Farm Fresh merupakan sebuah jenama susu segar yang begitu dikenali di Malaysia bahkan ianya juga menjadi pengubah keadaan kepada pasaran produk tenusu.

Tahukah anda, Farm Fresh merupakan syarikat milikan bersama antara Loi Tuan Ee dan Azmi Zainal. Sebelum sampai ke tahap ini, mereka hadapi pelbagai jenis dugaan seperti kekurangan modal serta kurang mendapat kepercayaan daripada pasar raya tempatan.

Hari ini, mereka berdua boleh berbangga di atas penat lelah yang mereka lalui selama ini.

Kredit: Rosemerah

Jadi kepada usahawan muda, anda seharusnya mencontohi kecekalan pemilik Farm Fresh terutamanya Azmi Zainal. Berikut adalah nasihat Azmi Zainal kepada usahawan muda.

1. Buang sifat negatif

Pemilik Farm Fresh sendiri membuang sifat negatif terhadap pasaran pada ketika itu walaupun tidak diterima sebagai pemain baru dalam industri tenusu negara.

Bukan itu sahaja, Farm Fresh juga dipandang sebagai syarikat kecil yang akan melingkup tidak lama lagi.

Azmi Zainal juga sanggup turun ke pasar malam untuk mempromosi susu segar sehingga mampu berjaya sehingga hari ini. Kuncinya, buang sifat negatif kepada sikap ini akan menjerumus kita kepada lembah kebinasaan.

2. Senantiasa tenangkan diri

Perkara ini mungkin sudah diketahui oleh ramai orang iaitu senantiasa tenangkan diri daripada pelbagai jenis masalah.

Senang cerita, dekat diri dengan tuhan jika berlaku apa-apa perkara luar jangkauan. Azmi Zainal juga sudah beberapa kali gagal dalam perniagaan tetapi berkat ketenangan beliau, hari ini Farm Fresh menjadi sebuah jenama yang besar.

3. Niat yang betul

Niat ini adalah satu instrumen yang begitu penting dalam melakukan apa-apa tindakan. Niat juga akan mampu memandu kita kepada sesuatu yang diingini.

Sama sebagai mana Azmi Zainal, dimana beliau berkehendaki untuk menghasilkan produk susu segar buat rakyat Malaysia dan membantu keluarganya.

Buat pengetahuan semua, sebelum ini Azmi Zainal sanggup minum air paip di RnR semasa penghantaran susu demi menjalankan niatnya itu.

4. Jangan obses untuk cepat kaya

Masalah utama usahawan muda di negara kita ini adalah terlalu memikirkan kekayaan dan keuntungan walaupun baru mulakan perniagaan.

Buat pengetahuan, rugi adalah perkara biasa tatkala anda memulakan perniagaan. Namun jika perniagaan anda berkembang, pasti keuntungan awal akan diperolehi.

Azmi Zainal berpesan supaya jangan terlalu riak menayang kekayaan kepada masyarkat. Hal ini demikian kerana, kekayaan itu bila-bila masa sahaja boleh hilang.

Gunakanlah keuntungan awal itu untuk memperbesarkan lagi perniagaan supaya ianya boleh menjadi aset bernilai di masa hadapan.

5. Sentiasa berkongsi rezeki

Tidak salah untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih memerlukan pada ketika syarikat sedang meningkat naik.

Bukankah semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita akan menerima? Itu apa yang diamalkan oleh Azmi Zainal apabila beliau sendiri menyampaikan bantuan kepada artis-artis veteran melalui segmen kongsi rezeki dalam rancangan Gegar Vaganza.

Jadi, rajin-rajinlah bersedekah kerana rezeki kita tidak akan pernah berkurang malahan kita berikan hak mereka disebalik rezeki itu.

Oleh itu kepada anda semua, sudah sedia untuk mulakan perniagaan? Tidak susah pun jika anda mengikut nasihat di atas dan senantiasa jujur.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.