Dalam nada bergurau, seorang rakan saya pernah berkata; “Syarat sah jadi Melayu ada tiga: Percaya kepada Allah, Muhammad, P. Ramlee!”

Kalau difikirkan balik, ada betulnya juga kenyataan itu. Nama P. Ramlee sangat dekat dengan masyarakat Melayu.

Setiap lapisan masyarakat tidak kira yang tua, muda malah kanak-kanak sekalipun mengenali nama P. Ramlee sebagai tokoh seni teragung alam Melayu.

Di sebalik kemasyhuran nama P. Ramlee tidak semua filem lakonan dan arahannya ditayangkan di kaca televisyen.


Ayuh kita lihat 5 filem P. Ramlee yang tak keluar di kaca TV!
1️⃣ ???????????????????? (1950) arahan L. Krishnan
Filem pertama yang menampilkan P. Ramlee sebagai hero. P. Ramlee berlakon sebagai Nasir, dan nama ini juga diberikan kepada anak sulungnya yang dilahirkan pada tahun 1953. Heroin filem ini adalah Kasma Booty.

2️⃣ ???????????????????????? (1970) arahan P. Ramlee

Dilakonkan oleh Sarimah, Arman Yadi, Isma Rubee dan P. Ramlee. Filem ini agak kontroversi kerana memaparkan babak-babak intim yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa.

3️⃣ ???????????????????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? (1966) arahan P. Ramlee

Filem ini berkonsepkan kisah ‘1001 Malam’ dan bercorak komedi. Ia mengandungi banyak sindiran tajam kepada pemerintah. Namun ia boleh dijadikan iktibar untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di muka bumi ini.

4️⃣ ???????????????????????????????????????? ????????-???????????????????? (1964) arahan Ramon A. Estella

Filem Melayu pertama yang dibuat penggambaran di Tokyo, Jepun. Sebagai tarikan, filem ini telah dibuat dalam bentuk tatawarna (Eastmancolor).

P. Ramlee dijemput sebagai pelakon undangan dalam filem ini bersama-sama isterinya, Saloma.

5️⃣ ???????????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????????? (1964) arahan P. Ramlee

Filem arahan pertama P. Ramlee di Kuala Lumpur setelah berhijrah dari Singapura. Filem ini bercorak seram/horror yang terinspirasi daripada filem Werewolf of London (1935).

Idea membuat filem ini tercetus selepas P. Ramlee melawat studio Merdeka yang terletak di sebelah Zoo Negara.

P. Ramlee berkata: “Studio pula dalam kandang zoo. Silap-silap harimau terlepas, habis dingapnya! Kalau buat gambar si ‘tora’ memang bagus.”

Tora (虎) bermaksud ‘harimau’ dalam bahasa Jepun.

•••

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan filem-filem ini tidak dapat ditayangkan di televisyen.

Antara sebabnya ialah salinan filem hilang seperti filem Bakti, Melanchong Ka-Tokyo dan Sitora Harimau Jadian.

Mastercopy filem Melanchong Ka-Tokyo dipercayai telah musnah dalam satu peristiwa banjir di studio Jalan Ampas pada tahun 1966.

Sitora Harimau Jadian dipercayai mempunyai unsur tahyul yang keterlaluan. Salinan filem ini juga dipercayai telah lenyap tanpa sebarang jejak.

Salinan filem Sabarudin Tukang Kasut pula berada dalam kualiti yang agak rendah. Tahap audio dan visualnya sangat menyedihkan. Dalam VCD originalnya tertulis “Keadaan Gambar & Suara Kurang Memuaskan. Harap Maaf.”

Filem Gelora mengandungi unsur seks yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa. Jadi tidak hairanlah ia tidak keluar di kaca TV.

5 filem ini boleh dikategorikan sebagai filem-filem ‘rare’ yang melibatkan P. Ramlee sebagai pelakon dan pengarah.

Kongsikan pandangan anda tentang filem-filem P. Ramlee yang tak keluar di TV ini.

RUJUKAN:

• Filem-filem P. Ramlee oleh Mustafar A.R. & Aziz Sattar
• Kenangan Abadi P. Ramlee oleh Ramli Ismail


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.