Kewangan negara selalu mencerminkan imej dan prestij dalam hal ehwal antarabangsa. Disebabkan itu wujud sebahagian daripada rakyat yang suka membandingkan Malaysia dan Singapura. Mencontohi teladan-teladan baik itu ialah fitrah. Namun membandingkan kepingan syiling dalam bentuk hinaan terhadap Malaysia memanglah dangkal. Memanglah hantaran hinaan dibuat pada 13 November 2016, tetapi kecaman-kecaman masih lagi berlarutan sehingga hari ini. Dan itulah masalah kepada masyarakat sosial Malaysia.

Pertama sekali, setiap negara mempunyai cara-cara tersendiri untuk merekacipta matawang. Amerika Syarikat misalnya mencetakkan 1, 2 (jarang dicetak), 5, 10, 20, 50 dan 100 semuanya dengan saiz sama. Cuma motif yang berbeza; di hadapan ialah pemimpin-pemimpin bersejarah dan belakang pula peristiwa-peristiwa menarik dalam sejarah. Begitu juga dengan Malaysia, yang mencetakkan wang RM1 lebih kecil berbanding RM50 dan RM100 (mungkin untuk menjimatkan kos juga).

Memandangkan terdapat penghinaan, seharusnya matawang Ringgit secara keseluruhan diceritakan secara terperinci serta erti motif itu sendiri. Bermula sekitar 1967 apabila Bank Negara Malaysia meluluskan beberapa jenis matawang bermula dari 1 sen hingga $1000, yang setiap satu mempunyai jenis berbeza. Malah $1 hingga $1000 pula mempunyai wajah Tunku Abdul Rahman (yang $1000 mempunyai motif belakang bangunan Parlimen).

Siri cetakan diteruskan dua kali iaitu pada tahun 1982 dan 1996. Dan keluaran semasa pula bermula dari tahun 2012. Bermula dengan duit 5 sen yang dibuat dengan keluli tahan karat berbelakangkan sulur kacang 14 titik (dan lima garis melintang) bersertakan destar siga daripada budaya Kadazan-Dusun. Disambung pula dengan duit 10 sen yang dibuat pun dengan keluli tahan karat dengan lingkarannya digiling. 14 titik dan lima garisan melintang yang sama juga boleh dilihat pada permukaan belakangnya. Duit yang dihina (dengan perbandingan bersama Singapura) ini juga mempunyai corak tenunan daripada suku Mah Meri.

Duit 20 sen dibuat dengan nikel dan tembaga, bukan keluli tahan karat. Lingkarannya turut digiling. Dan selain daripada 14 titik dan lima garisan melintang, motif belakang mempunyai tiga bunga melur di hadapan destar siga. Bahan untuk 50 sen pula mempunyai nikel, tembaga dan kuprum berlingkar keras dengan corak di belakang.

Di bahagian hadapan pula setiap duit syiling ini mempunyai nilainya, tahun cetakan dan bunga kebangsaan. Wang-wang kecil ini disambung pula dengan wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman, bunga kebangsaan dan corak-corak songket pada muka hadapan wang kertas. Di belakang pula terdapat wau bulan (RM1), burung kenyalang (RM5), rafflesia (RM10), penyu karah (RM20), Tunku Abdul Rahman al-Haj dan pokok sawit (RM50) dan Gunung Kinabalu serta bentuk muka bumi lembah Gunung Api (RM100).

Berdasarkan penjelasan ini, tidak boleh dinafikan bahawa wang-wang Malaysia mempunyai nilai estetika yang kaya dengan seni lagi budaya. Namun apa yang dilihat golongan penghina hanyalah bahasa semata-mata, seolah-olah terdapat isu Malaysia ketinggalan zaman kerana tidak meletakkan bahasa-bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Setepatnya nilai kebudayan pada wang Malaysia lebih tinggi daripada Singapura, yang hanya menekankan faktor sosial dan sejarah terdekat.

Memang benar wang ringgit perlu diperbaharui lagi. Terdapat beberapa cabaran terutamanya kepada golongan warga emas contohnya warna RM1 dan RM50 seakan-akan sama dan kepingan 20 sen dan 50 sen pula tidak begitu jauh berbeza dari segi saiz (dan muka hadapan). Namun menghentam negara seharusnya terhad kepada kecacatan semata-mata. Hanya kerana bahasa itu menandakan kezaliman yang dituju kepada lebih daripada 30 juta rakyat.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.