Persepsi bahawa umat Islam sentiasa bersifat anti-Semitisme sering dipatahkan sejarah. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW tidak akan berkahwin dengan seorang wanita Yahudi, jika benar bangsa ini dibenci sehingga kiamat.

Pokok pangkalnya, Islam berpegang kepada sistem “cause” dan “effect”, ibaratkan berani buat berani tanggung. Bani Qurayza tidak akan dihentam Nabi Muhammad SAW jika mereka berpegang kepada janji mereka.

Tetapi pelik sekali apabila golongan anti-Islam menyandarkan “kekejaman Nabi Muhammad SAW” tanpa mengungkit kembali pengkhianatan Bani Qurayza.

1. Raja Ahmad bin Yahya, Yaman

Bani Harith merupakan suku Arab-Yahudi yang dipelihara pemimpin Islam selama 1,300 tahun. Perlindungan ini bermula setelah Rasulullah SAW meriwayatkannya berdasarkan Piagam Madinah. Bani Harith merupakan keturunan puak Qahtani, mudah kata Arab tulen. Ketika kelahiran agama Islam, ahli-ahli Bani Harith dibenarkan kekal beragama Yahudi dengan syarat pembiayaan cukai jizyah.

Akibat kebangkitan Dinasti Saud, bani Harith dihalau daripada kawasan bersejarah mereka. Bermula pada 1934, iaitu semasa Perang Saudi-Yaman, dimanaNajran ditakluk Saudi dan Yahudi Najran diberikan sehari untuk “keluar atau terima Islam”. Maka Bani Harith berhijrah ke Yaman dan Israel.

Tetapi peperangan ini menunjukkan satu perkara yang luar biasa. Ketika penghijrahan mereka, Raja Saudi (Abdulaziz) menuntut pengembalian mereka… tetapi Raja Yaman – Ahmad Bin Yahya – menolak tuntutan ini dan terima Yahudi Najran sebagai warganegara Yaman, bukannya pelarian Saudi.

2. Raja Mohammad V, Morocco

Semasa Holocaust memuncak di Eropah, kerajaan Morocco yang dikuasai pentadbiran pro-Nazisme Perancis cuba mengimplementasikan undang-undang diskriminasi terhadap Yahudi, seperti quota pekerjaan dan pendidikan, dan pengasingan penempatan. Undang-undang ini juga akan membawa Yahudi ke bilik-bilik gas.

Raja Mohammad V tidak tunduk kepada undang-undang ini, memberitahu bahawa ia tidak relevan dengan cara hidup Morocco, yang berpegang bahawa Yahudi sepatutnya dilayan seperti biasa. Harta dan hidup orang-orang Yahudi kekal dibawah perlindungannya. Raja ini siap memanggil semua rabai-rabai ke dewan takhtanya untuk meraikan sebuah sambutan.

Bukan itu sahaja – atas kebencian terhadap Yahudi kerana penubuhan Israel, Raja Mohammad V menuntut agar jangan sakiti Yahudi Morocco.

3. Sultan Bayezid II, Uthmaniyah

Penaklukan Sepanyol menyaksikan pembuangan kaum Islam dan yahudi dari Sepanyol. Sultan Bayezid II membalas pembersihan etnik ini dengan cara menghantar Tentera Laut Uthmaniyah agar mangsa dapat diselamatkan dan ditempatkan dalam wilayah baginda, dan sultan ini juga menuntut seluruh subjek empayarnya menerima pelarian-pelarian Yahudi sebagai warganegara sah dan samarata.

Tindakan ini menghina perbuatan pemimpin Aragon-Castile, iaitu Aragon dan Isabella I: “Kalian memanggil Ferdinand pemimpin arif seketika baginda memiskinkan negaranya sendiri sambil mengkayakan negara beta!”

Sultan Bayezid II juga mengugut hukuman mati kepada sesiapa yang menganiayai pelarian-pelarian Yahudi.

4. Jeneral Tariq bin Ziyad, Berber

Satu lagi kisah berkenaan Penaklukan Sepanyol di Iberia. Pemimpin-pemimpin Kristian disaksikan menganiayai minoriti Yahudi di Visigoth. Pada 711, Jeneral Tariq bin Ziyad melancarkan serangan keatas Iberia dan menewaskan Raja Roderick. Dan serangan Tariq bin Ziyad dimudahkan setelah bangsa Yahudi membuka pagar Toledo, sekaligus menjatuhkan kota itu.

Jeneral Tariq bukan saja memberikan Yahudi perlindungan atas keberanian mereka. Beliau menyanjung bangsa Yahudi sebagai pelindung-pelindung empayar dan juga meletakkan Yahudi agar dapat mengawasi sistem pertahanan Toledo-Granada-Seville.

5. Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

Sifat hipokrasi akan menyisihkan jasa Nabi Muhammad SAW kepada kaum Yahudi tetapi menguar-uarkan sebarang kekasaran agar imej Rasul ini dapat dicalarkan. Tetapi kebenaran mustahil digugurkan.

“Yahudi yang mengikuti kami akan mendapat bantuan dan kesamarataan. Mereka tidak akan dianiayai, dan musuh mereka tidak akan dibantu.”

Kekeliruan terhadap Nabi Muhammad SAW berlaku hanya apabila pembaca sekadar memetik daripada sumber-sumber anti-Islam, seperti Answering Islam. Hakikatnya, Perang Ahzab tidak berlaku kerana kebencian, tetapi pengkhianatan.

Mana mungkin umat Islam akan menunjukkan belas kasihan kepada Yahudi, jika nabi mereka sendiri merupakan pembasmi Yahudi. Pernah satu hari Nabi Muhammad SAW bertemu isterinya, Safiyya binti Huyayy yang sedang menangis kerana dikutuk sebagai Yahudi.

Nabi Muhammad SAW memujuknya bahawa “jika wanita-wanita Arab mengutuknya lagi, beritahulah bahawa suamimu ialah Muhammad, ayahmu ialah Nabi Harun, dan bapa saudaramu ialah Nabi Musa. Apa yang mereka ada untuk menghinamu lagi?”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply