4 Sukan Yang Dah Pupus Di Dunia

1,478

Pra-tempah hanya di Shopee

Acara melibatkan sukan telah berlangsung sejak ratusan tahun dahulu. Malahan kejohanan seumpama olimpik juga telah diadakan sejak zaman negara-negara kota Yunani.

Hari ini juga kita banyak menyaksikan pelbagai sukan dari era silam berevolusi menjadi sukan moden. Salah satunya adalah sukan sepak raga yang dikatakan telah wujud sejak abad ke-15 masihi.

Permainan ini pada asalnya melibatkan peserta bermain dalam bulatan sahaja. Walau bagaimanapun, evolusi berlaku apabila sepak raga dipermainkan sama seperti badminton dengan format yang baru.

Namun terdapat juga beberapa sukan yang tidak sempat berevolusi lalu pupus ditelan zaman.

Apakah sukan-sukan itu? Berikut adalah 4 jenis sukan yang telah pupus di zaman moden.

1. Pankration

Pankration merupakan salah satu sukan popular yang dipertandingkan di sukan olimpik purba antara negara-negara kota Yunani.

Sukan ini diperkenalkan di sukan olimpik purba adalah pada tahun 648 sebelum masihi. Masyarakat di negara kota Yunani beranggapan sukan ini menguji kekuatan dan teknik peserta dalam menewaskan lawan.

Buat pengetahuan anda semua, pankration boleh digambarkan sebagai gabungan antara tinju dan gusti tetapi sangat pelik.

Satu-satu peraturan yang digunapakai dalam sukan ini adalah dilarang menggigit dan mencederakan mata, hidung dan mulut lawan mereka.

Sukan ini dimainkan dengan peserta dikehendaki bogel serta akan dilumuri dengan minyak. Perlawanan ini akan berlanjutan selagi tiada peserta yang mati ataupun sampai ada mengaku kekalahan.

2. Camping

Jangan terkeliru dengan terma ‘camping’ yang biasanya digunakan di zaman moden sebagai aktiviti perkhemahan.

Tahukah anda, camping merupakan sukan berkaitan bola abad pertengahan yang dikatakan menjadi asas kepada permaianan bola sepak pada hari ini.

Sukan ini selalunya dimainkan pada hari Ahad setelah aktiviti keagamaan di gereja. Sukan ini melibatkan dua pasukan yang mengandungi 10 hingga 15 orang yang akan merebut sebijik bola.

Seorang pemain akan mendapatkan bola itu lalu berlari mengatasi lawan sambil dilindungi pasukannya untuk dibawa ke gawang.

Ya sekali imbas, sukan ini memang sangat mirip dengan bola sepak moden.

Malahan provokasi dan ejekan yang menjadi asam garam bola sepak moden juga turut berlaku dalam sukan camping.

3. Perlumbaan Trek Papan

Perlumbaan trek papan merupakan sukan pemotoran Amerika Syarikat yang begitu masyhur pada awal abad ke-20.

Pelumba motorsikal akan berlumba di dalam gelanggan kayu bulat yang menyerupai velodrom moden untuk acara keirin.

Walau bagaimanapun, sukan ini dianggap sangat berbahaya kerana sudah beberapa kali memakan nyawa.

Motorsikal yang dibikin dengan kelajuan maksimum tetapi tidak miliki brek telah membuatkan banyak kemalangan maut berlaku.

Sukan ini akhirnya hilang ketika Amerika Syarikat dilanda The Great Depression pada era 1930-an.

4. Club Swinging

Club Swinging merupakan sukan yang berasal daripada India yang digunakan untuk meningkatkan kekuatan tentera.

Club swinging juga digunakan oleh Tentera British sebagai rutin latihan fizikal mereka dengan beberapa penambahbaikan.

Buat mengetahuan anda semua, sukan ini pernah dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1904 dan 1932 di Amerika Syarikat.

Kali terakhir sukan ini dianjurkan adalah ketika Kejuaraan Amerika pada tahun 1953. Selepas itu, sukan ini terus pupus dan hilang dari ingatan manusia moden.

#iSportsAsia

RUJUKAN:

Connor, L. (2019, Julai 3). 10 extinct sports. List Verse. Dipetik daripada https://listverse.com/2019/07/03/10-extinct-sports/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.