Terkejut sebenarnya bila baca berita beberapa hari lepas. Oranng UK ni punya dungu sampai boleh bakar Menara telekomunikasi 5G mereka, sebab terlalu percayakan teori konspirasi. Teori konspirasi yang tersebar itu mengatakan teknologi 5G memangkin penyebaran COVID-19.

Dengar sekali bunyinya macam mengarut. Dengar dua kali bunyinya macam boleh pakai. Sebab COVID-19 dari China. Teknologi 5G walaupun bukan dipelopori China, tapi yang mendahului sekarang dalam perlumbaan 5G ini adalah Huawei, yang datang dari China.

Perkaitan-perkaitan inilah yang menimbulkan rasa ragu-ragu dan paranoid yang memarakkan lagi penyebaran teori konspirasi ini. Tapi sebenarnya kalau anda faham asas teknologi 5G tu, senang sahaja nak tolak mentah-menatah teori konspirasi ni.

Oleh itu, hari ini, saya nak kongsikan pada anda, pembongkaran teori konspirasi 5G.

Apa itu 5G?

5G ni satu akronim ringkas yang bermaksud 5th Generation. Maksudnya, teknologi 5G ini adalah teknologi generasi ke-5 yang memungkinkan data dan maklumat dibawa menerusi gelombang radio. Ada banyak beza antara teknologi 5G ini dengan teknologi yang datang sebelumnya.

Secara asasnya, perbezaan yang jelas adalah jumlah data yang boleh dibawa melalui gelombang radio. Lebih canggih teknologi itu (lebih maju generasinya) lebih banyak data yang boleh dibawa. Senang nak faham, lebih tinggi “G” tu lebih banyak kbps, mbps ataupun mungkin juga gbps yang boleh dipindahkan.

Macam mana 5G boleh mencapai tahap sebegitu? Ini kerana 5G beroperasi pada julat frekuensi yang lebih tinggi. Kalu 4G beroperasi pada julat frekuensi 2-8 GHz, 5G pula beroperasi pada frekuensi 30 GHz.

Asas Gelombang

Tapi apa maksudnya nombor-nombor tu semua? Ha, ni yang saya nak terangkan. Frekuensi ni semua berkait dengan gelombang. Dan nak senang faham karakteristik gelombang ni, kita kena bandingkan dengan gelombang bunyi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Tengok pada gambar kat atas ni. Gambar ini menceritakan tentang asas gelombang Lebih tinggi frekuensi lebih banyak tenaga yang terhasil. Lebih banyak tenaga yang ada, lebih banyak data yang boleh dibawa.

Tapi anda juga perlu ingat. Lebih tinggi frekuensi gelombang, lebih pendek gelombang yang terhasil itu. Senang kan nak faham?

Jadi cuba kita bandingkan dengan dunia sebenar. Cuba bayangkan anda sedang menonton perarakan hari merdeka. Dan dari jauh anda mendengar bunyi pancaragam.

Cuba ingat, bunyi apa yang anda akan dengar terlebih dahulu? Anda akan dengar bunyi drum bass dulu, pastu mungkin dengar bunyi tuba. Bila dah makin hampir baru dengar bunyi trumpet semua.

Samalah bila anda kena menghadap jiran yang buat orang kahwin. Dari jauh mesti dengar bunyi bass yang kuat, bila dah dekat barulah dengar bunyi orang nyanyi karaoke.

Kenapa? Sebab bunyi bass ni, mempunyai frekuensi yang rendah, jadi gelombang dia lebih panjang, dan dia boleh pergi lebih jauh. Bunyi trumpet ni terhasil pada frekuensi tinggi, jadi gelombang dia lebih pendek, jadi tak boleh nak pergi jauh.

Kesimpulan

Macam mana kita nak terjemahkan benda ni pada 5G? Kita tahu 5G beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi. Oleh kerana itu, sudah tentulah gelombangnya lebih pendek. Dan bila gelombangnya lebih pendek, dah tentulah dia tak boleh pergi jauh.

Antara sebab juga kenapa julat jarak menara 5G ni perlu diletak dekat antara satu sama lain. Julat jarak operasi 5G ni sangat teruk sampai pergi beberapa meter jauh je, keberkesanan dia jatuh merudum. Dari 1.2 Gbps terus jatuh pergi 11-12 Mbps (kembali kepada 4G).

Jadi bayangkanlah, macam mana teknologi 5G ni nak memangkinkan penyebaran coronavirus. Melainkan kalau ramai-ramai orang yang kena koronavirus tu duduk bertapa bawah menara 5G.

Selain itu, bila anda rujuk balik pada Gambar 1 tadi, anda akan nampak, yang walaupun gelombang radio ini berada pada julat 28-30 Ghz, ia masih lagi pada julat lebih rendah, malah rendah berbanding julat gelombang cahaya.

Jadi sudah tentulah jumlah tenaga yang dibawanya pasti jauh lebih rendah berbanding cahaya matahari yang hari-hari menyinari tubuh badan kita. Jadi sudah tentulah ia tak boleh memberi kesan kepada virus apatah lagi membahayakan tubuh badan kita.

Kesimpulannya, teori konspirasi 5G pemangkin COVID-19 ini mengarut dan sememangnya BUSTED!

RUJUKAN:

Chee, F. Y. (2018, March 3). EU countries, lawmakers strike deal to open up spectrum for 5G. Retrieved from Reuters: https://www.reuters.com/article/us-eu-telecoms-spectrum/eu-countries-lawmakers-strike-deal-to-open-up-spectrum-for-5g-idUSKCN1GE2IB

Shanapinda, S. (2020, April 8). No, 5G Radiation Doesn’t Spread The Coronavirus. Here’s How We Know. Retrieved from Science Alert: https://www.sciencealert.com/5g-radiation-has-nothing-to-do-with-the-spread-of-coronavirus

Wired. (2012, November 14). Why Is the Bass So Overwhelming in Live Concerts? Retrieved from Wired: https://www.wired.com/2012/11/bass-live-concerts/

Woodford, C. (2019, February 20). Explain that Stuff-Sound. Retrieved from Explain That Stuff: https://www.explainthatstuff.com/sound.html

Share.

Seorang jurutera muda yang meminati teknologi, sejarah dan paling utama sekali, permainan video. Motto hidupnya adalah: "Kalau tak perlu buat,jangan harap aku nak layan. Kalau perlu,sepantas kilat aku kerjakan." Beliau berhasrat mengumpul ilmu sebanyak mungkin dan menyebarkannya demi kemajuan bangsa,agama dan tanah air.

Comments are closed.