Apabila menyebut tentang syarikat-syarikat yang kaya dalam sejarah pasti nama seperti Ali Baba, Microsoft dan Facebook akan menjadi pilihan.

Namun begitu tahukah anda bahawasnya terdapat beberapa syarikat yang lebih kaya daripada tiga nama tersebut. Malahan ada beberapa syarikat tersebut terus bertahan sehingga ke hari ini kerana inovasi dan iltizam mereka dalam mengeluarkan produk.

Jadi, apakah syarikat-syarikat tersebut? Berikut merupakan 5 syarikat terkaya dalam sejarah dunia.

1. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)

Syarikat Hindia Timur Belanda atau lebih dikenali sebagai Vereenigde Oostindische Compagnie (VOC) bernilai sekitar $7.8 trillion pada hari ini.

VOC telah ditubuhkan pada tahun 1602 dan berjaya menjadi sebuah syarikat yang mendominasi dunia 400 tahun sebelum syarikat lain melakukannya.

VOC bermula sebagai sebuah syarikat perkapalan dan terus berkembang dengan memonopoli segala aspek perdagangan rempah di Belanda.

Kejayaan ini datang dengan banyak kompas moral telah dilanggar dimana VOC banya mengeksploitasikan pekerja dan mengaut banyak keuntungan daripada perdagangan hamba.

Hal ini boleh dilihat ketika VOC mentadbir Pulau Jawa apabila ramai pekerja tidak diberikan gaji setimpal dengan apa yang mereka buat.

Tindakan kejam Belanda telah menyebabkan ramai penduduk Pulau Jawa keluar menuju ke Tanah Melayu bagi mencari angin baru.

VOC juga merupakan satu-satunya syarikat yang miliki armada lautnya sendiri dan tanah jajahan bahkan bisa berperang dengan beberapa kerajaan di rantau Kepulauan Melayu.

Ianya merupakan prestasi yang mengkagumkan buat syarikat persendirian yang mungkin tidak mampu dicapai lagi pada hari ini.

2. The Mississippi Company

Syarikat ini bermula apabila seorang ahli ekonomi Scotland iaitu John Law telah meyakinkan Raja Perancis untuk membangunkan Banque Générale Privée bagi membiayai perdagangan The Mississippi Company di Amerika.

Dalam masa dua tahun sahaja, syarikat itu telah membeli beberapa syarikat perkapalan yang lain bagi memonopoli laluan perdagangan dunia.

Bagi membiayai rancangan ini, Mississippi Company telah diletakkan dibawah kawalan Banque Générale sebelum bertukar menjadi Banque Royale.

Sejak itu, Law terus menghantar tahanan untuk bekerja dengan Mississippi Company sebagai pelaburan yang menjanjikan pulangan besar.

Walau bagaimanapun, kaedah itu hanya bertahan 4 tahun sahaja sebelum ianya merosot dan Low melarikan diri ke London serta Venice.

Akibatnya syarikat itu terus jatuh dan tidak mampu lagi bangun sehingga ke hari ini. Hari ini, The Mississippi Company bernilai sekitar $6.8 trillion dengan kiraan moden.

3. Saudi Aramco

Saudi Aramco merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia. Nilai bagi Saudi Aramco pada hari ini adalah sekitar $4.1 trillion lantas menerbit ramai jutawan baru di Timur Tengah. Jadi bagaimanakah syarikat ini boleh bermula?

Ketika minyak ditemukan di Bahrain pada 1932, kerajaan Arab Saudi telah menerima lamaran daripada California-Arabian Standard Oil Company untuk menjalankan operasi pencarian minyak di negara itu.

Tidak lama kemudian, syarikat Texas OilCo telah membeli 50 peratus kepentingan di California-Arabian.

Setelah lima tahun melakukan cari gali, minyak masih tidak lagi ditemui dan syarikat telah mengeluarkan lebih banyak duit untuk melipatgandakan lagi usaha.

Akhirnya, minyak telah ditemukan di wilayah Dhahran pada 1938 dan pengeluarannya meningkat dengan begitu mendadak.

Syarikat itu menukar nama kepada Arabian American Oil Co (Aramco) pada 1944 dan terpaksa berkongsi separuh keuntungan dengan Arab Saudi.

Arab Saudi juga telah mengeluarkan sejumlah wang bagi memiliknegarakan Aramco. Pada tahun 1980, Aramco telah dikuasai sepenuh oleh kerajaan Arab Saudi.

Walau bagaimanapun, Aramco agak tergugat dengan situasi yang melanda dunia pada hari ini. Ketika awal tahun lalu telah berlaku perang minyak di antara negara-negara APEC dan Rusia lantas menyebabkan harga minyak turun mendadak.

Belum pun sempat minyak untuk pulih setelah perang minyak ditamatkan, koronavirus telah melanda dunia. Hal ini bikin harga minyak sekali lagi jatuh berikutan kekurangan penggunaan minyak kerana ketiadaan pergerakan kenderaan akibat perintah berkurung.

Mungkin Aramco sudah boleh berkira-kira untuk menceburi bidang lain seperti teknologi dan telekomunikasi.

4. Apple

Apple telah digagaskan pada tahun 1979 oleh dua orang sahabat iaitu Steve Jobs dan Steve Wozniak. Mereka berjaya menempa kejayaan pertama apabila menceburkan diri dalam penghasilan komputer riba iaitu Apple I dan Macintosh.

Menjelang tahun 1990, Apple telah cuba menghasilkan pelbagai barangan elektronik seperti pemain CD dan kamera digital.

Apple juga hampir muflis pada tahun 1993 apabila inovasi dalam penghasilan Apple Newton menemui kegagalan.

Hal tersebut telah membuatkan Steve Jobs mula meletakan fokus Apple kepada kemampuan mereka iaitu komputer riba. Akhirnya Apple telah mencipta IMac untuk komputer biasa dan Macbook untuk komputer peribadi.

Selepas itu, Apple telah mengeluarkan produk yang mengejutkan dunia itu iPod yang dapat menyimpan begitu banyak lagu dalam satu peranti.

Pengenalan iPhone seterusnya oleh Steve Jobs telah mengubah dunia pada ketika itu sehingga mengejutkan beberapa kuasa besar dalam pasaran telefon bimbit dan telefon pintar.

IPhone adalah satu peranti yang cukup maju dan bernilai pada ketika dikeluarkan dahulu dan sehingga ke hari ini, ianya masih lagi mampu bertahan walaupun diapit oleh syarikat-syarikat dari China

5. Standard Oil

Standard Oil merupakan syarikat yang digagaskan oleh John D. Rockefeller pada tahun 1870 di Ohio Amerika Syarikat. Jika diambil kira inflasi pada hari ini, Standard Oil bernilai lebih kurang $1 trillion.

Pada awal abad ke 20, Rockefeller menguasai 90 peratus pasaran minyak di Amerika Syarikat. Ketika itu minyak digunakan sebagai bahan utama untuk lampu dan menjadi bahan bakar setelah terciptanya kereta.

Rockefeller terus mendominasi kedua-dua industri itu sehinggalah Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk membubarkan Standard Oil kerana berlaku monopoli haram.

Akibatnya, Standard Oil telah berpecah kepada 34 syarikat berbeza seperti Exxon dan Mobil.

Kedua-dua syarikat ini mengambil keputusan untuk bergabung lantas menzahrikan Exxon-Mobil yang telah mengambil alih tempat Standard Oil sebagai salah satu pemain terbesar dalam industri minyak.

Pada tahun 2007, Exxon-Mobil bernilai sekitar $572 billion.

RUJUKAN:

Dymoke, N. (2018, Oktober 17). 5 Of The Richest Companies In History. Big Think.

Artikel turut boleh dibaca di portal ekonomi-kewangan kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.