4 Horsemen Of Apocalypse: Tanda-Tanda Kiamat Kristian

2,899

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Agama Kristian beriman bahawa Nabi Isa (as) mempunyai beberapa orang sahabat. Salah seorang ialah Yohanan ben Zavdi, pengikut yang amat dikasihi baginda Isa (as).

Dalam bahasa Inggeris, pengikut ini dikenali sebagai John The Apostle. Walau apa pun nama digunakan, jasa beliau telah bantu membangunkan agama Kristian. Kerana beliau menulis Injil John, tiga Surah John dan Kitab Wahyu.

Sementara itu wujud seorang lagi John yang lebih mudah digelar “John of Patmos”. Struktur agama Kristian meletakkan darjat tinggi pada beberapa agamawan awal yang digelar “Church Fathers”.

Kelompok ini hidup di antara abad ketiga hingga abad kelapan, dalam suatu senarai panjang terdiri daripada golongan yang celik tentang agama Kristian.

Mereka berpendapat bahawa Yohanan Zavdi dan John of Patmos merupakan individu yang sama. Tetapi untuk mengelakkan kekeliruan, biarkan dua nama ini dibezakan dulu sekalipun benar mereka sama.

John of Patmos menyumbang pada pengetahuan Kristian tentang Hari Pengakhiran. Sama seperti agama-agama lain, Kristian beriman bahawa hari besar ini tidak akan berlaku sebelum beberapa petanda penting.

Agama Kristian melabel petanda-petanda ini dengan gambaran menarik: penunggang kuda.

Penunggang Kuda Putih

Warna putih mungkin memberi gambaran kesucian. Seorang ketua paderi Yunani bernama Irenaeus berpendapat bahawa petanda ini mesti bermaksud Nabi Isa (as).

Kerana kuda putih seharusnya melambangkan penyebaran injil yang berjaya (Mounce, 2006). Bayangkan baginda menunggang seekor kuda putih, muncul di sebalik ayat Tuhan.

Tetapi ada sedikit kekeliruan di sini. Selepas Nabi Isa (as) berangkat ke syurga, agama Kristian berpegang bahawa Roh Kudus turun untuk bertemu dengan pengikut-pengikut baginda.

Jadi ada pendapat mengatakan petanda ini melambangkan Roh Kudus sebenarnya. Selain itu, kuda putih juga membawa maksud wabak epidemik yang membinasakan juga boleh berlaku. Namun tafsiran kepada wabak ini berubah seiring zaman.

Penunggang Kuda Merah

Tiada prasangka positif diberikan pada petanda ini, kerana warna merah dipercayai melambangkan api kemelut atau pep3r4ngan (Lenski, 2008).

Jadi petanda ini menceritakan bahawa suatu hari nanti akan ada persengketaan hingga menyebabkan bµnµh-membµnµh.

Tidak pelik pun jika lambang ini bererti sebuah pep3r4ngan saudara atau perp3c4han dalaman kerana merah seringkali dikaitkan dengan darah. Darah pula ialah sebati dengan p3rang.

Penunggang Kuda Hitam

Warna hitam pula membawa petanda buruk yang menghitamkan harapan, seperti kebuluran teruk. Penunggang ini membawa sejenis zygon, yakni penimbang seolah-olah mengatakan kebuluran membuatkan roti terlalu bernilai (sampai perlu ditimbang).

Harga sebutir gandum melonjak 10 kali ganda sampai gaji sehari cukup hanya untuk seorang. Ini merupakan petanda kebuluran, apabila makanan sudah tidak terjamin.

Selalunya keadaan ini berlaku kerana alam semulajadi atau angkara kez4l1man sebuah kerajaan.

Tetapi ada pihak berpendapat bahawa penunggang ini membawa sepanduk Tuhan, bahawa penimbangnya mengimbangi keadilan (Hutchinson, 2013).

Kuda Pucat

Inilah kuda terakhir, yakni kedatangan m4µt sendiri. Kerana penunggang ini digelar Thanatos yang tidak membawa sebarang s3nj4t4. Mungkin juga ia mengakhiri apa yang dimulakan tiga penunggang sebelumnya?

Berlaku Atau Tidak?

Hari Pengakhiran mempunyai sifat terlalu kompleks. Pertama sekali, petanda-petanda ini tidak melengkapkan pemahaman umat. Sebaliknya eskatologi hanya menerangkan sesuatu supaya masyarakat untuk bersiap-siaga. Tidak lebih. Tidak kurang. Sesungguhnya keempat-empat penunggang ini seolah-olah sudah menjelma.

  1. Putih – penyebaran agama tauhid yang menundukkan musyrik?/wabak-wabak yang membinasakan
  2. Merah – dua pep3r4ngan dunia yang menyebabkan kem4t1an hampir 95 juta orang?
  3. Hitam – inflasi? Kebuluran di Ukraine?
  4. Pucat – Terlalu meluas.

Jadi fitrahnya, petanda k14m4t berbalik kepada akidah seseorang. Kerana barangkali petanda-petanda ini melambangkan sesuatu secara simbolik.

Rujukan:

Hutchinson, J.C. (2013). Albrecht Durer: A Guide To Research. Routledge. Halaman 58.

Lenski, R.C.H. (2008). The Interpretation of St John’s Revelation. Augsburg Fortress Publishers. Halaman 224.

Mounce, R.H. (2006). The Book of Revelation. Grand Rapids. Halaman 140.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.