Seminggu dua ini politik negara kita masih hangat, terutama pergolakan politik dalam Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU. Di antara blok Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Tahukah anda, bilangan ahli BERSATU tersangatlah kecil berbanding parti-parti politik besar dunia. Jadi apakah lima parti politik terbesar dunia?

1.Bharatiya Janata Party (180 Juta Ahli)

Bharatiya Janata Party (BJP) atau Indian People’s Party merupakan parti pemerintah kerajaan India sekarang. BJP merupakan dua parti utama negara India selain daripada Indian National Congress (INC). Perdana Menteri India, Narendra Modi juga berasal daripada parti BJP.

*Bendera BJP.

BJP berasal daripada Bharatiya Jana Sangh (BJS) yang ditubuhkan pada 1951 oleh Syama Prasad Mukherjee. Pada tahun 1977, BJS bergabung dengan beberapa parti membentuk gabungan parti politik Janata Party dan mengalahkan INC tetapi hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.

*Syama Prasad Mukherjee

*

Lambang Janata Party.

Pada tahun 1980, Janata Party dibubarkan dan parti politik baru iaitu BJP ditubuhkan. Walaupun pada peringkat awal BJP kalah teruk pada pilihanraya umum India 1984, BJP telah berkembang dan akhirnya dapat mengalahkan seteru utamanya INC dalam pilihanraya 2014 dan 2019. Satu gerakan telah digerakkan untuk menambah bilangan ahli BJP dan ia telah membuahkan hasil.

Dengan keahlian lebih 180 juta ahli pada 2019 membuatkan BJP parti politik terbesar ahlinya dalam dunia.

2. Communist Party of China (90+ Juta Ahli)

Communist Party of China (CPC) adalah pengasas dan pemerintah kerajaan People’s Republic of China sekarang. Selepas BJP, CPC adalah parti kedua teramai ahli dalam dunia dengan bilangan lebih kurang 90 juta ahli. CPC ditubuhkan pada 1921 oleh Chen Duxiu and Li Dazhao. CPC ditubuhkan atas inspirasi Revolusi Rusia dan atas semangat prinsip Marxism-Leninism.

*Pegawai tentera memberikan penghormatan pada bendera CPC.

Setiausaha Agung CPC ialah Xi Jinping yang juga merupakan Presiden China semenjak tahun 2013. Dengan perkembangan baik pengaruh geopolitik dan ekonomi China membuatkan beberapa pakar menyebut Xi Jinping adalah pemimpin China yang paling berpengaruh semenjak Mao Zedong.

CPC akan mengadakan National Party Congress (NPC) setiap lima tahun untuk menentukan polisi parti dan pemilihan Central Committee. Central Committee dianggotai oleh sekitar 370 anggota termasuk menteri, pegawai kanan, pemimpin wilayah, dan pegawai tentera.

Central Committee bertindak seolah ‘board of director’ CPC dan akan diberi mandat memilih Politburo yang terdiri daripada 25 orang ahli. Politburo Standing Committee pula satu majlis tertinggi dalam CPC dan peranan serta bilangan ahlinya boleh berubah mengikut keadaan. Politburo Standing Committee buat masa sekarang terdiri daripada 7 ahli dan tertinggi ialah Setiausaha Agung iaitu Xi Jinping sendiri.

China moden yang dipimpin oleh CPC sering diibaratkan sebagai ‘naga yang sudah terjaga’ dengan kekuatan ekonomi, teknologi dan ketenteraan yang dilihat hampir setanding dengan ‘polis dunia’ United States of America. Pengaruh China-Rusia sering dianggap ancaman oleh Amerika dan negara Barat Pro-Amerika membuatkan lebih ramai rakyat China yakin dengan kepimpinan CPC.

3. Democratic Party (45+ Juta Ahli)

Parti Democratic adalah antara parti politik tertua di dunia yang telah diasaskan pada 1828 oleh Andrew Jackson. Di Amerika Syarikat, dua parti utama adalah Democratic dan Republican. Antara tokoh yang dilahirkan dalam Democratic ialah Franklin D. Roosevelt , John F. Kennedy, Barrack Obama, Hillary Clinton, Bill Clinton, Joe Biden.

