik ini ialah Batman sang anar.kis!

Skrip Perlawanan

Batman telah mencu.lik dan mena.han Wonder Woman (mengikat heroin dari Themyscira itu menggunakan lassonya sendiri) sebagai tebusan dan umpanan supaya Superman datang mencarinya. Dalam cerita ini ditunjukkan Diana Prince bersekutu dengan Superman pada permulaan sehingga ke pertengahan plot.

Batman telah memera.ngkap Superman dengan menghidupkan sebilangan lampu limpah yang mengelilingi kawasan tersebut (ihsan daripada Lex Luthor). Lampu-lampu limpah yang nampak normal itu sebenarnya menggunakan cahaya sinaran red sun (matahari merah) bagi tujuan menyahaktifkan kuasa Superman.

Sebaik sahaja Superman terdedah dengan radiasi red sun itu, dia dibe.lasah dengan teruk tanpa belas kasihan oleh Batman, sebelum dita.han di bilik bawah tanah yang turut dilengkapi dengan lampu sinaran matahari merah juga.

Selain the infamous kryptonite yang selalu digunakan oleh penulis komik sebagai trump card Batman, cahaya red sun juga merupakan kelemahan bagi Lelaki Besi ini kerana sinarannya merupakan cahaya simulasi dari sistem matahari planet asal Superman.

Apabila terdedah dengan kesan radiasi cahaya red sun, segala kuasa Superman akan hilang dan dia bertukar menjadi seperti manusia biasa – seperti default-mode kaum Kryptonian yang sejak azalinya memang tiada kuasa ketika hidup di habitat asal planet Krypton mereka.

Sebagai info, kekuatan luar biasa Superman datangnya daripada cahaya Matahari (yellow sun) dalam Sistem Suria kita yang terletak di Galaksi Bima Sakti.

Sebab itu juga Superman memakai sut hitam (Recovery Suit) selepas resurrection-nya dalam storyline Reign of the Supermen! untuk memaksimumkan kadar penyerapan radiasi matahari ke dalam sel badannya (kerana tenaga haba matahari lebih cepat diserap melalui warna hitam/gelap berbanding warna biru/merah atau warna cerah yang lain – Sains 101).

Dalam filem Zack Snyder’s Justice League (2021), momen di sebalik tujuan ini ditunjukkan buat seketika sahaja sekadar sebagai satu nod, kerana pengarah tersebut mempunyai faktor pengisian yang lain atas sebab mengapa Superman memilih untuk menggunakan sut hitam berbanding sut biru/merah.

Superman: Back in Black I Warner Bros. Pictures, HBO Max

Pemenangnya?

Tiada yang menang dan tiada yang kalah secara lahiriahnya.

Sungguhpun Batman telah mel.etupkan dirinya supaya tidak perlu tunduk kepada Superman setelah kekuatannya kembali (no thanks to Wonder Woman), lelaki terakhir Krypton itu boleh dianggap kalah dari segi moral, selain turut kehilangan khidmat bantuan Wonder Woman selepas itu (yang terlantar sa.kit kesan daripada meleraikan ikatan Lasso secara paksa).

Jika dalam novel grafik Luthor, Batman tidak mempunyai peluang langsung untuk bertindak balas. Kali ini dalam Superman: Red Son, Superman pula yang tidak memberikan cabaran apabila berterusan diban.tai oleh Batman. Inilah dia apa yang orang panggil; “Ada ubi ada batas, esok hari boleh balas.” (walaupun berlaku di universe/earth lain).”Why else would I have swallowed a b0.m.b before you and I went head-to-head?” – Batman

5) Injustice: Gods Among Us (2013)

Penulis: Tom Taylor/ Artis: Tom Derenick, Mike S. Miller dan lain-lain

Lokasi perlawanan: Batcave

First it was Bane, then it’s Superman. Bring ‘back’ all the memories I DC Comics

Komik Injustice: Gods Among Us ini merupakan prequel dan tie-in kepada jalan cerita permainan video popular dengan nama yang sama.

