Bitcoin adalah sebuah mata wang digital yang digagaskan pada Januari 2009 berikutan kejatuhan housing market.

Transaksi bitcoin dilakukan tanpa orang tengah yang bermaksud tidak menggunakan perkhidmatan bank.

Malahan bitcoin juga boleh digunakan untuk menempah bilik hotel di Expedian dan membeli permainan video XBOX. Berikut merupakan perkara-perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai bitcoin.

1. Siapa Pencipta Bitcoin

Tiada sesiapa yang mengetahui individu disebalik nama samaran Satoshi Nakamoto yang telah membangunkan bitcoin pada 2009. Nakamoto dilaporkan menghilang daripada internet pada 2011 dan hanya tinggal beberapa petunjuk untuk menjejaki beliau.

Selama bertahun-tahun terdapat beberapa individu yang didakwa sebagai orang disebalik nama samaran Satoshi Nakamoto. Namun kesemuanya meleset dan sehingga ke hari ini individu tersebut kekal misteri sehingga sulit untuk ditemukan.

2. Berapa Jumlah Bitcoin Yang Wujud

Tahukah anda semasa bitcoin dicipta, pencipta cryptocurrency hanya mampu menjana sekitar 21 juta sahaja. Namun begitu pada hari ini, lebih 16 juta bitcoin sedang berlegar di alam maya dan ianya makin bertambah dari semasa ke semasa.

3. FBI Adalah Pemilik Bitcoin Terbesar

Beberapa tahun yang lalu, FBI telah bertindak menutup sebuah laman web pasaran gelap yang sering menggunakan bitcoin untuk sebarang pembelian.

Implikasinya, FBI menerima kesemua bitcoin yang berlegar-legar di laman tersebut iaitu sekitar 1.5 peratus daripada jumlah bitcoin seluruh dunia.

1.5 peratus adalah sebuah angka yang cukup besar untuk dimiliki oleh sebuah badan apatah lagi nilai bitcoin yang semakin meningkat.

4. Boleh Hilang Bitcoin

Anda pasti akan menyimpan bitcoin di dalam dompet digital dan anda boleh log masuk serta log keluar sesuka hati anda. Namun, anda perlu berhati-hati dalam menetapkan kata laluan dan kata kunci untuk mengakses dompet digital.

Jika anda kehilangannya, anda tidak akan mampu lagi mengakses ke dompet digital, lantas menyebabkan anda gagal untuk memeriksa baki yang tinggal.

Terdapat lebih kurang 20 peratus dari keseluruhan jumlah bitcoin telah hilang kerana kata laluan yang salah, dicuri ataupun komputer riba telah dibuang.

5. Bitcoin Tidak Boleh Diharamkan

Tiada undang-undang di dunia yang menyatakan bahawasanya transaksi bitcoin adalah haram. Begitu banyak negara yang cuba mengharamkannya tetapi hanya menemui kegagalan.

Bolivia, Vietnam, Bangladesh dan Thailand antara negara yang berusaha mengharamkan perniagaan cryptocurrency dengan alasan akan memberikan ancaman kepada sistem kewangan mereka.

Walau bagaimanapun, bitcoin begitu mustahil untuk diharam tetapi ianya masih lagi boleh dikawal penggunaannya.

6. Bitcoin Lebih Berkuasa Daripada Komputer Super

Menurut beberapa orang pakar, rangkaian bitcoin memiliki kekuatan pengkomputeran lebih daripada 2,046,364 Pflop/s.

Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, kekuatan perkomputeran 500 komputer super hanyalah sekitar 274 Pflop/s. Ianya membawa makna bitcoin begitu berkuasa berbanding 500 komputer super.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.