Empayar Parsi terdiri daripada beberapa dinasti dan dinasti pertama empayar Parsi ialah dinasti Achaemenid. Secara ringkasnya, Empayar Parsi Achaemenid diasaskan oleh Cyrus Agung sekitar 550 SM dan agama Majusi menjadi asas pembentukan empayar.

Toleransi terhadap pelbagai kebudayaan dan agama, membina kekuatan empayar Parsi yang tersendiri. Sebanyak 3 benua dan 25 buah negara berada di bawah pemerintahan dinasti Achaemenid.

Dari sudut pentadbiran, golongan hawa juga diberikan kedudukan yang istimewa. Tambahan, mereka juga diberikan banyak keistimewaan seperti para permaisuri Parsi memiliki angkatan tentera peribadi yang besar dan ladang persendirian yang luas.

Perkara ini memecah stigma dan tanggapan bahawa hal ehwal pemerintahan tamadun purba dunia hanyalah milik kaum adam sahaja. Berikut merupakan 5 wanita hebat dalam pensejarahan dinasti Achaemenid Parsi.

Pantea Arteshbod

Pantea merupakan antara komander teragung Parsi sepanjang pemerintahan Cyrus. Beliau merupakan isteri kepada Jeneral Aryasb. Beliau juga berperanan penting dalam menjaga perundangan dan pemerintahan di Babylonia setelah Cyrus Agung berjaya menakluk Empayar Neo-Babylonia pada 547 SM.

Pasangan suami isteri ini merupakan komander bagi angkatan elit Parsi yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengawal Diraja dan askar tetap semasa perluasan Empayar Parsi. Menurut penceritaan legenda Parsi, Pantea merupakan wanita tercantik di Asia pada masanya dan sentiasa memakai Topeng Tempur semasa p.era.ng untuk melindungi wajahnya, di samping mengelakkan diri dari dicintai musuh mahupun komradnya sendiri.

Atusa Shahbanu

Atusa & Darius I

Atusa (550-475 SM) merupakan isteri kepada Darius Agung dan bonda kepada Xerxes Agung. Menurut para sejarawan Yunani purba, Atusa memiliki segala kekuasaan. Atusa memiliki autoriti yang besar di dalam istana diraja Achaemenid dan sebagai pengarah bagi pelbagai hal-ehwal istana.

Selain itu, Atusa juga mempunyai kuasa terhadap siapakah yang layak untuk dihantar ke sesebuah misi ketenteraan. Mengenai perkahwinannya dengan Darius I, Maharaja Parsi itu telah disarankan agar berkahwin dengan Atusa kerana kekuasaan dan pengaruh yang dimiliki.

Tambahan, Atusa juga merupakan keturunan dari Cyrus Agung. Menurut legenda, Atusa memiliki intuisi dan pancaindera keenam yang hebat, sehingga membuatkan raja menuruti segala kehendaknya.

Irdabama

Irdabama

Irdabama merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya semasa pemerintahan Maharaja Xerxes Agung (518-465 SM). Beliau merupakan seorang tuan tanah dan mempunyai tenaga kerja yang besar. Beliau juga menjalankan perniagaan wain dan bijirinnya sendiri.

Terdapat tablet di Persepolis yang menyatakan mengenai kekayaan, bengkel-bengkel dan ratusan pekerja beliau. Beliau mempunyai cap mohor yang tersendiri dan ini bermakna beliau merupakan individu yang sangat berkuasa dan berprestij. Irdabama sekaligus telah membuktikan bahawa kekayaan bukanlah milik hakiki bagi golongan wanita kerabat diraja sahaja pada zaman tersebut.

Artemisia

Artemisia

Artemisia merupakan pemerintah Halicarnassius (negara-kota Yunani dan koloni Empayar Parsi) semasa Parsi di bawah kekuasaan Xerxes. Beliau merupakan Laksamana Agung dan pemimpin Tentera Laut Parsi. Beliau berjaya memenangi banyak pertempuran semasa Era Dinasti Achaemenid.

Semasa Xerxes memerangi Yunani pada 580 SM, Artemisia telah memimpin kapal-kapal p.era.ng dan membantu Xerxes mengalahkan Yunani di fasa awal pertempuran laut di Salamis. Yunani telah menawarkan 10 000 drachma kepada sesiapa sahaja yang berjaya membawa pulang kepala Artemisia, namun tiada siapa yang berjaya melaksanakannya.

Laksamana Artemisia telah dijadikan sebagai legenda hidup dan suri teladan kepada para wanita empayar Parsi.

Sisygambis

Sisygambis atau Sissy

Sisygambis merupakan bonda kepada Darius III, yang mana pemerintahannya tamat semasa pe.ran.g dengan Alexander Agung. Baginda merupakan seorang wanita Achaemenid yang luar biasa.

Semasa Pertempuran Issus (333 SM), para tentera Darius III dalam keadaan kucar-kacir dan pada masa yang sama juga, raja Parsi itu pula telah melarikan diri dari medan pe.ra.ng, meninggalkan ahli keluarganya sendiri termasuklah bonda, isteri, Stateira I, anak-anak dan lain-lain lagi kepada belas ehsan Alexander.

Apabila tentera berkuda Parsi Saka (Scythia) berjaya membolosi angkatan tentera Alexander, Sissy enggan meraikan kejayaan awal Parsi tersebut memandangkan baginda tidak dapat memaafkan anaknya, Darius III yang telah lari meninggalkan ahli keluarga. Akhirnya, Sissy telah ditawan oleh Alexander. Walaupun begitu, baginda amat menyenangi Alexander. Setelah itu, Alexander telah menjadikan Sisygambis sebagai mak angkat kedua beliau.

RUJUKAN:

1. History.com Editors. (2019). Persian Empire. HISTORY.

2.Historical Persian Queens, Empresses, Warriors, Generals of Persia. (2020). Persepolis.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.