Kalau ditelusuri babak Knightmare yang terdapat dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) dan filem sequel-nya, Zack Snyder’s Justice League (2021), cerita inilah antara gambaran apa yang akan terjadi jika Superman menjadi jahat dan memerintah dunia secara tirani (tapi tolak penguasaan dan penglibatan Darkseid).

Latar belakang Cerita

Kalau nak ikutkan, tema keseluruhan premis cerita ini sendiri adalah mengenai penentangan Batman (dan pasukan Insurgency pimpinannya) ke atas Superman (dan Rejimnya) yang berlanjutan sehingga lima tahun lamanya (plot komik mengikut tahun dari Year 1 sehingga ke Year 5).

Jadi konfrontasi individualistik antara mereka berdua menjadi sekunder sedikit dalam kancah pepera.ngan yang berskala lebih besar dan melibatkan hampir kesemua karakter dalam dunia DC.

Cerita Injustice ini juga merupakan satu perumpamaan terbaik mengenai perbezaan ketara antara Batman dengan Superman dari segi mental dan persediaan menghadapi kecel.akaan dan perkara yang tidak diingini.

Superman dalam alternate universe ini ditunjukkan mempunyai struktur mental dan emosi yang cukup rapuh apabila berhadapan dengan ujian getir yang melibatkan kema.ti.an orang terdekat sehingga mudah untuk terjerumus ke dalam lembah kehinaan.

Jika kita buat perbandingan dan ambil contoh dalam ujian yang aku panggil sebagai ‘The Joker Test’. Dua karakter dari Gotham, Batman dan James Gordon, lulus dalam ujian tersebut. Kema.ti.an Robin kedua (Jason Todd) di tangan Joker tidak mengubah Batman dalam kod ‘no-ki.ll rule’, kompas moral dan pendekatannya secara keseluruhan.

Hal yang sama juga dengan James Gordon yang telah melepasi ‘The Joker Test’ setelah dise.ksa mentalnya dengan sadis dalam komik Batman: The Ki.ll,.ing Joke (1988). Gordon masih boleh mengekalkan kewarasannya lagi setelah diasak dengan segala permainan Joker yang melibatkan anak perempuannya, Barbara Gordon/Batgirl/Oracle, sebagai bahan siksaan.

Di samping itu, dalam storyline menarik, Batman: No Man’s Land (1999), Gordon diuji sekali lagi dengan kehilangan isterinya pula, Sarah Essen, yang telah ditem.bak ma.ti oleh Joker dalam ujian ala-ala the trolley problem.

Joker secara spontan memberi pilihan kepada Sarah sama ada untuk menggugurkan pi.stol yang ditalakannya pada Joker dengan menyelamatkan bayi yang telah dilambung Joker, atau masih mena.han dan tidak memberi peluang kepada Joker untuk menyera.ngnya semula tetapi dengan taruhan kehilangan ny.awa bayi itu dengan membiarkannya jatuh terhem.pap.

Gordon yang sangat marah dengan Joker atas kema.ti.an isterinya itu (termasuk dengan apa yang terjadi dengan anak perempuannya sebelum itu), bertindak dengan menem.bak kaki Joker untuk melepaskan geramnya yang sudah terbuku lama. Tapi yang penting tidak sampai ke tahap membu.nuh.

The fastest way to reach someone’s heart I DC Comics

Berbeza dengan Superman dalam kisah Injustice, kewarasan akalnya terus hilang selepas Joker memperdayakannya untuk membu.nuh isterinya sendiri, Lois Lane, bersama-sama dengan anak mereka yang masih berada dalam kandungan Lois.

Icing on the cake ujian Joker ini adalah dengan kehan.curan kota Metropolis yang mel.etup tatkala jantung Lois Lane terhenti (menjadi pemicu). Betul-betul tra.gis.

Joker sendiri memberitahu Batman, Superman ni ibarat easy-mode yang diperlukannya bagi mendapatkan semula momentum kemenangan setelah asyik kalah dengan Batman dalam perlawanan moral dan etika.

