4 Adikuasa Purba Melawan Tamadun Melayu

0
2717
views

1. Dinasti Han dan Dinasti Sui, China

Pada peringkat awalnya,kerajaan Champa merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan selalu melancarkan serangan ke wilayah selatan China.

Serangan Champa ke wilayah China yang direkodkan adalah sekitar tahun 248 dan 270 Masihi.Pada tahun 270 Masihi itu pula,Champa (rajanya ketika itu bernama Fan-Hsiang menurut rekod China) bergabung tenaga dengan jirannya,kerajaan Funan (yang juga merupakan sebuah kerajaan Melayu) untuk menyerang wilayah Kiu-sou milik China sehinggalah satu perjanjian damai dibuat di antara kedua-dua pihak,antara China dan Melayu (Funan dan Champa) pada tahun 280 Masihi.

Pada tahun 420 Masihi,Champa diperintah oleh seorang raja bernama Yang-Mah.Raja tersebut kemudiannya menyerang wilayah Tonkin dan meminta maharaja China mengiktiraf kekuasaanya.Sekali lagi pada tahun 431 Masihi,tentera Champa menyerang wilayah Tonkin.

Pembesar China yang menguasai Tonkin ketika itu,Tan Ho-tche akhirnya melancarkan serangan habis-habisan ke atas ibu kota Champa dan membunuh rajanya.Pemerintah berikutnya,Fan Chen tch’eng (Dewanika) akhirnya berdamai dengan China pada tahun 456 Masihi.

Ketika China berpecah dan saling berebutkan kawasan, Rudravarman, seorang Brahmin yang ditabalkan menjadi raja Champa akhirnya digantikan oleh Shambuvarman (Fan-Fan Tche).Raja tersebut mengambil peluang atas suasana huru hara dan perpecahan dalam negeri di China untuk menyerang wilayah selatannya.

Apabila seluruh negara China akhirnya berjaya disatukan oleh Dinasti Sui di bawah pemerintahan Maharaja Yang Jian (541~604),pengganti baginda,Maharaja Yang Guang berazam mahu mengembalikan semula kegemilangan China sepertimana pada zaman Dinasti Han dahulu.Baginda kemudiannya mengarahkan tentera China menakluk kembali wilayah-wilayah yang pernah dikuasai oleh Dinasti Han dahulu dan antara kerajaan yang terpaksa menghadapi kemaraan tentera Dinasti Sui itu ialah kerajaan Goryeo di Semenanjung Korea dan kerajaan Champa di Indo China.Maharaja Yang Guang mengarahkan jeneral Liu Feng sebagai ketua turus angkatan tentera China untuk menakluk Champa.

Pada tahun 604 Masihi, Jeneral Liu Feng kemudiannya menggerakan tentera China mengepung Champa dengan 10 000 angkatan tentera berjalan kaki dan berkuda yang dipimpin oleh Ning Changzhen, Li Yun, and Qin Xiong sementara Liu Fang sendiri mengetuai angkatan laut China mengepung perairan Champa.

Sementara itu tentera Champa pula terdiri dari tentera berjalan kaki,tentera berkuda,tentera bergaja.Pada pertembungan pertama tentera Champa dengan tentera Dinasti Sui,tentera China cuba menghambat askar Champa namun berjaya dibalas kembali oleh askar Champa.Tentera China menggunakan anak panah untuk mengganyang ancaman tentera bergajah Champa dan berjaya menawan kota Indrapura yang merupakan pusat pentadbiran Champa dan membakarnya.

Raja Shambuvarman terpaksa berundur ke kawasan pergunungan untuk menyusun serangan yang seterusnya untuk menawan kembali kota Indrapura.Namun,penguasaan tentera China di kota tersebut tidaklah lama akibat serangan wabak penyakit yang menyebabkan banyak tentera mereka mati.Dengan mudahnya,kota Indrapura ditawan semula oleh tentera Champa dan menghalau saki baki tentera China di sana.

Saki baki kekuasaan Dinasti Sui berjaya dihambat oleh Champa dan kemudiannya pada tahun 628 Masihi,Raja Shambuvarman menghantar utusan ke China untuk mendesak Maharaja Yang Guang meminta maaf kepada Champa.Maharaja tersebut akur dan memohon maaf,berjanji tidak akan menganggu Champa lagi.

Masa keamanan dan kemakmuran ini dipergunakan sebaiknya oleh Shambuvarman untuk membaiki dan membina semula candi-candi yang dibakar sebelum itu.Selain membaiki semula candi Siva-Bhadresvara (yang dibina oleh Bhadravarman pada abad ke 4 Masihi),baginda turut membina sebuah candi baru yang dinamakan sebagai Shambubhadreswara.

