Sekumpulan saintis mendedahkan salad boleh ditanam di Marikh selepas berjaya menghantar benih tanaman berkenaan untuk misi ke angkasa lepas. Penyelidikan ini menyaksikan lebih sejuta benih roket dihantar menggunakan roket sebenar ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada tahun 2015 dan mendapat sokongan angkasawan British, Tim Peake.

Apabila biji benih ini dihantar semula ke bumi, 600,000 kanak-kanak di seluruh United Kingdom dipilih menyertai satu eksperimen anjuran Persatuan Hortikultur Diraja di mana mereka akan menanam biji benih dan memantau pertumbuhannya. Walaupun penerbangan ke angkasa lepas tidak menjejaskan struktur benih dan pertumbuhannya, penyelidik mendapati pertumbuhan biji benih yang segar dan aktif berkurangan.

Mereka percaya hasil penemuan mereka yang diterbitkan dalam jurnal Life boleh menjawab persoalan sama ada tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan diusahakan untuk misi angkasa lepas berstatus jangka panjang. Penulis kertas berkenaan, Dr Jake Chandler berpandangan usaha membawa biji benih berkualiti ke angkasa lepas amat penting sekiranya mahu menyokong usaha eksplorasi manusia ke angkasa lepas.

Ini kerana berdasarkan dapatan mereka, perjalanan roket selama enam bulan mengurangkan keupayaan pertumbuhan biji benih roket berbanding biji benih yang ditanam di bumi sekaligus menunjukkan perjalanan ke angkasa lepas mempercepatkan proses penuaan biji benih.

Justeru, mereka berpandangan kunci untuk melindungi kualiti biji benih roket ialah melindunginya daripada kesan radiasi kosmik merbahaya dan getaran mekanikal kapal angkasa. Semasa berada di ISS, biji benih ini menerima radiasi 100 kali ganda berbanding semasa berada di permukaan bumi. Dan mereka menjangkakan radiasi yang diterima biji benih semasa di Marikh lima kali ganda berbanding semasa di ISS.

Di sebalik semua cabaran ini, pakar-pakar berpandangan usaha mengusahakan tanaman di angkasa lepas seperti dibayangkan Sir Ridley Scott dalam The Martian masih boleh direalisasikan dengan syarat benih-benih mendapat perlindungan secukupnya. Tambah Dr Chandler, sekiranya perkara ini dapat dicapai, prospek memakan salad yang ditanam di Marikh sedikit demi sedikit menjadi kenyataan.

Bagi Peake pula, eksperimen ini membantu komuniti saintifik memahami biologi di sebalik penyimpanan benih dan bagaimana ia mempengaruhi pertumbuhannya yang dianggap penting untuk misi-misi ke angkasa lepas pada masa akan datang.

RUJUKAN:

Griffin, Andrew. (2020). SALAD COULD BE GROWN ON MARS, SCIENTISTS SAY. The Independent. https://www.independent.co.uk/life-style/gadgets-and-tech/news/salad-grown-on-mars-rocket-space-station-international-iss-a9517336.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.