Dalam erti kata lain, minda Superman sudah ‘snap’ akibat kejadian tersebut. Dia mengalami delusi serta hilang pertimbangan diri dan seterusnya bertindak menjadi ‘tuhan’ mengikut acuan pemikirannya sendiri.

Hal ini membawa maksud, Superman telah gagal melepasi ‘The Joker Test’. Tidak seperti Batman yang mempunyai mental toughness dan tahap keredhaan yang lebih tinggi.

The Joker sebenarnya hanyalah bertindak sebagai pemangkin untuk mengaktifkan dan mengeluarkan sifat-sifat kejahatan dan mazmumah yang terpendam dalam benak Superman (ataupun sesiapa sahaja). Memetik kata-katanya sendiri, “All it takes is just one bad day to reduce the sanest man alive to lunacy”.

Satu hari yang ma.lang yang boleh menukarkan seseorang menjadi gila – suatu psyche Joker yang berjaya ditangkap dengan kemas maksud lore-nya oleh Christopher Nolan dan Jonathan Nolan dalam filem mahakarya, The Dark Knight (2008):- “I took Gotham’s White Knight and I brought him down to our level. It wasn’t hard. See, madness, as you know, is like gravity. All it takes is a little push *evil laugh*.”

Yang kemudiannya memberikan reality check kepada Harvey Dent yang juga telah hilang kewarasannya dan bertukar menjadi Two-Face apabila mengungkapkan “The Joker’s just a mad dog. I want whoever let him off the leash.”

Seperti Two-Face, akibat rasa tidak puas hati dan ingin mencari seseorang untuk dipersalahkan, tumpuan Superman hanya terarah kepada Batman yang dilihatnya sebagai orang yang patut dipertanggungjawabkan kerana tidak pernah menghu.kum Joker dengan lebih keras dan tegas.

Sebahagian ahli pasukan Rejim Superman pada pengakhiran Year 1 I DC Comics

Skrip Perlawanan

Di penghujung Year 1, Superman sudah 95% hilang pertimbangan dan bertukar karakter menjadi ‘jahat’. Semua sifat-sifat kemanusiaan dan insaniah dia sudah mula terhakis.

Setelah membu.nuh Green Arrow/ Oliver Queen di Fortress of Solitude, Superman kemudiannya terbang ke Batcave untuk menangkap Batman pula.

Batman pula sedang dalam usaha untuk mengekstrak formula sebuah pil yang mampu memberi kekuatan superhuman supaya dapat menyamaratakan keupayaan pasukannya bagi menentang Superman dan kumpulan Rejimnya di kemudian hari (antaranya Wonder Woman, The Flash, Green Lantern, dan lain-lain – yeap, kebanyakannya metahuman).

Taktikal yang Batman gunakan bersifat sedikit pasif dengan bermain dan memanipulasikan emosi Superman bagi tujuan melengah-lengahkan masa.

Batman cuba membangkitkan rasa bersalah Superman kerana membu.nuh Green Arrow dan memainkan video ketika hari perkahwinan Clark dan Lois Lane untuk terus mencelarukan fikirannya (punyalah resourceful sampaikan video tu pun dia ada – dah macam ala-ala sera.ngan politik pulak siap ada simpan video).

Akhirnya The Caped Crusader menggunakan satu-satunya gajet di sini iaitu sonic emitter yang mengeluarkan bunyi yang kuat sebagai langkah terakhir untuk menganggu tumpuan dan fokus Superman.

Batman cuba mengapai pil tersebut, tetapi Superman memintas lalu mema.tahkan tulang belakang Batman dengan menggunakan lututnya (ala-ala stail Bane macam dalam Batman: Knightfall).

Mujur si butler berkebolehan, Alfred, menye.rang Superman sehingga KO’ed setelah sempat menelan pil superhuman tersebut dan seterusnya menyelamatkan tuannya.

Pemenangnya?

Boleh dikira sebagai no contest sebab perlawanan tidak habis setelah Batman dan Alfred berundur dan meninggalkan Superman yang tidak sedarkan diri.