Tidak lama kemudian ketika pemerintahan China berpindah tangan dari Dinasti Sui ke Dinasti Tang,berlaku sekali lagi konflik antara Champa dan China apabila para menteri China tidak berpuas hati dengan Champa dan mendesak Maharaja Li Shimin untuk menyerang Champa.

Maharaja tersebut menolak permintaan menteri-menteri tersebut dan memberi alasan bahawa kekalahan dinasti China yang terdahulu (yakni Dinasti Sui) terhadap Champa harus dijadikan pedoman kepada pemerintahan Dinasti.

2. Amukan Mongol Yang Menggila

Pada abad ke 13,satu kuasa besar baru muncul di daratan steppe di Asia Tengah.Kuasa besar ini terkenal dengan tenteranya yang sangat ganas dan dahagakan pembunuhan dan pertumpahan darah.Kuasa besar ini menjadi mimpi ngeri kepada empayar China,empayar Islam di Timur Tengah dan beberapa buah kerajaan di Eropah. Dan,kuasa besar itu namanya ialah Empayar Mongol yang pada masa kemuncaknya menjadi empayar daratan terbesar di dunia.

Waqaf Saham

Orang Mongol berjaya menumpaskan pemerintahan Dinasti Song di China dan salah seorang dari pembesar Mongol telah mengasaskan dinasti pemerintahan sendiri di China yang dinamakan sebagai Dinasti Yuan,

“Kalau kalian mendengar berita yang askar Mongol kalah dalam sesuatu peperangan,jangan percaya!”

Ungkapan di atas menggambarkan betapa hebatnya kekuasaan tentera Mongol yang tidak pernah kalah dalam pertempuran mereka,di samping sifat mereka yang dahagakan pertumpahan darah ibarat serigala lapar.Ketika Dinasti Song di China,Empayar Abbasiah di Timur Tengah dan kerajaan Korea tumbang di tangan Mongol,sebaliknya pula yang berlaku di Indo China.

Ketika bangsa Arab di Timur Tengah pening kepala untuk menangani amukan Mongol, ketika bangsa Cina di Tanah Besar menjadi mangsa kekejaman Mongol manakala anak dara di Eropah tidak tidur lena tatkala mendengarkan cerita kegenasan dan kerakusan Mongol, namun di Asia Tenggara,tentera Mongol bukannya tandingan nenek moyang kita ketika itu.

Ketika itu, jalan perdagangan rempah ratus dan sutera di antara China dengan negara-negara seperti India dan Timur Tengah dikawal oleh Champa.Champa bertindak sebagai orang tengah disamping kerajaan jiran Champa iaitu Vietnam. Laluan rempah inilah yang mahu dikuasai oleh Kublai Khan ketika itu.Sebuah ekpedisi ketenteraan yang diketuai oleh seorang jeneral Mongol yang bernama Sodu telah dihantar ke Indo China oleh Kublai Khan untuk menguasai dua kerajaantersebut.

Perang ini menyaksikan bagaimana Dai-Viet dan Champa yang sering berperang sesama sendiri akhirnya bersatu di bawah satu panji menentang Mongol yang dihantar Kublai Khan untuk menawan bumi IndoChina ketika itu. Dalam beberapa siri pertempuran sepanjang perang itu berlaku, Putera kerajaan Dai-Viet telah memimpin barisan askar campuran Viet-Champa. Penghujung peperangan ini, Dai-Viet dan Champa berjaya menghalau kuasa Monggol melalui Dinasti Yuan.


3. Empayar Melayu Srivijaya, Armada Laut Terbaik Dunia

Semasa Champa diperintah oleh raja Satyavarman,kerajaan tersebut terpaksa menghadapi kemaraan tentera Empayar Sriwijaya (digelar sebagai Jawa oleh orang Cham) dari selatannya.

Masihkah para pembaca tahu insiden “Maharaja Zabag” yang ditulis oleh seorang pengembara Arab bernama Sulayman dalam kitab al Rujjar pada abad ke 8 menceritakan mengenai seorang raja Khmer yang menghina maharaja Zabag dan akhirnya diserang negaranya secara mengejut oleh tentera Maharaja tersebut dan kepala raja Khmer tersebut akhirnya dipancung oleh tentera tersebut.

Ya,insiden ini memang benar-benar terjadi di mana kerajaan Khmer yang disebut oleh Sulayman itu merujuk kepada Kerajaan Chenla yang menguasai daratan Kampuchea pada kurun ke 6 Masihi,manakala Zabag ialah panggilan orang Arab yang merujuk kepada Empayar Srivijaya.Dikatakan pada tahun 774 Masihi,tentera Srivijaya (yang pada masa itu dikuasai oleh Dinasti Sailendra) dari Pulau Jawa telah menyerang kerajaan Chenla dan menakluknya,kerana raja Chenla didapati telah menghina Maharaja Srivijaya.

