Peraturan Bunyi Bising Di Tempat Kerja

545

Kehilangan pendengaran dari tempat kerja berada di carta tertinggi dalam Malaysia. Hampir 60  peratus dari 3058 kes pada tahun lepas (Januari-September) ialah kes hilang pendengaran. Pekerja yang terdedah dengan bunyi bising ditempat kerja untuk tempoh yang lama dan tidak menggunakan peralatan pelindungan diri dengan betul sememangnya mudah mendapat masalah kesihatan.

Pada tahun 2019, peraturan bunyi bising juga telah digubal semula dibawah akta kesihatan dan keselamatan pekerjaan (AKKP 1994) dan bukan lagi dibawah Akta Kilang dan Jentera 1967(AKJ 1967). Peraturan baru ni berkuat kuasa pada awal jun tahun ni.

Ada beberapa perubahan pada seksyen dalam peraturan baru ni. Perubahan peraturan ni daripada dibawah AKJ 1967 ke AKKP 1994 membawa maksud semua sektor tertakluk dan mesti patuh kepada peraturan ini. Tiada lagi alasan sektor bukan pengilangan tidak tertakluk pada akta kilang dan jentera.

Perubahan ini sesuai dengan visi utama Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan tidak berisiko untuk setiap pekerja.

Apa yang kita nampak pada zahir ialah tempat kerja yang selamat. Tapi tempat kerja yang selamat menjimatkan kos, meningkatkan produktiviti, memudahkan pengurusan (low turn over) dan lain-lain.

*Seksyen 6 – Peraturan – Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019

Kawasan kerja yang mengeluarkan bunyi melebihi 82dB dikategorikan sebagai kawasan bunyi bising. Setiap pekerja yang bekerja dikawasan berkaitan perlu dihantar untuk pemeriksaan kesihatan.

*Kawasan bunyi bising dibawah paras 82dB tidak memerlukan pekerja dihantar untuk pemeriksaan kesihatan pendengaran.

Sebagai contoh ada satu kilang, dalam lima buah mesin. Selepas taksiran bunyi bising, hanya ada satu mesin yang berbunyi bising. Pekerja yang mengendalikan mesin tersebut sahaja perlu dihantar untuk pemeriksaan kesihatan.

Kawasan mesin tersebut perlu dipisahkan dengan kawasan mesin lain supaya tidak mendedahkan pekerja lain dengan risiko bising. Sekiranya perlu, majikan perlu mengubah suai mesin itu untuk mengurangkan bunyi bising dari pada mesin itu. Pekerja mesin itu perlu dilatih tentang kesedaran bunyi bising.  Pekerja juga perlu dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri seperti plug telinga dan muff telinga.

Sekiranya kawasan itu dikategorikan sebagai kawasan bunyi bising, majikan perlu menyediakan pekerja yang berada berdekatan dengan peralatan perlindungan diri yang sesuai. Majikan juga perlu mengadakan penaksiran risiko iaitu analisa bunyi bising ditempat kerja oleh konsultan yang kompeten.

Pekerja yang berada dikawasan itu juga perlu dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, audiometrik test. Berdasarkan laporan ujian ini, sekiranya pekerja mengalami masalah kesihatan berkaitan pendengaran selepas bekerja lebih enam bulan, majikan perlu melaporkan kepada JKKP berkenaan kes kehilangan pendengaran ni.

*selepas tempoh enam bulan sebab sebelum enam bulan tu, mungkin pekerja mendapat masalah kesihatan pendengaran dari tempat kerja sebelum atau berpunca dari masalah kesihatan individu.

Masalah kesihatan berkaitan pendengaran memang menjadi ancaman buat semua pekerja. Walaupun ada had bunyi yang jelas dalam peraturan ni, tapi itu semua bergantung kepada individu. Telinga adalah organ yang begitu penting buat manusia. Telinga juga adalah satu organ yang amat sensitif, andai rosak peluang untuk sembuh adalah tipis. Ada pekerja yang hilang pendengaran sementara, pendedahan bunyi bising dihentikan kepada dia dan telinganya kembali sembuh. Ada pekerja yang terus hilang pendengaran seumur hidup dan kekal.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bagaimana Telinga Berfungsi

Bunyi akan disalurkan ke dalam liang telinga dan menyebabkan gegendang telinga bergerak.

Gegendang telinga akan bergetar mengikut bunyi. Getaran bunyi dipindahkan ke koklea menerusi osikel. Getaran bunyi akan menyebabkan cecair di dalam koklea bergerak.

Pergerakan cecair itu akan menyebabkan sel-sel rambut membengkok. Sel-sel rambut menghasilkan isyarat neural yang akan dikutip oleh saraf auditori. Sel rerambut pada salah satu hujung koklea akan menghantar maklumat bunyi yang bernada rendah dan sel-sel rambut di hujung yang lain akan menghantar maklumat bunyi pic tinggi.

Saraf auditori akan menghantar isyarat kepada otak di mana ia akan ditafsirkan sebagai bunyi.

Perbualan normal manusia seharian berukuran 60-70 dB. Bahagian dalam telinga adalah antara bahagian tubuh yang sangat sensitif. Dua bahagian yang dikhuatiri rosak atau cedera akibat pendedahan bunyi bising ialah gegendang telinga (ear drum) dan sel rerambut dalam koklea (cochlea).

Apa itu NIHL – Noise Induced Hearing Lost

NIHL boleh disebabkan oleh pendedahan sekali kepada bunyi “mendadak” yang kuat, seperti letupan, atau dengan pendedahan yang berterusan kepada bunyi yang kuat dalam tempoh masa yang panjang. Kehilangan pendengaran akibat pendedahan terlalu panjang akan membuatkan sel rerambut pada bahagian koklea telinga rosak atau mati menyebab bunyi tidak dapat diproses dan dihantar ke otak.

NIHL juga boleh disebabkan oleh bunyi bising yang sangat kuat, seperti tembakan atau letupan, yang boleh memecahkan gendang telinga atau merosakkan tulang di telinga tengah. Kecedaraan pada bahagian ini akan membuatkan kita kehilangan pendengaran jenis ini secara serta-merta dan kekal.

Jarak anda dari sumber bunyi dan panjang masa pendedahan kepada bunyi juga merupakan faktor penting untuk melindungi pendengaran anda. Apa yang anda boleh lakukan adalah mengelakkan bunyi yang terlalu kuat, terlalu dekat, atau terlalu lama. Sekiranya anda bekerja dikawasan yang berbunyi bising, pastikan anda menggunakan peralatan perlindungan diri bahagian telinga dengan betul.

RUJUKAN:

  1. Mohd Nazllie Zainul (2019) Bendung Kes Kehilangan Pendengaran Dalam Kalangan Pekerja Industri, Sabah News Today, Malaysia. https://www.sabahnewstoday.com/bendung-kes-hilang-pendengaran-dalam-kalangan-pekerja-industri/
  2. Nasional, Media Baharu (2019) Hilang pendengaran akibat bunyi bising antara penyakit pekerjaan paling tinggi – JKKP, Alor Star, RTM. https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/17100-hilang-pendengaran-akibat-bunyi-bising-antara-penyakit-pekerjaan-paling-tinggi-jkkp
  3. Saddam Edris (2019) 10 sektor AKKP perlu patuhi warta baharu Peraturan Bunyi Bising 2019. Utusan Borneo. https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20190512/281711206092015
  4. Joy Victory (2019) Noise-induced hearing loss (NIHL) Healthy Hearing. https://www.healthyhearing.com/help/hearing-loss/noise-induced-hearing-loss

Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.