Moving Forward As One

5 Hukuman Pelik Zaman Purba

1,821

Manusia dan kero.sakan sukar dipisahkan. Kebaikan dan keja.hatan pula sentiasa berjalan seiringan. Untuk meminimakan sa.lah laku dalam kalangan masyarakat, undang-undang digubal dan hu.kuman diwujudkan. Sebahagiannya sekadar bertujuan memberi pengajaran. Namun, ada juga hu.kuman yang membawa kema.tian. Dalam kesempatan kali ini, kami kongsikan lima bentuk hu.kuman yang dikenakan pada zaman silam.

HU.KUMAN KE.RAT HIDUNG

Kira-kira 3,000 tahun yang lalu, seorang raja Mesir membangunkan sebuah kota yang boleh dikatakan unik. Orang Yunani memanggilnya sebagai Rhinocolura. Menurut catatan, kesemua penghuni kota ini tidak mempunyai hidung kerana dike.rat di atas kesa.lahan jena.yah masing-masing. Maka, boleh juga dikatakan yang Rhinocolura ini merupakan pen.jara buat mereka.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Sesiapa yang dihu.kum menetap di dalam kota ini tidak lagi berpeluang menjalani hidup seperti sebelumnya. Kalau pun ada yang dapat meloloskan diri, tanda pada hidung mereka tetap akan mendedahkan identiti mereka sebagai penje.nayah.

Justeru mahu tidak mahu, mereka terpaksa meluangkan seluruh baki hidup di dalam kota Rhinocolura. Suasana di dalam kota ini bukanlah mudah. Sumber air amat terhad dalam keadaan cuaca yang panas membahang. Kebanyakan perigi yang ada pula tercemar.

Bagaimanapun, kehidupan tetap dapat diteruskan. Aktiviti menang.kap ikan dan membu.ru burung puyuh menjadi punca rezeki utama buat penduduk Rhinocolura.

Mang.sa hu.kuman ke.rat hidung yang paling masyhur ialah rakan-rakan subahat isteri Ramses III yang bertanggungjawab membu.nuh firaun itu sewaktu tidur. Cuma, sejarahwan tidak mempunyai sumber yang jelas sama ada mereka ini dihum.ban ke dalam Rhinocolura ataupun tidak. Apa yang pasti, hu.kuman tersebut cukup mengesankan sehingga salah seorang daripada mereka lebih rela membu.nuh diri berbanding dikecam sebagai pembu.nuh seumur hidup.

HU.KUMAN DIPANG.GANG DI DALAM BRAZEN BULL

Brazen Bull merupakan sejenis alat hu.kuman yang digunakan oleh Yunani purba. Alat ini dicipta oleh Perillos yang bermaksud mahu memang.sakan Phalaris, pemerintah kota Acragas yang terkenal ke.jam.

Patung kerbau ini diperbuat daripada gangsa, dengan bahagian dalamnya dibiarkan kosong dan di sisi badannya pula disediakan sebuah pintu masuk. Setelah mang.sa diku.rung di dalamnya, api akan dinyalakan di bawah perut patung sekali gus menjadikannya seakan ketuhar yang memang.gang tubuh mangsa.

Lebih mengerikan, alat ini direka khas supaya jeritan mang.sa kedengaran seperti lantunan muzik bagi mereka yang menyaksikan acara penyek.saan berkenaan.

Diodorus Siculus, sejarahwan Yunani mencatatkan yang Perillos menghadiahkan patung kerbau ini kepada Phalaris. Namun, sebaik sahaja Phalaris mengetahui muslihat di sebalik pemberian ini, beliau pun berhelah.

Phalaris meminta Perillos supaya menunjukkan bagaimana patung tersebut berfungsi. Maka, Perillos pun masuk ke dalam patung tersebut. Serta-merta, Phalaris menutup dan mengunci pintu lalu menyalakan api di bawah patung kerbau itu – mengakibatkan Perillos nyawa-nyawa ikan dek dipang.gang hidup-hidup. Beliau kemudian dikeluarkan lalu dihum.ban ke dalam gaung.

