Sekumpulan penyelidik etnomatematik negara menemui 34 manuskrip Melayu yang berkait dengan penyelidikan sains dan matematik pada abad ke-17. Penemuan ini diyakini dapat membantu menambah baik sistem pendidikan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) negara.

Pengarah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muhammad Rezal Kamel Ariffin, berkata semua manuskrip itu ditemui di Acheh, Indonesia dan Champa, Kemboja selain beberapa lokasi di negara ini yang kini disimpan secara digital di institut berkenaan.

Tambahnya, pihaknya kini dalam peringkat transliterasi manuskrip itu sebelum bercadang membawa penemuan berkenaan kepada Kementerian Pendidikan untuk dimasukkan ke dalam silibus pengajaran STEM.

“Etnomatematik ialah bidang kajian matematik yang lahir melalui budaya dan etnik sesuatu kaum dengan penyelidikan mengenainya mula dikesan di negara ini pada akhir tahun 1980-an sebelum kita mengaktifkan pencarian manuskrip ini pada tahun 2002. Dalam misi ini, kita menemui penyelidikan sains dan matematik tamadun Melayu yang tersorok dalam lipatan manuskrip lampau berusia 1,600 tahun.

“Penemuan sebegini penting kerana melalui etnomatematik, ia mampu meningkatkan jati diri kerana kita lebih memahami mengenai susur galur mengenai ilmu sains dan matematik dalam tamadun kita sendiri. Justeru, kita menjangkakan penemuan ini mampu meningkatkan minat pelajar STEM kerana mereka tahu susur galur ilmu ini melalui tamadun Melayu, ” katanya pada sidang media, hari ini.

Projek penyelidikan manuskrip ini disertai beberapa orang ahli akademik. Ini termasuk Felo Penyelidik Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain; Pensyarah Kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains Matematik, Prof Madya Dr Sharifah Kartini Said Husain dan Pegawai Sains INSPEM, Mohd Rohaizat Abdul Wahab.

Prof Muhammad Rezal menambah, pihaknya mengalu-alukan pembabitan penyelidik tempatan lain untuk mengkaji keupayaan sains dan matematik Melayu ini untuk memperhebatkan jati diri bangsa.

“Sehingga kini, kita berdepan cabaran untuk proses transliterasi manuskrip berkenaan kerana ia ditulis dalam tulisan Jawi lama dan kita mahu lebih ramai penyelidik terbabit dan INSPEM akan menyediakan dana dan khidmat nasihat kepada mereka. Ini kerana kita bertanggungjawab untuk membuat pembetulan terhadap risiko jati diri yang mungkin mudah goyah atau terikut dengan budaya lain jika kita tidak mengenali susur galur sendiri, ” ujarnya.

Bidang etnomatematik mula diperkenalkan di Eropah pada sekitar 1970-an oleh tokoh-tokoh seperti Ubiratan D’Ambrosio, Macia Archer, Paulus Gerdes, Ahuja Mangho dan Frank Swetz yang mengkaji mengenai matematik yang lahir dalam budaya dan etnik sesuatu kaum.

Penyelidikan sebegini bermula di Malaysia pada akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an oleh penyelidik di UM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UPM sendiri. Antara tokoh tersohor yang menerokai bidang ini di Malaysia ialah Prof Emeritus Shaharir, Prof Datuk Dr Abdul Razak Salleh, Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail, Prof Emeritus Datuk Dr Kamel Ariffin Mohd Atan dan Prof Dr Abdul Latif Samian.

RUJUKAN:

Halid, Suzalina. (2020). Penyelidik temui 34 manuskrip simpan rahsia ilmu sains, matematik Melayu. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/739070/penyelidik-temui-34-manuskrip-simpan-rahsia-ilmu-sains-matematik

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.