Sebelum kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia ke tangan Ratu Isabella dari kerajaan Castille, Andalusia pernah diperintah oleh pelbagai kuasa pemerintah Muslim bermula dari kekuasaan Bani Umayyah sehingga akhir kekuasaan Bani Akhmar. Kali ini, akan diceritakan serba ringkas tentang perjalanan kuasa Islam yang pernah bertapak di bumi Andalusia pada suatu masa dahulu.

1) Fasa Pertama : 711 M sehingga 755 M.

• Pembukaan Andalusia bermula di bawah pimpinan pasukan Tariq bin Ziyad setelah mengalahkan pasukan kerajaan Visigoth pimpinan raja terakhir mereka, Raja Roderick pada tanggal 19 Julai 711 M di dalam Perang Guadalete.

• Setelah menawan beberapa kota utama di Andalusia seperti kota Granada, Cordova & Toledo, Tariq bin Ziyad menjadi gabenor de’facto sebelum kedatangan Musa bin Nushair pada tahun 712 M.

• Kekuasaan Musa bin Nushair sebagai gabenor di Andalusia tidak bertahan lama apabila pada tahun 714 M, Khalifah Bani Umayyah, al-Walid I memanggil Tariq bin Ziyad & Musa bin Nushair pulang ke kota Damsyik setelah mereka berdua menghadapi beberapa pertikaian di Andalusia.

• Pada waktu ini, bermulanya pergolakan politik dalaman pemerintahan Bani Umayyah dengan berlakunya pertikaian kekuasaan wilayah dengan gabenor di Afrika Utara, perebutan takhta khalifah di antara keluarga Bani Umayyah dan Bani Hakam, dan serangan pemberontak Bani Abbasiyah pimpinan Abu al-Abbas Abdullah as-Saffah di kota Kufah.

• Seluruh keluarga Bani Umayyah dibunuh habis oleh pasukan Bani Abbasiyah & salah seorang amir Bani Umayyah, Abdul Rahman I berjaya melarikan diri dan terselamat dari episod pembantaian berdarah ini.

• Gabenor wilayah Andalusia pada waktu kejatuhan Bani Umayyah di kota Damsyik, iaitu Yusuf al-Fihri menyatakan keluar dari kekuasaan Dinasti Bani Umayyah pada tahun 746 M.

2) Fasa Kedua : 755 M sehingga 912 M.

• Abdul Rahman I tiba di Andalusia pada tahun 756 M setelah menjadi pelarian selama 6 tahun di Mesir & Libya.

• Mengangkat diri sebagai khalifah pertama Dinasti Umayyah fasa kedua yang berpusat di kota Cordova setelah menyingkirkan Yusuf al-Fihri.

• Abdul Rahman I membangun kembali peradaban Dinasti Bani Umayyah di Andalusia dengan pelbagai kemudahan infrastruktur.

• Abdul Rahman I meninggal dunia dan posisinya diambil alih oleh anaknya, Hisham I.

• Hisham I menghadapi pemberontakan yang dipimpin oleh dua orang saudaranya, Abdullah & Suleiman pada awal tahun pemerintahannya 788 M.

• Jeneral perang terkenal, Abdul al-Malik bin Abdul al-Wahid bin Mughirah berjaya mengalahkan jeneral pasukan Kristian Frank, Louis the Pious di dalam Perang Carcassone & hasil harta rampasan peperangan dalam kempen jihad memerangi tentera Frank, Hisham I dapat meluaskan tapak pembinaan Masjid Agung Cordova & membina beberapa masjid yang lain.

• Hisham I meninggal dunia setelah memerintah selama 8 tahun & posisinya diambil alih oleh anaknya, al-Hakam I.

Setelah kewafatannya, dua orang saudara Hisham I kembali ke Andalusia & mengambil alih wilayah lainnya, iaitu Abdullah mengambil wilayah Valencia & Suleiman mengambil wilayah Tangier.