Empayar Srivijaya bukan sahaja menakluk Chenla,malah melakukan serangan dan penjarahan ke atas Champa.Pada masa pemerintahan raja Satyavarman (Ichwaraloka) di Champa,kerajaan tersebut diserang oleh tentera Srivijaya dari selatan.Tentera Srivijaya telah menjarah dan memusnahkan candi Po Nagar.

Satyavarman beserta tentera Champa kemudiannya menyerang balas tentera Srivijaya yang menyerang negeri mereka dalam satu pertempuran laut pada tahun 784 Masihi dan berjaya mengundurkan tentera Srivijaya.

Sekali lagi pada tahun 787 Masihi,di mana tentera Srivijaya sekali lagi menyerang selatan Champa dan menjarah sebuah candi bernama Bhadradhipaticwara di Pandurangga.Champa yang pada masa itu diperintah oleh Indravarman I,adinda kepada Satyavarman sekali lagi berjaya mematahkan serangan tersebut.

4. Kerajaan Khmer, Bangsa Purba Asia Tenggara 

Peperangan antara Champa dan Dai-Viet berbara semula apabila raja Rudravarman III yang menaiki takhta Champa pada tahun 1061 Masihi,telah mengarahkan serangan ke atas wilayah Dai-Viet namun baginda dan tentera Champa dikalahkan serta merta oleh raja Vietnam,Ly Thanh Tong lalu ditawan.Untuk melepaskan dirinya,raja tersebut akhirnya menyerahkan wilayah dari kawasan Gate Of Annam hingga ke genting Lao Bao kepada kerajaan Dai-Viet.Namun disebabkan tindakannya,beliau tidak dapat menduduki semula takhtanya.


Beliau digantikan oleh raja Hariwarman IV yang berjaya menghalau saki baki orang Dai-Viet dari Champa kemudian membayar ufti perlindungan kepada Vietnam.

Pada masa itulah,Champa pula diserang oleh satu lagi jirannya di barat iatu kerajaan Khmer.Serangan pertama Khmer ke atas Champa dibuat pada tahun 1080 Masihi di mana banyak candi dan biara dihancurkan namun Raja Hariwarman IV berjaya mengalahkan serangan orang Khmer tersebut.Raja tersebut akhirnya turun takhta untuk bertapa dan mengabdikan diri kepada tuhan sebelum akhirnya mangkat pada tahun 1081.

Sekali lagi pada tahun 1145 Masihi,kerajaan Khmer di bawah pemerintahan Suryavarman II sekali lagi menyerang Champa dan menawan ibu kotanya,menyebabkan pusat pemerintahan terpaksa berpindah jauh lagi ke kota Vijaya di selatan,namun tentera Champa masih dapat mengalahkan tentera Khmer yang sedang mara untuk menyerang Vijaya pada masa itu.Serangan orang Khmer ke atas Champa diakhiri oleh raja Jaya Hariwarman yang berjaya menghalau saki baki tentera Khmer dan Vietnam,seterusnya menyatukan kembali Champa.

Seorang pegawai istana,Jaya Indrawarman berjaya merampas kuasa dari putera Jaya Hariwarman pada tahun 1167 Masihi.Di bawah pemerintahannya,kerajaan Champa kembali kuat malahan pada tahun 1177 Masihi,Champa dapat melancarkan serangan ke atas kerajaan Khmer dan menjarah kota Angkor,ibu kota kerajaan tersebut.

Ini menimbulkan dendam oleh raja Khmer, Jayawarman III kepada raja Champa.Beliau lalu berpakat dengan putera Champa bernama Vidyanandana untuk menyerang Champa.Komplot ini berjaya dan Vidyanandana berjaya menawan Jaya Indravarman dan dibawa ke Angkor.

Kekosongan takhta Champa diambil oleh seorang kerabat diraja bernama Suryajayawarmandewa.Pada masa sama,Vidyanandana juga mengisytiharkan dirinya sebagai raja Champa di Pandurangga.Ini menyebabkan Champa akhirnya berpecah kepada dua.Namun Vidyanandana berjaya menghapuskan pesaingnya seterusnya menyatukan kembali Champa.

Perang antara Khmer dan Champa berakhir apabila raja Jaya Parameswarawarman II menaiki takhta Champa.Ketika itu,orang Khmer sibuk menangkis serangan musuh mereka,orang Thai di barat.Champa mengambil manfaat atas masa aman ini untuk membaiki semula candi-candi yang rosak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.