Cuma kredit masih boleh diberikan kepada Batman yang berjaya memainkan masa supaya pil tersebut sempat disintesiskan (termasuk untuk dimakan oleh Alfred).

Kisah Injustice: Gods Among Us ini, macam yang diperkatakan, bukanlah satu pertem.puran berskala kecil, tetapi ianya adalah satu pepera.ngan yang besar. Siapa yang menang di penghujung itulah dikira sebagai juara sebenar.

Jika ada antara pembaca yang hendak memilih satu sahaja komik untuk dibaca dalam senarai di sini, komik Injustice: Gods Among Us inilah yang pertama aku akan syorkan disebabkan plot menarik yang straight-forward dan tak memberatkan, banyak momen berani yang dipaparkan, dan yang terpenting, hampir kesemua karakter DC ada membuat kemunculan dalam jalan cerita ini ibarat ianya satu pesta perkumpulan protagonis dan antagonis dalam dunia DC.

No matter what you tell yourself in the future, I want you to remember this moment. When you resorted to torture for the ‘greater good’” – Batman

6) Batman: Endgame (2015)

Penulis: Scott Snyder/ Artis: Greg Capullo

Lokasi perlawanan: Gotham

Never start with the head, the victim gets all fuzzy I DC Comics

Sebenarnya, perlawanan yang terdapat dalam novel grafik ini lebih kepada perlawanan antara Batman menentang kesemua anggota rogue Justice League (power baq hang!). Dalang di sebalik kejadian ini datang daripada tidak lain tidak bukan, seteru ketat Batman sendiri, yakni the Clown Prince of Crime.

Latar belakang Cerita

Joker telah menjang.kitkan rakan-rakan Batman dengan toxin buatannya sendiri. Perkara ini membuatkan ahli-ahli Justice League tidak dapat berfikiran dengan waras (Jokerized) dan seterusnya menyer.ang Batman di bandarnya sendiri.

Namun, seperti ramai yang sudah sedia maklum, Batman sentiasa ada ‘contingency plan’ dan ini termasuklah untuk meneutralkan kawan-kawan metahuman-nya dalam Liga Keadilan.

Metodologi Batman untuk membasmi ahli Justice League dalam Batman: Endgame ini berbeza sedikit jika dibandingkan dengan jalan cerita JLA: Tower of Babel (2000) atau Justice League: Doom (2012). Pelan khas anti-Justice League ini diberi jolokan ‘Fenrir’.

Kali ini, Batman menggunakan beberapa pendekatan saintifik (bagi melumpuhkan Aquaman dan The Flash. Cyborg dan Green Lantern tidak ditunjukkan dalam panel komik) dan helah magik (untuk Wonder Woman), dengan sut robot mekanikal yang dipanggil Justice Buster sebagai taruhan utama Batman bagi memerangi mereka.

Skrip Perlawanan

Setelah selesai menghentikan rakan-rakan Justice League yang lain, muncul Superman sebagai ahli terakhir yang datang menyer.ang Batman.

Batman seperti mempunyai kelebihan pada awal perlawanan dengan mengaktifkan beberapa butir red sun bersaiz mikroskopik yang dimampatkan dan disematkan pada buku jari (knuckle) mecha-suit tersebut (hasil pertolongan Dr Ray Palmer/The Atom). Memberikan tumbukan ma.ut red sun kepada Superman.

Bagi mengekang kuasa heat vision Superman pula, Justice Buster ini turut dilengkapi dengan plasma shield (perisai plasma). Sistem thrust and thermal sut ini pula adalah untuk melawan kuasa freeze breath The Man of Steel.

Behold, Justice Buster I DC Comics

Namun, walaupun dengan bantuan tumbukan cahaya matahari merah bersaiz atomik, kekuatan Superman ternyata terlalu kuat apabila dia masih berjaya menghentam dan membawa terbang Justice Buster ke udara, sebelum merobek sut tersebut.

