Hukuman Salang Terakhir

1,560

Berikut keterangan tentang Hukuman Salang Terakhir yang direkodkan dalam “Political and Statistical Account of The British Settlements in The Straits of Malacca, vis Pinang, Malacca, and Singapore; with a History of The Malayan States on The Peninsula of Malacca Vol I 1839 oleh T.J. Newbold:-

1. Juara Magat (Megat), adalah merupakan penghulu pertama dari jalur terakhir, telah memperuntukkan kuasa kepada dirinya untuk menjatuhkan hukuman m4ti kepada penduduk di dalam kawasan pentadbirannya.

2. Ianya dilaksanakan oleh penghulu-penghulu seterusnya sehinggalah tahun 1809 di mana ia dimansuhkan oleh Residen British, Colonel Farquhar (William Farquhar), apabila lelaki yang diingati kerana khidmatnya oleh kebanyakan orang Melayu, di Melaka dan negeri Melayu berhampiran.

3. Hukuman m4ti terakhir dijatuhkan oleh Abdul Syed (atau Dholl Syed) (berkemungkinan merujuk kepada penghulu Naning, Dol Said), bekas Penghulu terhadap seorang lelaki Quedah (Kedah) bernama Sali pada tahun 1805.

4. Lelaki Melayu ini membawa dua orang hamba Cina dari Melaka terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita; bila si hamba lelaki melawan, Sali membvnvhnya dengan keris di dalam hutan di Londu (Lendu) dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Pila (Kuala Pilah), Srimenanti (Seri Menanti) bersama wanita itu di mana dia menjualnya sebagai hamba.

5. Superitendan Naning ketika itu, Tuan Westerhout (J.B. Westerhout), yang menjadi saksi telah menerangkan kepada saya tentang perbicaraan dan upacara perlaksanaan hukuman.

6. Penjenayah itu dibawa dalam keadaan dibelenggu ke Bukit Penialang atau Bukit Hukuman berhampiran Tabu (Taboh). Penghulu, Empat Suku, Panglima Dua Belas, Bendahara dan Makhdum, kesemuanya duduk sebagai hakim di bawah pokok tembusu di kaki bukit itu.

7. Saksi-saksi kemudiannya dibawa tampil ke hadapan dan disoal oleh Penghulu itu sendiri. Bukti yang dibentangkan terhadap pesalah dianggap kukuh, menurut undang-undang agama Mohammed (undang-undang syariah), dia dijatuhkan hukuman yang dipersetujui mengikut Adat Minangkabau iaitu membayar satu bahara bersamaan 24 dolar Sepanyol dan 30 sen atau disalang sampai m4ti dengan keris. Selepas tidak dapat membayar denda, persiapan dibuat untuk perlaksanaan hukuman.

8. Kuburnya digali di situ juga, dan dia diletakkan di situ dalam keadaan duduk, berada pada detik-detik terakhir kehidupannya. Sebagai keselamatan, dua panglima duduk bersebelahan dengannya sementara Panglima Besar Sumun mengeluarkan senjata yang akan menamatkan riwayat penjenayah yang ketakutan itu.

9. Pada bahagian hujung mata, k3r1s panjang itu (keris alang), dengan berhati-hati panglima meletakkan sehelai kain kapas di mana dia menekannya pada dada lelaki itu, bawah sedikit dari rusuk kanannya.

10. Dia kemudiannya menusuk perlahan-lahan senj4t4 itu melepasi kain kapas dengan jari tangan kirinya terus kekal di situ hinggalah bilah keris itu menghala ke sebelah kiri badannya sehinggalah ia tidak lagi boleh bergerak.

11. Senj4t4 itu kemudiannya ditarik perlahan-lahan dengan panglima masih mengekalkan tekanan pada kain kapas dengan jarinya bagi mengelak darah dari keluar terlalu banyak.

12. Si penjenayah menggigil bercampur dengan konvulsi di mana dia kemudian dibawa masuk ke dalam kubur tetapi kemudian memberi isyarat mahukan air. Belum sempat dia meletakkan bibir pada tempurung kelapa yang dibawa, dia jatuh ke dalam kuburnya dan m4ti. Tanah kemudiannya ditimbus semula pada kubur si m4ti dan perhimpunan tersebut kemudiannya bersurai.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.