Untuk Pilihanraya Presiden Amerika, yang dijangka akan diadakan pada November 2020, Democratic diwakili oleh Joe Biden untuk menentang Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat sekarang.

*Tokoh Democrats.
*Lambang Democratic

Ideologi parti Democratic ialah moden liberalism yang memperjuangkan kesaksamaan sosial dan ekonomi dan juga mendokong perjuangan hak LGBTQ, penjagaan alam sekitar, universal healthcare, dan beberapa lagi kempen seperti kebenaran penjualan marijuana dan pendidikan percuma.

4. Indian National Congress (40+ Juta Ahli)

Indian National Congress (INC) atau sering disebut Congress adalah parti tertua di India iaitu ditubuhkan pada 1885. Sejarah INC dan negara India sangat dekat kerana INC antara tujuan penubuhannya ialah menuntut kemerdekaan India daripada British.


Pada era 1920-an, INC dengan kepimpinan Mahatma Gandhi adalah penggerak utama dalam usaha memerdekakan India dan gerakan anti-kolonial British. Sejarah lama INC juga telah menyaksikan sendiri kemerdekaan India dan pemisahan wilayah Pakistan daripada India atas sebab konflik agama Islam-Hindu.

Selepas kemerdekaan India pada 1947, INC menjadi parti dominan yang telah berjaya memenangi pilihanraya India dan telah memerintah India lebih kurang 54 tahun. INC semakin merosot dalam dua pilihanraya sebelum ini dan kalah pada 2014, 2019 kepada seterunya BJP pimpinan Modi.

Walaubagaimanapun, INC tetap menjadi parti kedua terbesar di India dan keempat terbesar di dunia dengan ahli lebih 40 juta orang.

5. Republican Party (33+ Juta Ahli)

Parti Republican atau disebut juga Grand Old Party (GOP) adalah parti Donal Trump, Presiden Amerika Syarikat yang penuh kontoversi. Republican sebuah parti kedua terbesar di USA dan kelima terbesar di dunia dengan ahli lebih 33 juta orang.

*Lambang Republican Party/GOP.

Antara Presiden terkenal yang menang di atas tiket Republican ialah Abraham Lincoln, Theodore Roosevelt, Richard Nixon, Ronald Reagan, George W. Bush dan Donald Trump.

Ketika isu perhambaan orang berkulit hitam yang kebanyakan dibawa daripada Afrika, Republican antara yang menentang konsep perhambaan atau ‘slavery’ ini. Di bawah kepimpinan  Abraham Lincoln iaitu presiden pertama Republican, perhambaan telah dihapuskan pada tahun 1865.

Ideologi Republican pada abad 21 lebih kepada konservatif Amerika yang menyokong pengurangan cukai, pengawalan lebih ketat kepada pendatang asing, pelaburan lebih banyak kepada ketenteraan dan ‘free market capitalism’.

Walaupun bilangan ahli Republican lebih sedikit daripada parti Democratic, Republican telah menguasai kerusi Presiden, majoriti di Senat U.S dan majoriti di negeri-negeri Amerika buat masa ini.

RUJUKAN:

  1. BJP Drive Inducts 7 Crore New Members, Creates Membership Record, INDIA TODAY
  2. 7 Most Influential Political Parties of the World in 2017, KOS DAILY.
  3. BJP Becomes Largest Political Party In The World, THE ECONOMIC TIMES.
  4. Membership of CPC tops 90 million, CHINA.ORG.CN
  5. The Chinese Communist Party, COUNCIL ON FOREIGN RELATIONS.
  6. Ballot Access News (2020)
  7. Republican Party, BRITANNICA.
  8. List Of Largest Political Parties, WIKIPEDIA.
  9. Ini Antara 4 Parti Politik Terbesar Sejarah Dunia, ILUMINASI.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar jurusan Syariah & Undang-Undang. Minatnya dalam sejarah, undang-undang, isu semasa dan politik mendorongnya untuk menulis di media sosial.

Comments are closed.