600 Spesis Tumbuhan Pupus Sejak Tahun 1750-an Sehingga Kini

304

Manusia telah menyebabkan purata lebih daripada dua spesis tumubuhan pupus dalam masa setahun sejak kurun ke-18. Menurut Red List of Threatened Species, kurang daripada 150 spesis tumbuhan yang telah pupus. Tetapi itu hanya mencakupi sebahagian kecil spesis tumbuhan.

Maklumat dari Kew Gardens yang dikumpulkan oleh sekumpulan penyelidik dari Britain dan Sweden mendapati jumlah sebenar adalah empat kali ganda lebih banyak – 571 spesis tumbuhan telah pupus antara tahun 1753 hingga 2018. Kadar kepupusan ini 500 kali lebih cepat berbanding kadar kepupusannya sebelum aktiviti manusia memberikan impak kepada ekosistem.

Walau bagaimanapun, Aelys Humphreys menyatakan 571 adalah jumlah yang sedikit berbanding realiti kerana banyak lagi kawasan biodiversiti yang masih kurang kajiannya dan terdapat spesis yang sangat kurang jumlahnya sehingga dianggap ‘functionally extinct’.

Jumlah tumbuhan yang pupus lebih besar berbanding kepupusan burung, mamalia dan amfibia. Geografi kepupusan tumbuhan dan haiwan hampir serupa. Spesis di pulau lebih mudah terdedah dengan kepupusan berbanding dengan spesis di kawasan tropika dan iklim Mediterranean kerana mereka mempunyai kekayaan kepelbagaian hidup. Hawaii sahaja telah mengalami 79 kepupusan spesis tumbuhan. Brazil, Australia dan Madgascar telah menjadi tumpuan kepupusan.

RUJUKAN:

  1. Humphreys, A. M., et al. (2019). “Global dataset shows geography and life form predict modern plant extinction and rediscovery.” Nature Ecology & Evolution.
  2. https://www.newscientist.com/article/2205949-humans-have-driven-nearly-600-plant-species-to-extinction-since-1750s/
  3. Magazine Issue 3234 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.