Erik ialah seorang lelaki tampan yang gagah, kuat dan sangat menonjol kelelakiannya – seorang pahlawan p3rang yang bertuah; namun buruk sikapnya, tidak peramah dan pendiam. – Saga Harald Hairhair

Eric Haraldsson, atau nama timangannya, Eric Bloodaxe, merupakan seorang pemerintah Norway yang hidup pada kurun ke-10 Masihi. Beliau dipercayai memerintah sebagai Raja Norway, dan kemudian menjadi Raja Northumbria.

Walaupun kedua-dua pemerintahan ini dianggap sebagai satu dan sama, wujud keraguan berkenaan hal ini lantaran ketika nama Eric disebutkan di dalam sumber-sumber Norse dan Anglo-Saxon, kebanyakan kandungan keduanya saling tidak sepadan antara satu sama lain. Tambahan lagi, sumber-sumber Norse hadir dalam bentuk saga (hikayat) yang memaksudkan bahawa legenda dan sejarah saling dicampur-adukkan.

PUTERA KEPADA FAIRHAIR ATAU BLUETOOTH?

Eric Bloodaxe dipercayai sebagai salah seorang dari sekalian ramai putera Harald Fairhair si Raja Norway. Terdapat satu teori lain yang dikemukakan pada kurun ke-19 yang menyatakan Eric sebagai putera kepada Harald yang lain, iaitu Harald Bluetooth si raja Denmark. Namun, tidak banyak bukti yang dapat menyokong dakwaan ini.

Menurut saga-saga yang ada, Eric merupakan putera kesayanan Harald. Pada usia 12 tahun, Eric diberikan lima buah kapal-panjang oleh ayahandanya sekaligus memulakan kariernya sebagai seorang Viking. Pertama sekali, Eric berlayar ke timur, di mana beliau menyerang wilayah pantai Denmark, Friesland dan Saxland selama tiga tahun.

Beliau kemudiannya berlayar ke barat, dan menyerang Scotland dan kawasan sekitar Laut Ireland selama empat tahun. Fagrskinna menyatakan bahawa Eric meraih nama timangan ‘Bloodaxe’ menerusi s3rangan-s3rangan yang dilakukannya sebagai seorang Viking.

Harald Fairhair menerima penyerahan kerajaan daripada ayahandanya, sebuah ilustrasi dari ‘Flateyjarbok’ pada kurun ke-14

Saga-saga Norse juga menyebutkan bahawa Eric berkahwin dengan Gunnhild, yang secara umum digambarkan sebagai seorang ahli sihir yang jahat. Berlaku perbezaan pendapat berkenaan identiti orang tua Gunnhild. Misalnya dalam Historio Norwegiae, iaitu saga Norse paling awal, dinyatakan bahawa Gunnhild adalah puteri kepada Raja Denmark, iaitu Gorm the Old sekaligus menjadikannya sebagai saudara perempuan Harald Bluetooth.

KELUARGA ERIC BLOODAXE

Sejarahwan Iceland kurun ke-12 yang bernama Snorri Sturluson pula mencatatkan bahawa ayah Gunnhild ialah Ossur Tote dari Haalogaland yang terletak di Norway Utara. Walau apapun keadaannya, yang jelas Gunnhidl memberikan pengaruh yang besar buat suaminya.

Gunnhild memujuk Eric Bloodaxe agar membvnuh ahli sihir Finland. Sebuah ilustrasi tahun 1890an oleh Christian Krong

Apapun, terdapat juga kemungkinan bahawa pengaruhnya menjangkau ke kawasan-kawasan Norway yang lain menerusi persekutuan yang dijalinkan dengan pemerintah-pemerintah di Norway.

Dalam saga-saga Norse, dicatatkan bahawa Harald Fairhair bertanggungjawab menyatukan Norway. Namun, sejarahwan moden berpendapat bahawa kerajaan yang diperintah oleh Harald pada hakikatnya jauh lebih kecil dan mungkin hanya terhad di kawasan barat dan barat daya sahaja.

Walau bagaimanapun, sebahagian pendapat menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai wilayah yang cukup untuk dibahagikan kepada para puteranya, yang disebutkan oleh saga berjumlah seramai 20 orang. Beberapa sumber yang lain menyatakan hal yang sebaliknya, di mana Harald dapat membahagikan kerajaannya secara sama rata kepada para puteranya dan menjadikan setiap seorang daripada mereka sebagai raja. Kemudian, Eric dilantik sebagai raja tertinggi yang berkuasa ke atas adik-beradiknya.