Setelah bahagian kepala sut mecha tersebut dimus.nahkan dan seterusnya mendedahkan Batman di dalamnya, Batman serta-merta meludahkan sejenis getah sintetik/polimer (butadiene) yang direnda dengan serbuk kryptonite (atau dipanggil mudah sebagai gula-gula getah kryptonite oleh Alfred) untuk memengsankan Superman.

Pemenangnya?

Jikalau kayu ukur yang digunapakai untuk menentukan pemenang adalah melalui ‘last man standing’, maka Batman boleh dikira sebagai juara.

Batman memberitahu sut Justice Buster itu dibangunkannya dengan kos pelaburan 60% lebih daripada kos peruntukan bajet ketente.raan negara-negara di dunia ini. Ya, selain daripada memiliki minda yang bijak, satu lagi ‘kuasa’ yang dimiliki Batman adalah sumber kewangan (resources) dan rezeki yang melimpah-ruah.

Who wins in a fight? The answer is always the same. Neither of us.” – Batman

7) The Dark Knight Returns (1986)

Penulis: Frank Miller/ Artis: Frank Miller & Klaus Janson

Lokasi perlawanan: Crime Alley, Gotham

The world only makes sense when you force it to I DC Comics

Inilah dia apa yang orang panggil sebagai ‘save the best for last’!

Tak sah jadinya senarai ini jika tidak dimasukkan dengan pertembungan yang paling epik dan termasyhur dalam karya seminal dan influential bertajuk The Dark Knight Returns (TDKR) hasil tulisan dan lukisan bersama daripada penulis tersohor berkont.roversi, Frank Miller (juga penulis bagi karya hebat seperti Batman: Year One, Sin City dan 300).

Novel grafik inilah yang memaknai keseluruhan konflik yang terkandung dalam sejarah perseteruan antara Batman dan Superman. Di samping menjelmakan dan menjenamakan semula Batman untuk kembali menjadi karakter yang dark, badass, dan serius seperti dikenali oleh penonton moden pada hari ni.

Seterusnya menyelamatkan karakter ini daripada stail campy dan jenaka yang menghantui karakter ciptaan Bill Finger dan Bob Kane ini sekitar tahun 60-an dan 70-an.

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!

Latar belakang Cerita

Bruce Wayne dalam cerita ini ditunjukkan sudah berumur (55 tahun) dan yang terpenting sekali telah menggantungkan sut Batmannya sejak 10 tahun yang lalu.

Antara faktor terbesar persaraannya adalah disebabkan kema.ti.an brutal dan tra.gis Robin kedua, Jason Todd, di tangan Joker yang telah direalisasikan dua tahun selepas novel grafik ini dikeluarkan dalam storyline Batman: A De.ath in The Family (1988).

Selain itu, segala aktiviti superheroism juga telah diharamkan oleh kongres yang telah membawa kepada pembubaran pasukan Justice League.

Dalam dunia distopia TDKR ini, Diana Prince/Wonder Woman telah pulang ke Themyscira buat selama-lamanya, Hal Jordan/Green Lantern beroperasi di sektor planet lain dan tidak pernah menjejakkan kakinya ke bumi semula, Oliver Queen/ Green Arrow pula menjadi seorang out.law.

Tiga isi utama yang diketengahkan dalam plot penceritaan adalah mengenai Bruce Wayne/Batman yang terpaksa keluar daripada persaraannya (hence, the word ‘Returns’ in the title) apabila kes-kes jen.ayah di Gotham semakin meningkat dengan teruk serta merebak bagai wa.bak terutama dengan kehadiran sebuah kumpulan jen.ayah generasi baharu yang dikenali sebagai The Mutants.

Yang kedua, The Joker yang turut membuat kemunculan semula setelah mendapat tahu Batman kembali aktif dalam memerangi jen.ayah di Gotham.

Dan yang terakhir sekali adalah mengenai pertarungan dengan rakannya dari kota Metropolis melalui arahan secara terus daripada Presiden Amerika Syarikat sendiri (digambarkan sebagai Ronald Reagan kerana komik ini dikeluarkan semasa penggal pemerintahannya).

