‘Merentas Rubicon’ ataupun ‘crossing the Rubicon’ merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh seseorang di mana kita takkan dapat menterbalikkan hasil keputusan tersebut. Dalam kata lain, ia adalah tindakan yang meninggalkan kesan yang sangat besar dan berupaya untuk mengubah takdir sesuatu peristiwa untuk selama-lamanya.

Disebabkan itulah, kebanyakan peristiwa peristiwa yang memberi impak maha dahsyat adalah disebabkan oleh keputusan pemerintah, komander tentera mahupun ilmuwan yang memilih untuk merentas Rubicon. Disebabkan itulah, keputusan keputusan mereka ini bertindak sebagai titik singulariti sejarah dan popular dalam kalangan penulis fiksyen sejarah alternatif.

Untuk itu, penulis mahu menyenaraikan 5 peristiwa merentas Rubicon yang telah mengubah sejarah global berdasarkan pendapat penulis.

JULIUS CAESAR MERENTAS SUNGAI RUBICON

Alang alang penulis telah menyebut tentang rentasa Rubicon, tak sah la kalau kita masukkan pencetus asalnya, Julius Caesar. Disebabkan pengaruh Caesar yang dahsyat lagi lagi selepas kemenangannya terhadap Gaul dan posisinya dalam dunia politik, pihak Senat menyuruhnya supaya membubarkan tenteranya dan kembali ke Rom. Dalam kata lain, perletakan jawatan. Caesar akur dengan arahan pihak Senat dan kembali ke Rom, dengan membawa satu legion merentas Rubicon.

Perkara ini sekaligus membawa pengisytirahan p3rang oleh Caesar terhadap pihak Senat. Setelah kemenangan Julius dan Octavian (Augustus) Caesar dalam siri p3rang saudara, Rom berubah daripada kerajaan republik menjadi empayar bermaharaja, sekaligus mencorakkan dunia Eropah untuk lebih ribuan tahun lamanya.

PENCIPTAAN RODA

Sebagai pemula, tahukah anda bahawa roda asalnya tak dicipta untuk membawa kenderaan? Pada asalnya, ia dicipta untuk membantu pembuat tembikar dalam mencipta peralatan tanah liat. Tak lama selepas itu, orang zaman purba mula menyedari roda mampu digunakan untuk mencipta kenderaan selepas domestifikasi kuda.

Hal ini membolehkan para pedagang mengangkut produk mereka jauh ke tamadun tamadun lain.  Selain daripada duit dan kekayaan, perdagangan juga membawa produk limpahan terpenting sekali terhadap tamadun tamadun yang berdagang. Teknologi.

Teknologi yang ada pada tamadun ini mampu dibawa ke tamadun lain. Ini juga membenarkan perdagangan jarak jauh, mewujudkan laluan seperti Laluan Sutera. Penciptaan roda ini kemudiannya menjadi inspirasi dalam penciptaan mod transportasi yang lebih bagus seperti keretapi.

Sekiranya Revolusi Industri Kosong itu wujud, penulis akan letakkan penciptaan roda sebagai peristiwa tersebut. Tanpa roda, teknologi susah untuk dicipta dan perdagangan laluan darat susah untuk berlaku.

Kuda yang menjadi ‘enjin’ kepada roda juga sama penting, kerana tapa kuda, macam mana nak gerakkan gerabak beroda. Disebabkan ketiadaan kuda inilah, tamadun Mesoamerika kekal tersangkut seperti zaman purba, sebab teknologi dan perdagangan susah nak diangkut antara laluan darat.

P3RANG MEXICO-AMERIKA

Ia hanyalah pep3rangan Mexico-Amerika Syarikat, jadi apa yang mengubah dunia sangat dengan hal ini? Sekurang-kurangnya, itulah apa yang penulis merasakan. Namun, setelah melihat kesan jangka panjang pep3rangan ini, barulah penulis percaya ia bukan sahaja penting, malah sebenarnya sangat penting hinggakan ia telah mengubah takdir Amerika Syarikat buat selama lamanya.

Pada zaman tersebut (1846 Masihi), kawasan Amerika Syarikat hanya merangkumi timur manakala sebahagian besar barat dikawal oleh Mexico. Setelah beberapa perseteruan oleh AS dan Mexico terhadap kawalan kawasan, pep3rangan pun tercetus di antara mereka dan berakhir dengan kemenangan Amerika Syarikat.

