Sejak penularan wabak Covid-19 bermula pada akhir Disember lepas, lebih 137,000 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia dengan angka kem4tian mencecah lebih 5,000 orang. Dan dengan WHO mengisytiharkan ia sebagai pandemik, langkah pembanterasan dan pencegahan oleh negara-negara dunia juga dijangka akan digiatkan dengan lebih agresif.

Yang pasti, penyakit ini tidak mengenal siapa mangsanya tanpa mengira perbezaan sama ada agama, kaum, usia atau status. Sejak beberapa minggu ini, beberapa orang terkenal melaporkan mereka disahkan positif menghidap Covid-19. Berikut beberapa selebriti terkenal yang berada dalam senarai ini:

  • Tom Hanks dan Rita Wilson.

Pelakon terkenal, Tom Hanks, semalam mengesahkan beliau bersama isteri Rita Wilson, telah didapati positif Covid-19. Hanks, 63, mendedahkan mereka berdua demam ketika berada di Australia semasa sedang menjalani penggambaran filem Presley arahan Baz Luhrmann

“Sebagai langkah wajar, seperti yang diperlukan dunia ketika ini, kami diuji untuk coronavirus dan didapati positif,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Instagram. Beliau turut memaklumkan kedua-dua mereka kini dikuarantin dan dipantau.

“Kami akan mengemas kini perkembangan kepada semua,” tambahnya lagi sambil memuat naik sekeping gambar sarung tangan di dalam beg sampah ‘biohazard’ ke akaun Instagramnya.

  • Sophie Gregoire Trudeau

Isteri Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari melakukan lawatan di UK. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Sophie Gregoire Trudeau pada Khamis dan dijangka mengkuarantin diri sendiri selama dua minggu seterusnya.

Trudeau berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang simptom. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, beliau bekerja dari tempat berasingan untuk dua minggu seterusnya. Beliau dijangka akan berucap kepada warga Kanada hari ini.

Namun, Sophie bukan satu-satunya figura terkenal Kanada yang dijangkiti virus berkenaan atau berwaspada dengan apa yang berlaku. Dua menteri kabinet suaminya, Mary Ng dan Seamus O’Regan juga memilih mengkuarantin diri sendiri selepas menghadiri satu persidangan perlombongan di Toronto.

Pemimpin Parti Demokratik Baru, Jagmeet Singh turut mengambil langkah sama baru-baru ini selepas merasa tidak sihat.

  • Rudy Gobert

Pemain pasukan bola keranjang Utah Jazz, Rudy Gobert disahkan positif Covid-19 pada Khamis lepas. Akibat berita tersebut, NBA memutuskan untuk menggantung baki perlawanan musim untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan.

Namun, bukan Gobert seorang sahaja yang disahkan positif. Rakan sepasukan Donovan Mitchell turut mengesahkan dia juga positif Covid-19 selepas diuji. Berita tersebut diumumkan menerusi hantaran Instagramnya.

  • Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta diuji positif Covid-19. Berita tersebut diumumkan oleh kelab Liga Perdana itu pada pagi Jumaat.

“Pusat latihan Colney kami di London sudah ditutup selepas ketua jurulatih Mikel Arteta mendapat keputusan positif Covid-19 malam ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan Gunners.

Gunners sepatutnya dijadualkan bertemu Brighton tetapi perlawanan tersebut ditangguhkan selepas pengumuman berkenaan. Berita pengesahan positif Arteta disusuli oleh berita pemain sayap Chelsea, Calum Hudson-Odoi yang turut disahkan positif Covid-19.

Akibatnya, pihak liga memutuskan untuk menggantung sementara liga sehingga 3 April ini. Namun, banyak kelab menjangkakan tempoh tersebut mungkin dipanjangkan sekiranya Covid-19 tidak reda dalam tempoh berkenaan.

  • Daniele Rugani

Sebelum kes Covid-19 menjadi isu hangat bola sepak di UK, Eropah pula sudah merasa bahananya dalam bentuk pemain Itali, Daniele Rugani. Rugani yang mewakili Juventus disahkan positif Covid-19 sekaligus memaksa pasukan yang diberi jolokan La Vecchia Signora mengarahkan semua pemain dan staf pasukan dikuarantin.

Ini termasuklah bintang Portugal terkenal, Cristiano Ronaldo yang perlu menjalani kuarantin diri sendiri di tempat kelahirannya iaitu Madeira, Portugal. Rugani disahkan positif selepas perlawanan Serie A antara Juventus dengan pesaing rapat mereka untuk kejuaraan liga, Inter Milan.