Superman cuba menghentikan sera.ngan pel.uru berpandu nuk.lear I DC Comics

Arahan politik ini dikeluarkan bagi mengelakkan pentadbiran pada ketika itu nampak seperti lemah atau hilang autoriti dan kawalan politik di Gotham.

Sementelahan, Batman menunjukkan dia single-handedly boleh menyelesaikan masalah jen.ayah yang memuncak di Gotham sejak kembali aktif serta turut berjaya menjadikan Gotham sebagai satu-satunya bandar utama yang terkawal daripada rusuhan orang ramai ketika suasana nuc.lear winter melanda di seluruh Amerika Syarikat.

Ya, Clark Kent/Superman dalam cerita ini sudah menjual jiwanya dan menjadi boneka atau khadam kepada kerajaan sebagai salah satu cagaran untuk dia dapat meneruskan panggilan tanggungjawabnya sebagai seorang adiwira.

Skrip Perlawanan

Frank Miller mengambil langkah yang bijak dengan melemahkan terlebih dahulu Superman melalui plot menyelamatkan tanah Amerika Syarikat daripada terkena tempias be.dilan pel.uru berpandu nuk.lear Kesatuan Soviet (akibat krisis geopolitik berkenaan dengan perebutan satu kepulauan di Amerika Selatan – mungkin reference kepada kisah Cuban Mis.sile Crisis yang berlaku sekitar tahun 1962).

Dalam perlawanan ini, Batman memakai sut mekanikal exoskeleton ikoniknya yang telah memberi inspirasi kepada filem Batman v Superman: Dawn of Justice (2016).

Perlawanan yang diadakan di Cri.me Alley – tempat di mana ayah dan ibu Bruce Wayne dibu.n.uh – dalam suasana semasa berlakunya fenomena nuc.lear winter memberikan kelebihan dari segi lokasi dan selok-belok taktikal kepada Batman.

Batman telah memasang siap-siap enam buah pel.uru berpandu (diberi nama Hunter Mis.siles) yang akan teraktif sebaik sahaja Superman menggunakan kuasa X-ray vision untuk mencari Batman. Tujuannya untuk melihat sejauh mana Superman telah pulih daripada let.upan nuk.lear tadi. Jika dia tidak berjaya mengelak, bermakna Superman masih belum pulih sepenuhnya.

Batmobile TDKR nampak seperti sebuah kereta kebal dengan dipandu oleh sidekick Robin baharunya (Carrie Kelley) dalam pertarungan ini.

Kenderaan terkenal Batman kali ini kelihatan lebih ke arah berketen.teraan dan turut dilengkapi dengan pelancar ro.ket, sen.jata api dengan kekuatan yang boleh menenggelamkan sebuah kapal per.ang, dan sebagainya lagi.

Dengan saiz besar yang memakan ruang lebih kurang dua ke tiga lorong lebuh raya, mungkin Batmobile ini lebih sesuai dipanggil dengan nama Bat-Tank (atau W.a.r Machine).

Batmobile versi TDKR yang direalisasikan juga dalam filem Zack Snyder’s Justice League I DC Comics, Warner Bros. Pictures/HBO Max

Selain pertolongan melalui Batmobile, Batman menggunakan gajet seperti sonic-emitter gun, elec.troc.ution dengan menggunakan tenaga elektrik dari seluruh bandar Gotham, dan menyimbah a.sid ke muka Superman untuk memberi ketidakstabilan kepadanya sebelum menumbuknya bertalu-talu.

Superman sempat bertindak balas dengan menumbuk Batman dan mematahkan tiga tulang rusuknya secara tidak langsung.

Di kemuncak pertarungan, Oliver Queen/Green Arrow datang menghadiahkan Superman dengan satu anak pa.nah yang mengeluarkan gas kryptonite dan seterusnya mencemari sistem biologi Superman selepas dia menangkapnya (macam dalam BvS).