Apa kesan besar p3rang ini? Untuk itu, penulis ingin mengulang ayat yang terdapat pada cover buku Dunia Tanpa Tembok oleh Ayman Rashdan Wong. Geografi adalah takdir. California dan Texas yang diperolehi Amerika Syarikat sebagai hasil p3rang itulah geografi berkenaan selain sungai Missisipi.

Wilayah yang luas, hasil logam berharga yang melata ditambah lagi dengan kesuburan sungai Missisipi, mencetuskan peluang industri kepada AS seperti zaman Gold Rush. Andai kata Amerika Syarikat kalah dalam pep3rangan ini, barangkali mereka kekal menjadi negara serpihan di utara Amerika dan tak mempunyai hegemoni sebagai kuasa global.

REVOLUSI PERANCIS

Apa yang pada mulanya hanyalah pemberontakan rakyat Perancis terhadap raja mereka, akhirnya mengubah sejarah Eropah buat selama lamanya.

Sekitar zaman pra Revolusi Perancis, dunia Eropah masih lagi memegang erat feudalism dan monarki sebagai pegangan setempat. Penggulingan raja Perancis berserta pengisytirahan republik oleh pemberontak menyebabkan raja raja Eropah menjadi resah kerana takut digulingkan.

Kuasa gereja Katolik juga direntap kuat oleh pemberontak dek korupsi gereja. Ditambah lagi dengan perkara perkara lain, Revolusi Perancis tanpa sengaja telah melahirkan satu objek bernama ‘ideologi’. Nasionalisme, liberalisme dan komunisme, kesemua akar ideologi ini berpusatkan Revolusi Perancis.

Pada masa yang sama, Revolusi Perancis juga telah melahirkan antara sosok terpenting dalam sejarah. Napoleon Bonaparte. Ini sahaja dah cukup untuk mengubah geografi Eropah berkali kali.

KELAHIRAN NABI ISA DAN NABI MUHAMMAD

Kalau kelahiran Napoleon dikatakan telah mengubah takdir Eropah, maka kelahiran Nabi Isa dan Nabi Muhammad pula mengubah takdir dunia. Daripada mereka, agama Kristian dan Islam wujud dan terpasak kuat di dunia sebagai agama agama dengan penganut teramai sekali.

Kewujudan Kristianiti mengubah sejarah Rom Timur berserta Eropah, manakala kewujudan Islam telah menyatukan puak Arab yang asalnya gasar menjadi bertamadun dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia.

Pertembungan Islam-Kristian sejak abad ke-7 telah menyebabkan Invasi Arab, pengasasan Khalifah, keruntuhan Byzantin dan Konstantinopel, P3rang Salib, kolonialisme, penaklukan Timurid dan sekularisme. Ini baru sedikit, belum lagi kesan secara tak langsung.

KONKLUSI

Kalau ikutkan, sebenarnya banyak lagi perkara yang penulis mahu tulis sebagai ‘Peristiwa yang Mengubah Dunia’, namun penulis akan hentikan artikel ini setakat di sini sahaja kerana takut meleret. Seperti yang ditulis sebelum ini, peristiwa yang dianggap sebagai mengubah dunia ini hanyalah berdasarkan pendapat penulis.

Saya pasti, ramai di antara kalian yang mempunyai pandangan masing masing berkenaan hal ini. Namun, tak kisahlah pendapat apa pun, ia adalah menakjubkan apabila difikirkan kecil macam mana pun peristiwa tersebut, boleh menjadi besar dan penting pada sejarah dunia dan kekal diperbual oleh manusia untuk milenia lamanya.

RUJUKAN:        

Goddard, Hugh (1 January 2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh University Press. ISBN 9780748610099

Howard Zinn (1995) [1980]. A People’s History of the United States, 1492-Present (1st Perennial ed.). New York: Harper Perennial. p. 675. ISBN 0-06-092643-0.

Keppie, Lawrence (1998). “The approach of civil war”. The making of the Roman Army: from Republic to Empire. Norman, Oklahoma: University of Oklahoma Press. p. 102. ISBN 978-0-8061-3014-9

Wallerstein, I. (1989). The French Revolution as a world-historical event. Social Research, 33-52.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.