Yahoo yang diasaskan oleh Jerry Yang dan David Filo pada tahun 1994 dengan nama Yet Another Hierarchical Officious Oracle merupakan antara enjin carian terawal di dunia. Ketika itu boleh dikatakan Yahoo berfungsi seakan-akan Google.

Namun tidak lama selepas itu, Yahoo terus merudum sehinggalah semakin hilang dari pandangan. Malah hari ini, Yahoo ditinggalkan jauh oleh pesaingnya Google. Kenapa semua ini berlaku, apa sebabnya?

  1. Terlepas Peluang Miliki Algoritma Google

Suatu ketika dahulu, Larry Page dan Sergey Brin pernah menawarkan PageRank kepada Yahoo dengan harga US$1 juta sahaja. Yahoo menolak tawaran itu kerana menyedari PageRank tidak mampu memberikan apa-apa faedah kepada syarikat tersebut.

Jangkaan itu meleset apabila PageRank berjaya menjadi nadi kepada Google. Malah 50% daripada hasil carian di Google disumbangkan oleh PageRank.

Ketidakmampuan Yahoo membuat analisis bikin syarikat itu hanya mampu terlopong sahaja melihat potensi PageRank.

  1. Bekerjasama Dengan Google

Bagi meningkatkan lagi algoritma, Yahoo telah membentuk kerjasama dengan Google. Yahoo beranggapan, kerjasama itu mampu memberikan kelebihan kepada mereka untuk menggunapakai algoritma Google. Jadi, masyarakat akan punyai pilihan untuk menggunakan enjin carian dan tidak akan berlaku monopoli.

Namun lain pula yang jadi kerana Google yang sebenarnya memperolehi kelebihan daripada kerjasama ini. Kerjasama itu telah membuatkan algoritma Google menjadi lebih baik, sementara Yahoo masih lagi berada pada takuk yang sama.

  1. Memandang Rendah Facebook

Pada tahun 2006, Mark Zuckerberg pernah menawarkan Facebook kepada Yahoo dengan nilai US$1 bilion. Macam biasa, Yahoo menolak tawaran itu dengan alasan nilai yang diminta oleh Mark Zuckerberg terlalu tinggi. Ditambah pula, Facebook masih lagi terlalu baru ketika itu dan Yahoo tidak nampak apakah nilai tambah yang mampu diberikan.

Jangkaan itu meleset dan Facebook berjaya menjadi antara platform media sosial paling berkuasa di dunia.

Menyedari kesilapan itu, Yahoo mula mahu bangunkan platform media sosial sendiri dengan membeli Flickr, Delicious dan Right Media tetapi masih lagi gagal.

  1. Pengambilalihan Yang Gagal

Sepanjang penubuhan, Yahoo telah mengambilalih lebih 19 syarikat dan hampir kesemuanya gagal.

Paling ketara sekali adalah pengambilalihan Tumblr pada tahun 2013 dengan harga US$1.1 bilion. Tumblr terus kehilangan penggunanya sebaik sahaja diilhakan oleh Yahoo.

Hal itu mendorong Yahoo untuk terus menjual Tumblr kepada Automaticc dengan harga lebih murah iaitu US$10 juta sahaja.

Kesimpulannya apa yang melanda Yahoo adalah kegagalan menganalisis pasaran sehingga menyebabkan syarikat itu terlepas beberapa peluang.

Mereka cuba menebus balik kesilapan itu dengan membaikinya namun masih lagi gagal. Perkara ini dilakukan terus menerus sehingga kelihatan agak sia-sia.

Jadi, rebutlah peluang di depan mata kerana peluang kedua tidak selalunya indah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply