Otak kita merupakan organ yang begitu kompleks. Otak bukan sahaja mengawal fungsi asas seperti bernafas, kefungsian orang lain dan pergerakan, malah ia memainkan peranan untuk proses yang lebih rumit seperti berfikir, emosi dan mencipta ingatan.

Walaupun otak begitu penting kepada manusia, masih ada dalam kalangan kita yang tidak tahu banyak tentang otak.

  1. Otak sentiasa aktif

Otak kita sentiasa aktif walaupun dalam keadaan tidur. Otak kena aktif untuk kita terus hidup. Setiap bahagian otak memunyai peranannya yang tersendiri.

Otak terbahagi kepada empat bahagian lobus. Lobus frontal terletak di bahagian hadapan kepalan, lobus temporal terletak di bawah, lobus parietal terletak di tengah dan lobus occipital terletak di belakang.

Lobus frontal berfungsi untuk proses kognitif seperti taakulan, pembelajaran, kreativiti, perhatian dan mengawal otot untuk pergerakan dan percakapan.

Lobus parietal pula mempunyai pelbagai fungsi seperti deria, proses nombor, maklumat bergambar yang menuntut pada pergerakan, persepsi dan navigasi.

Lobus temporal pula berperanan sebagai penerimaan maklumat dalam bentuk bunyi termasuk dalam bentuk bahasa serta berfungsi memproses ingatan.

Lobus occipital melibatkan proses visual. Kita dapat melihat kerana lobus occipital memproses dan mentafsir apa yang kita lihat.

  1. Otak sentiasa menerima maklumat

Otak sentiasa menerima aliran maklumat. Maklumat ini dikawal oleh dua jalan iaitu deria maklumat yang masukkan maklumat dan maklumat motor yang mengeluarkan maklumat.

Walaupun otak sentiasa menerima maklumat, biasanya kita tidak sedar. Kita tukar-tukar posisi kedudukan ketika duduk kerana otak menerima maklumat bahawa kita tidak selesa.

iii. Sekitar 20% darah dalam tubuh pergi ke otak

Untuk memelihara fungsi otak memerlukan oksigen daripada darah. Otak menerima sekitar 15% hingga 20% darah dari jatung.

Purata orang lelaki sekitar 70 mm darah dipam di seluruh tubuh untuk satu degupan jantung. Maka, sekitar 14 mm akan dihantar ke otak untuk setiap degupan.

  1. Pembedahan otak tidak menyakitkan

Kita mungkin pernah lihat dalam filem yang menayangkan pembedahan otak. Mungkin kita tertanya-tanya adakah pembedahan otak menyakitkan. Mungkin orang tidak biasa dengar, tetapi pembedahan otak sewaktu pesakit sedar adalah perkara biasa.

Pembedahan ke atas otak tidak memberikan kesakitan pada otak langsung. Hal ini kerana otak tidak mempunyai penerima sakit (pain receptor).

Hal yang sakit ketika pembedahan hanyalah ketika pemotongan ke atas kulit dan tengkorak dilakukan.

  1. Kecederaan otak akan memberikan perubahan kepada kita

Banyak perkara yang kita tahu pasal otak ialah apa akan berlaku kalau otak kalau ia cedera. Kes paling popular ialah apa yang berlaku Phineas Gage. Gage seorang yang pekerja yang bagus dan bertanggungjawab.

Suatu hari kemalangan berlaku di tempat kerjanya – mengakibatkan palang besi tertusuk ke tengkoraknya sehingga mengakibatkan kecederaan pada lobus frontal.

Kecederaan tersebut menyebabkannya berkelakuan seperti kanak-kanak, biadap dan impulsif. Kecederaan di lobus frontal menyebabkan seseorang itu berubah personaliti.

Kecederaan pada lobus occipital boleh mengakibatkan hilangnya penglihatan.

Sesetengah orang mampu melihat emosi dan dapat menggambarkan bagaimana emosi dapat memberikan kita perasaan. Ini menunjukkan hubungan yang sangat tinggi dalam otak.

RUJUKAN:

  1. Five Amazing Facts About Your Brain That You Probably Don’t Know.
    https://www.sciencealert.com/five-amazing-facts-about-your-brain

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.