Kemasukan Oliver Queen dalam pertarungan ini sebenarnya hadir daripada ihsan Bruce Wayne sendiri setelah Oliver meminta izin untuk menghulurkan bantuan sebagai bahagian balasannya atas kehilangan tangan kirinya (disiratkan Superman turut terlibat dalam kejadian tersebut).

Pemenangnya?

Sangat afdhal untuk mengatakan Batman yang memenangi perlawanan ini kerana lebih menguasai tempo pertarungan di sepanjang tempoh perlawanan.

Sungguhpun demikian, memenangi perlawanan menentang Superman di sini bukanlah tujuan utama Batman. Ianya lebih sebagai satu amaran kepada Superman supaya tidak mengganggu kegiatan-kegiatan vigilantisme dia dan konco-konconya (yang digelar Sons of Batman) di kota Gotham.

Sebab itu Batman tidak sampai ke tahap ingin menamatkan riwayat Superman meskipun peluangnya telah terhidang sebaik sahaja si Big Blue Boy Scout itu terkena gas kryptonite.

Batman mengambil pendekatan dengan memalsukan kema.ti.annya melalui ser.angan jantung yang ngam-ngam teraktif sebaik sahaja selepas Superman habis dilanyaknya (ditunjukkan Batman sudah membuat pengiraan dengan menelan sebuah pil sejam sebelum perlawanan bermula).

Apa yang penting, Superman faham dengan jelas mesej Batman melalui ayat keramat yang diungkapkan kepadanya:

I want you to remember, Clark, in all the years to come, in your most private moments, I want you to remember, my hand, at your throat, I want you to remember, the one man that beat you.” – Batman

Penutup

Sengketa dua protagonis terkenal ini, walau telah berdekad lamanya berlaku, sehingga kini masih menjadi medan perbahasan para peminat.

Seperti David melawan Goliath, antagonisme Batman dan Superman adalah contoh kes klasik ‘brain versus brawn’. Selain menunjukkan juga keabsahan Batman – seorang lelaki mere mortal – untuk mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah; setaraf dengan hero-hero yang lain.

Di mana, kebanyakan mereka juga bersifat ‘god-like’ dengan memiliki kuasa luar biasa seperti Wonder Woman, Aquaman, Green Lantern, The Flash, Shazam/Captain Marvel, dan sebagainya (sekadar memberi contoh).

Logiknya, kalau dengan de-facto leader Justice League (Superman) pun ramai cendekiawan dan pakar-pakar industri komik senantiasa membandingkan dengan Batman, apalah sangat kalau Batman nak hadap ahli-ahli Justice League lain yang sudah diketahui kurang sedikit kuasa mereka berbanding dengan The Man of Steel sendiri.

Malahan, sang penguasa terhebat, Darkseid sendiri mengakui keintelektualan dan kelicikan strategi Batman yang lain daripada yang lain sehingga timbul rasa hormat yang tidak terhingga si penjahat Planet Apokolips tersebut terhadap Batman. Disebabkan itu, Darkseid melihat Batman sebagai ‘worthy adve.rsary’-nya (dalam Batman/Superman: The Supergirl from Krypton).

Kesimpulan mudah yang boleh diberikan untuk keseluruhan analisis antara dua hero terkemuka ini adalah, kekuatan terhebat yang dimiliki Superman – tidak, bukan kekuatan fizikal, tetapi hati nuraninya yang baik, suci (purity), dan naif – adalah satu kelebihan buat Batman untuk dimanfaatkannya jika berlaku persengketaan antara mereka.

Namun, segenting atau seberantakan manapun pertelingkahan yang berlaku antara mereka akibat perselisihan pendapat atau perbezaan pendekatan, Batman dan Superman tetap merupakan rakan sepasukan yang hebat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Ada sebab mengapa team-up mereka berdua digelar sebagai World’s Finest!

RUJUKAN:

Brayson, J. (2016). Batman & Superman Have Fought So Many Times Before. bustle.com, https://www.bustle.com/articles/148574-have-batman-superman-fought-before-its-been-nearly-60-years-since-their-first-battle

Ruangan komen telah ditutup.