Selain Juventus, Inter turut mengambil langkah sama dengan mengkuarantin semua pemain dan staf pasukan sehinggalah mereka disahkan negatif Covid-19.

Akibat perkembangan ini juga, Itali yang terus bergelut menangani penularan Covid-19 mengambil keputusan menggantung semua bentuk aktiviti yang melibatkan orang ramai berhimpun termasuk acara sukan. Serie A dan Serie B digantung seketika sehingga 3 April ini.

Namun, ramai menyuarakan kebimbangan musim liga berkenaan tidak dapat ditamatkan. Ini mendorong kepada cadangan perlawanan play-off untuk menentukan siapa yang berhak menjadi juara musim ini.

  • Javier Solana

Bekas Setiausaha Agung NATO, Javier Solana dimasukkan ke hospital pada Rabu selepas disahkan positif Covid-19. Solana, 77, berada dalam keadaan sihat dan diletakkan di bawah pemantauan sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung NATO, Solana juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Sepanyol semasa era Felipe Gonzalez dari tahun 1992 hingga 1995.

  • Peter Dutton

Anggota kabinet Perdana Menteri Scott Morrison ini disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian pada Jumaat. Dutton yang juga Menteri Dalam Negeri Australia mengadu sakit tekak dan suhu badan tinggi sebelum diperiksa.

Ketika ini, beliau berada di hospital seperti mana yang disarankan pihak berkuasa kesihatan Queensland dan berada dalam keadaan sihat.

Dutton dikatakan dijangkiti virus Covid-19 selepas mengadakan lawatan ke Amerika baru-baru ini. Lawatan tersebut menyaksikan beliau mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota kanan pentadbiran Rumah Putih termasuk anak perempuan Donald Trump, Ivanka.

  • Nadine Dorries

Pada 10 Mac lepas, Menteri Kesihatan UK Nadine Dorries mengesahkan bahawa beliau positif Covid-19. Ini mendorong sesiapa yang ada bertemu dengan Dorries untuk mengkuarantin diri mereka sehingga disahkan negatif.

Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Parlimen Parti Buruh, Rachel Maskell. Maskell yang mengadakan pertemuan dengan Dorries pada minggu lepas dinasihatkan menjalani kuarantin walaupun tidak mempunyai sebarang simptom.

RUJUKAN:

Agensi. (2020). COVID-19: Cristiano Ronaldo terpaksa dikuarantin. Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-sukan/covid-19-cristiano-ronaldo-terpaksa-dikuarantin-23351

BBC Sport. (2020). Coronavirus: Premier League and EFL suspended in England – Scotland, Wales and Northern Ireland halt games. https://www.bbc.com/sport/football/51867989

Berita Harian. (2020). Tom Hanks, isteri positif COVID-19. https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/03/664589/tom-hanks-isteri-positif-covid-19

Berita Harian. (2020). Mikel Arteta positif Covid-19. https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/664886/mikel-arteta-positif-covid-19

Trenaman, Calum. (2020). Amid COVID-19 outbreak, NBA star Rudy Gobert faces backlash for prank. CNN Sports. https://edition.cnn.com/2020/03/12/sport/rudy-gobert-coronavirus-prank-backlash-spt-intl/index.html

Mills, David. (2020). Celebrities who have coronavirus. The Herald Sun. https://www.heraldsun.com.au/lifestyle/health/celebrities-who-have-coronavirus/news-story/9ec4551507b6c4a2f114780b15dcec10

Goal. (2020). Italian prime minister announces indefinite suspension of Serie A amid coronavirus chaos. https://www.goal.com/en-my/news/italian-prime-minister-announces-indefinite-suspension-of/15ulqqkvxbq4j132ryaodkeb77

Cecco, Leyland. (2020). Justin Trudeau in self-isolation after wife Sophie tests positive for coronavirus. The Guardian. https://www.theguardian.com/world/2020/mar/12/justin-trudeau-coronavirus-sophie-trudeau-canada

Dibble, Madison. (2020). Coronavirus touches Trump: Brazilian president tests positive for COVID-19. Washington Examiner. https://www.washingtonexaminer.com/news/coronavirus-touches-trump-brazilian-president-tests-positive-for-covid-19

The Straits Times. (2020). Former Nato chief Javier Solana has coronavirus, says source. https://www.straitstimes.com/world/europe/former-nato-chief-javier-solana-has-coronavirus-says-source


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.