Sebelum zaman Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao, sukan tinju dipelopori banyak lagenda agung. Nama-nama hebat seperti Mike Tyson dan Muhammad Ali pun masih belum lekang dari ingatan.

Apabila Kemelesetan Besar melanda dunia, sukan tinju menjadi pelepas stres (escapism) harian dengan tangan kanan James J. Braddock menumbangkan satu demi satu penentang sampai Maximilian Baer pun boleh kalah.

Sehebat-hebat pencapaian dibuat, mereka tidak dapat menandingi kehebatan Andy Bowen dan Jack Burke. Dilahirkan di New Orleans, Louisiana, Bowen mula memasuki gelanggang pada usia 20 tahun.

14 perlawanan pertama yang tanpa kalah menaikkan namanya, sehingga menjadi juara bagi New Orleans. Jack Burke pula lahir di Elmira, New York, yang sedang melatih seorang peninju untuk bertarung dengan Bowen.

Pertandingan tinju tersebut dilangsungkan pada 6 April 1893. Dalam zaman apabila topi dan jaket ketat menghiasai jalanan, pertembungan kedua-dua peninju ini memang ditunggu-tunggu.

Tetapi akhirnya, penentang Bowen menarik diri – jadi Burke pula yang mengambil tempatnya.

Hari Perlawanan

Seramai 8,500 orang hadir untuk menyaksikan perlawanan ini di Olympics Club. Tidak mungkin mereka tahu bahawa perlawanan malam tersebut akan dikenang sejarah.

Semua mengenali Andy Bowen, tetapi Jack Burke pula sebagai pelatih tidak begitu terkenal – tetapi selepas hari itu, nama mereka tidak ditelan zaman sampai bila-bila.

Peraturan tinju menetapkan tiga minit bagi setiap pusingan. Loceng pun berbunyi pada jam 8:26 malam, memulakan perlawanan yang diadili John Duffy.

Bowen yang cergas dan kuat mendapati tenaga Burke sangat sukar ditandingi. Tangan bertemu muka. Mata sentiasa tajam mencari kelemahan lawan. Jantung berdenyut bagaikan kuda. Tanpa henti mereka bertukar-tukar tvmbukan.

Dan suasana sekeliling yang hiruk-pikuk mula diam dengan penonton semakin keletihan. Bermula pusingan ke-50, kedua-dua peninju semakin perlahan. Sudah dua jam setengah mereka berlawan, tetapi masing-masing enggan mengalah. Bowen menvmbuk; Burke mengelak.

Dan Burke pun memb4las, dan Bowen pula mengelak. Masing-masing sangat lincah beradu, dengan berat 58 kilogram sahaja. Penonton pula yang penat. Ada yang balik kerana esok kerja. Ada yang tertidur pun. Bowen dan Burke meneruskan perlawanan sehingga pusingan ke-108 apabila Duffy mengisytiharkan, “kalau tiada pemenang dalam dua pusingan lagi, perlawanan ini terbatal (no contest)!”

Bowen dan Burke memasuki gelanggang berkelihatan tampan. Apabila Duffy berkata sedemikian, mereka tidak mampu memberi reaksi pun – kerana setiap inci wajah mereka berbonggol biru merah dengan l3bam.

Pergelangan kedua-dua tangan Burke sudah p4t4h, sampai Bowen terpaksa tanya, “kenapa kau tak lawan balik?” Tetapi keazaman Burke yang enggan mengaku kalah menyebabkan perlawanan diteruskan.

Dua pusingan kemudian, tiada siapa yang menang. Dan Duffy membatalkan perlawanan tepat pada jam 3:45 pagi. Bowen dan Burke kehilangan 4.5 kilogram kerana perlawanan tersebut. Enam minggu Burke terbaring.

Perlawanan Yang Mengubahkan Karier

Tujuh jam 19 minit ialah satu tempoh yang sangat lama. Andy Bowen dan Jack Burke tidak bersara selepas pulih.

Pada 16 Disember 1894, Bowen masuk gelanggang Auditorium Club untuk bertarung dengan George Lavigne dari Saginaw, Michigan. Dalam pusingan ke-18, Lavigne memberikan tvmbukan Knockout yang menyebabkan Bowen terjatuh. Kepala Bowen terhentak pada permukaan kayu gelanggang.

Keesokannya, Bowen diisytiharkan meningg4l dunia. Lavigne pula dib3rkas tetapi dibebaskan kerana tiada niat membvnvh.Burke meningg4l dunia pada 15 Februari 1942 akibat kem4langan jalan raya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.