Kem4tian Harald meranapkan apa sahaja perancangan yang dilakukannya untuk para puteranya. Eric bertindak membvnuh adik-beradiknya dalam usaha menjadi pemerintah tunggal Norway. Berbeza dengan Fagrskinna, saga Agrip menyebutkan bahawa Eric meraih nama timangan ‘Bloodaxe’ menerusi tindakannya membvnuh lima orang saudaranya.

Tidak diketahui secara jelas berapa ramaikah saudara/saudara tiri yang dibvnuh oleh Eric, atau berapa banyak adk-beradik yang dimilikinya. Apapun, salah seorang saudara tirinya yang diketahui terselamat ialah Haakon, yang dibesarkan di England, di istana Raja Athelstan.

Haakon inilah yang kemudiannya berjaya menundukkan Eric. Sejarahwan berpendapat bahawa pemerintahan Eric berlangsung kejam dan beliau tidak disenangi oleh banyak pihak, hinggakan golongan bangsawan Norway bersepakat mahu menggantikannya dengan Haakon. Atas sebab yang tidak diketahui, Eric langsung tidak menentang keputusan ini dan membawa diri ke England. Di sana, beliau disambut dengan tangan terbuka oleh Raja Athelstan. Bahkan, beliau dijadikan sebagai raja-kecil Northumbria di bawah autoriti Athelstan.

Aethelstan memberikan sebuah buku kepada St. Cuthbert


ERIC BLOODAXE DI NORTHUMBRIA

Walau bagaimanapun, sumber-sumber Anglo-Saxon mempertikaikan versi ini dan menyatakan bahawa Eric ditabalkan sendiri sebagai raja oleh masyarakat Northumbria pada tahun 947/948 Masihi, beberapa tahun selepas kemangkatan Athelstan. Dengan mengangkat Eric sebagai raja, masyarakat Northumbria bukan hanya mengenepikan putera Athelstan yang bernama Eadred, malah mereka meraih harapan untuk mendapatkan kemerdekaan dari Anglo-Saxon di selatan, yang telah menguasai mereka sejak tahun 927 Masihi.

Eadred bertindak balas dengan melakukan s3rangan ke atas Northumbria dan menjarahnya. Dalam perjalanan pulang ke selatan, barisan belakang pasukan Eadred dis3rang oleh Eric di Castleford dan banyak nyawa yang gugur dalam peristiwa itu.

Naik berang dengan keadaan ini, Eadred si raja Inggeris itu pun mengugut mahu menghancurkan Northumbria andai mereka enggan tunduk kepada pemerintahannya. Justeru, penduduk Northumbria memutuskan untuk memihak Eadred dan mengusir Eric.

Matawang perak Eric Bloodaxe


Selepas Eric diusir, penduduk Northumbria menerima seorang raja baru dari Viking-Ireland yang bernama Olaf Sihtricsson. Lima tahun kemudian, Eric kembali ke Northumbria dan berjaya menggulingkan Olaf sekaligus menjadi raja Northumbria buat kali kedua. Pemerintahannya yang lalu berlangsung hanya selama setahun, dan kali ini, beliau berpeluang untuk memegang kuasa selama dua tahun. Tidak lama kemudian, beliau kembali tidak disenangi oleh penduduk Northumbria dan sekali lagi diusir.

KEM4TIAN ERIC BLOODAXE

Catatan tentang kem4tian Eric disediakan oleh seorang penghikayat Anglo-Saxon yang bernama Roer of Wendover. Menurut sumber daripada beliau, Eric dikhianati oleh seorang lelaki yang bernama Osulf dan dibvnuh oleh Maccus di sebuah tempat bernama Stainmore. Seorang lagi penghikayat yang bernama Symeon of Durham melaporkan bahawa Maccus ini adalah anak kepada Olaf (sama ada Olaf Sihtricsson atau Olaf Guthrithson, seorang lagi bekas pemerintah Northumbria).

Menurut leenda tempatan, Pancang Batu Rey (Rey Cross) di Stainmore menandakan tempat pengebumian Eric. Namun pada tahun 1989, sebuah ekskavasi yang dijalankan di tapak berkenaan tidak menjumpai sebarang tulang manusia. Hal ini sekaligus membawa kepada penjelasan lain berkenaan Pancang Batu Rey, iaitu ianya merupakan batu penanda sempadan titik tengah antara Istana Penrith dan Istana Barnard. Justeru, terdapat kemungkinan bahawa persemadian Eric terletak di kawasan lain di Stainmore.

Matawang perak Eric Bloodaxe

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (16 Januari 2019). Eric Bloodaxe: Murderous Viking King of Norway and Northumbria. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/eric-bloodaxe-0011327


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.