• al-Hakam I meninggal dunia setelah 26 tahun memerintah dan digantikan oleh anaknya, Abdul Rahman III.

• Abdul Rahman III mula memerintah pada tahun 822 M.

3) Fasa Ketiga : 912 M – 1013 M.

• Pada waktu pemerintahannya, Dinasti Bani Umayyah mencapai zaman kegemilangan setaraf dengan kegemilangan kekuasaan Bani Abbasiyah di kota Baghdad.

• Berdirinya Perpustakaan Cordova yang memuatkan ratusan mahupun ribuan buku karya para ilmuwan Yunani dan Islam.

• Abdul Rahman III meninggal dunia setelah memerintah selama 30 tahun & posisinya diambil alih oleh anaknya, Muhammad I.

• Kegemilangan Dinasti Bani Umayyah di Andalusia berlangsung selama beberapa tahun sebelum ianya mulai rapuh & hancur pada masa pemerintah Hisham II.

Ini kerana, Hisham II menaiki takhta pada waktu berumur 11 tahun & kuasa pemerintahnnya dikawal oleh pembesar-pembesar di istana.

• Akhirnya, setelah beberapa khalifah memerintah, kuasa khalifah terakhir Dinasti Bani Umayyah di Andalusia berakhir di bawah pimpinan Hisham III.

4) Fasa Keempat : 1013 M sehingga 1086 M.

• Kejatuhan kekuasaan kekhalifan Bani Umayyah di Andalusia pada tahun 1013 M.

• Wilayah pemerintahan kekhalifan berpecah & terbahagi kepada menjadi 30 negara bahagian yang di mana setiap wilayah diperintah oleh para al-Malukuth Thawaif.

• Bermulanya peperangan di antara setiap wilayah di Andalusia & kerajaan Islam di sana mula berpecah belah sesama sendiri.

5) Fasa Kelima : 1086 M sehingga 1248 M.

• Berdirinya Dinasti Murabhittun & memerintah bermula dari tahun 1086 M sehingga 1143 M.

• Setelah Dinasti Murabitthun jatuh, maka Dinasti Muwahiddun mengambil alih kuasa di Andalusia dan memerintah dari tahun 1146 M sehingga 1235 M.

6) Fasa Keenam : 1248 M sehingga 1492 M.

• Bermulanya kekuasaan Bani Akhmar di kota Granada.

• Kekuasaan Islam di Andalusia mula bersatu padu & peradaban Islam kembali membangun.

Pada zaman pemerintahan ini, kekuasaan Islam di Andalusia kembali gemilang seperti zaman pemerintahan Abdul Rahman III.

• Istana al-Hambra dibangunkan.

• Dinasti Akhmar merupakan benteng pertahanan terakhir kerajaan Islam di Andalusia.

• Berlaku perang saudara, perebutan kuasa & pertikaian wilayah kekuasaan di antara pembesar Dinasti Bani Akhmar.

• Akhirnya pada tahun 1492 M, kekuataan pasukan gabungan kerajaan Aragon dan Castille pimpinan Ratu Isabell & Raja Ferdinand mengalahkan serta menghancurkan kekuasaan terakhir Islam di Andalusia.

• Ratu Isabella berkuasa penuh di Andalusia.

• Berakhirnya kekuasaan kerajaan Muslim & pengaruh Islam di Andalusia, Sepanyol.

Pada tahun 1609 M, dilaporkan bahawasanya kekuatan & pengaruh Islam telah lenyap sepenuhnya di bumi Andalusia. Diperkirakan tiada seorang pun Muslim yang hidup di sana, kerana sebahagian umat Islam di sana di-Kristian kan atau dibunuh oleh tentera Ratu Isabella.

Sumber Rujukan :

1) A History of Islamic Spain, W.Montgomery and Pierre Cachia, 2008.

2) Isabella of Castille, Nancy Rubin, 1991.

3) Sejarah Kebangkitan dan Kejatuhan Islam di Andalusia, Ahmad Thomson, 2004.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply