5 Pokok Legenda Yang Memakan Manusia

3,365

Semua jenis tumbuhan boleh menghasilkan makanan sendiri menerusi proses fotosintesis. Tetapi bagi sesetengah tumbuhan yang hidup di kawasan lembap seperti paya, ia tidak berupaya mengakses nutrien bawah tanah seperti tumbuhan-tumbuhan lain. Bagi menangani isu kekurangan nutrien ini, tumbuhan sebegini perlu mencari sumber lain sekaligus berevolusi sebagai tumbuhan pemangsa.

Bunga M4y4t

Berdasarkan rekod, tiada tumbuhan pemangsa yang menjadi 4nc4man kepada manusia. Tetapi ramai merasakan Amorphophallus Titanum atau Bunga M4y4t sebagai penyumbang kepada khabar angin sebegitu rupa. Bunga ini merupakan yang terbesar dalam dunia botani dan paling busuk dalam dunia berkenaan.

Sesiapa saja yang melihatnya berkembang dengan ukuran 9 kaki panjang pasti menyangka ia boleh menelan seorang individu, lagi-lagi dengan gabungan bau busuk dan lendir. Hakikatnya, inilah umpan yang digunakan untuk mengumpan serangga sebelum ia dilitupi oleh serangga. Bunga M4y4t berupaya tumbuh empat inci dalam sehari.

Pokok Madagascar

Pada tahun 1878, seorang peneroka bernama Carl Liche menceritakan perihal sebuah puak Madagascar bernama Mkodo terlibat dalam upacara ritual yang aneh dan menggerunkan. Mereka memilih seorang remaja wanita sebagai korban dan memaksanya memanjat pokok sambil dicucuk oleh l3mb1ng-l3mb1ng mereka.

Dalam catatan yang sama, Liche menggambarkan pokok yang dikenali sebagai Pokok Madagascar itu menyerupai pokok nenas dengan bahagian atasnya dipenuhi oleh sulur paut yang berbulu. Satu set tentakel mengelilingi satu bekas mengandungi bendalir dengan remaja tersebut dipaksa minum dari bekas berkenaan.

Sebaik saja wanita itu minum, tumbuhan tersebut segera melilit dan menj3rvtnya bak sang ular sawa yang kelaparan sebelum menelannya. Tetapi selepas satu siasatan dijalankan, tiada sebarang tumbuhan yang dikatakan wujud di Madagascar. Pasukan pengkaji juga gagal menjejak puak Mkodo sekaligus mereka menyimpulkan cerita yang dibawa Liche ialah satu penipuan semata-mata.

Nepenthes

Nepenthes atau periuk kera dianggap tumbuhan pemangsa terbesar yang pernah dijumpai dalam dunia botani. Spesimen periuk kera terbesar boleh dijumpai di hutan-hutan tropika Asia Tenggara dan sesetengah daripadanya boleh menampung air sehingga empat kuart.

Mangsa utama tumbuhan ini ialah katak kecil dan serangga tetapi kadang-kadang tikus juga menjadi pengisi selera tumbuhan berkenaan. Walaupun ia tidak mendatangkan 4nc4man kepada manusia, ia menjadi buruan manusia untuk dijadikan sebagai lemang periuk kera atau sebagai tali.

Pokok Menjalar Pontianak Nicaragua

Bagi penduduk Nicaragua terutama yang menetap di kawasan paya, mereka berusaha menjauhi tumbuhan yang dikenali sebagai Perangkap Syaitan. Secara kasarnya, ia kelihatan seperti sotong. Tetapi awas, sesiapa saja yang terperangkap dengan tumbuhan ini akan bergelut untuk keluar seperti dialami seorang pakar botani bernama Dunstan.

Pada satu ketika, Dunstan yang berada di Nicaragua selama dua tahun sedang sibuk mengumpul spesimen tumbuh-tumbuhan tiba-tiba mendengar jeritan anjingnya. Sebaik saja dia datang mencari anjingnya, alangkah terkejutnya Dunstan apabila anjingnya terperangkap dalam rangkaian akar atau fiber berwarna hitam dan mengeluarkan getah berbau busuk.

Cubaannya memotong akar-akar tersebut dengan pisau bukan saja gagal tetapi ia melawan balik. Selepas bergelut beberapa ketika, kedua-duanya berjaya melepaskan diri dengan mengalami kec3d3raan ringan. Tidak banyak yang diketahui tentang tumbuhan ini tetapi peristiwa sebegini menyebabkan orang tempatan gerun dan berusaha menjauhkan diri daripada tumbuhan ini.

Pokok Yate Veo

Lukisan penduduk tempatan dibelit oleh tumbuhan ini.

Wujud satu khabar angin kewujudan tumbuhan pemangsa di Amerika Tengah yang mempunyai pacak yang tajam dengan tujuan men1k4m mangsanya. Sesiapa saja boleh menjadi mangsa tak kira haiwan atau manusia dan pacak ini disembunyikan sehinggalah ia dicetuskan oleh tekanan.

Sesiapa yang terperangkap dengan pacak ini takkan berpeluang melepaskan diri. Pokok ini akan menghisap d4r4h mangsanya sehingga kering sebelum kembali bersedia memerangkap mangsa seterusnya.

Bunga Kem4tian

Pada akhir abad ke-16, Kapten Arkwright berjaya menemui sebuah pulau di Pasifik Selatan yang dipanggil El Banoor. Dalam catatan pelayarannya, beliau merekodkan sebuah tumbuhan pemangsa yang mempunyai bunga yang besar dengan kelopaknya berwarna cerah. Bunganya berupaya mengeluarkan toksin yang menyebabkan mangsanya terlelap di atas kelopak bunga tumbuhan berkenaan.

Apabila itu berlaku, ia akan terus menutup bunganya dan menelan mangsanya hidup-hidup. Memandangkan bunga ini terletak di pulau yang hilang, maka catatan Kapten Arkwright ini harus dianggap sebagai satu fakta memandangkan beliau pernah menyaksikan kejadian sebegitu rupa. Ini juga merupakan satu-satunya catatan tentang bunga pemangsa di rantau Pasifik.

RUJUKAN:

Hewitt, Les. (2016). Carnivorous Plants: Legends of Man-Eating Flora. Historic Mysteries. https://www.historicmysteries.com/carnivorous-plants/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.