HU.KUMAN DIHE.NYAK GAJAH

Gajah merupakan haiwan yang cukup akrab dalam sejarah manusia. Dalam beberapa buah tamadun, ia dimuliakan. Ada juga yang memanfaatkannya dalam bidang keten.teraan. Namun bagi sesetengah tamadun, gajah dijadikan sebagai alat hu.kuman.

Kebiasaannya, hu.kuman melibatkan gajah berlaku di India (disebut gunga rao) sehingga kurun ke-19 Masehi. Namun, belahan bumi yang lain seperti Asia Tenggara dan Barat turut menyaksikan bentuk hu.kuman yang hampir serupa.

Gajah sememangnya sejenis haiwan yang bijak dan mudah dilatih. Ia mampu menyek.sa mang.sa secara perlahan-lahan. Ada yang diajar supaya menghan.cur.kan anggota tubuh terlebih dahulu, sebelum memijak ke.pala mang.sa. Ada pula yang dilatih untuk mero.b.ek m.ang.sa dengan gading.

Di Siam, gajah biasanya mel.ambung mang.sa ke udara sebelum mela.ny.ak mereka sehingga ma.ti. Sementara itu di Cochinchina (selatan Vietnam), penje.nayah diikat pada sebatang tiang lalu di.rem.puh oleh gajah.

HU.KUMAN MEMAKAI TOPENG MEMALUKAN

Bentuk hu.kuman ini diamalkan di Eropah dan koloni-koloninya di Dunia Baru pada kurun ke-17 dan 18 Masehi. Ia bertujuan menimbulkan rasa malu kepada pemakainya sebagai suatu bentuk pengajaran.

Topeng ini kebiasaannya dibuat dengan agak ketat, sehingga menya.kitkan dan tidak menyelesakan apabila dipakai. Sebahagiannya direka mengikut bentuk wajah haiwan tertentu bagi menandakan kesa.lahan yang dilakukan oleh si pemakai.

Topeng berwajah lembu misalnya, mengisyaratkan yang pemakainya bersifat malas. Sementara topeng berwajah keldai dan arnab pula masing-masing menandakan yang pemakainya pernah membuat kesa.lahan dangkal dan mencu.ri dengar.

Ada juga keadaan di mana topeng ini dikenakan pada kaum wanita yang gemar menyelak tepi kain orang. Selalunya, orang yang gemar berbo.hong dipakaikan topeng berhidung panjang manakala yang kuat mengum.pat pula dikenakan topeng berlidah panjang.

Sebahagian topeng turut dilengkapi dengan loceng atau alat-alat lain yang mengeluarkan bunyi bising, bertujuan supaya pemakainya lebih berasa malu apabila berada di khalayak.

DAMNATIO MEMORIAE

Senat Rom kebiasaannya akan menjatuhkan satu bentuk hu.kuman yang dikenali sebagai damnatio memoriae (diluputkan dari ingatan) ke atas pembe.lot atau sesiapa sahaja yang memalukan nama Rom. Bagaimanapun, ia turut dikenakan ke atas mereka yang enggan menyebelahi kepentingan Senat atau Maharaja Rom.

Sebahagian maharaja seperti Nero, Domitian, dan Commodus, tidak terkecuali daripada hu.kuman ini. Damnatio memoriae dilakukan dengan beberapa cara. Antaranya nama individu tersebut akan diha.puskan daripada mana-mana rekod. Tugu miliknya juga akan diubahsuai dan imej wajahnya pula dibuang.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Bentuk hu.kuman ini tidak hanya terhad di bumi Rom. Masyarakat Mesir Purba turut mengamalkan bentuk hu.kuman yang sama. Antara yang pernah menjadi mangsa damnatio memoriae ialah Akhenaten. Nama beliau dan para penggantinya dibuang oleh Horemheb. Tindakan ini cukup berkesan hinggakan nama Akhenaten langsung tidak wujud di dalam Senarai Raja Abydos yang ditulis kurang 100 tahun selepas kema.tiannya.

TERJEMAHAN
Ancient Origins. (12 Mei 2019). 9 Methods of Ancient Pu.nishm.ent That’ll Make You Sq.uirm.

Ruangan komen telah ditutup.